ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI CHINA YANG DITUBUHKAN DI DALAM SEBUAH TAMAN PERINDUSTRIAN SEDANG MEMPERCEPATKAN PENYUBURAN BAKAT-BAKAT E-DAGANG RENTAS SEMPADAN MEREKA

Thursday 14/12/2023

AsiaNet 100578

NANNING, China, 14 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pengajar-pengajar TusCBEC telah mengetuai 300 orang pelajar daripada Kelas 2022 bagi jurusan E-dagang Rentas sempadan untuk Kolej Perindustrian RCEP bagi E-dagang Rentas sempadan semasa lawatan mereka ke Zon Berikat Komprehensif Nanning untuk satu sesi “latihan berasaskan senario”. Acara itu menggabungkan penjelasan bersifat teori dengan penyiasatan di tapak, yang bertujuan untuk memperlengkapkan pelajar dengan peluang untuk melihat Zon Berikat Komprehensif Nanning secara sendiri, memperoleh satu pemahaman yang mendalam tentang mekanisme operasi dan operasi sebenar bagi sebuah zon penyeliaan khas, oleh itu dapat meningkatkan pemahaman pelajar mengenai zon penyeliaan khas bagi Zon Berikat Komprehensif Nanning.

Kolej Perindustrian RCEP bagi E-dagang Rentas sempadan itu terletak di dalam Zon Berikat Komprehensif Nanning di Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang, dan sekarang terkenal sebagai kolej perindustrian e-dagang rentas sempadan yang pertama di China yang ditubuhkan di dalam sebuah taman perindustrian. Ia telah diasaskan bersama oleh Kolej Vokasional Perniagaan Antarabangsa Guangxi (GXIBVC) dan Guangxi Tus-Innovation Cross-border E-commerce Co., Ltd. (TusCBEC) pada September 2020.

“Kolej itu bekerjasama dengan rakan-rakan seperti platform e-dagang rentas sempadan, perusahaan e-dagang rentas sempadan dan syarikat-syarikat perkhidmatan pihak ketiga untuk bersama-sama mengkaji dan merangka program-program penyuburan bakat dan mereka bentuk dan membangunkan kurikulum. Pada tahun 2022, jurusan E-dagang Rentas sempadan itu berjaya memperoleh pensijilan kelayakan antarabangsa UK ENIC,” kata Deng Haitao, Dekan bagi Kolej Perdagangan Antarabangsa bagi GXIBVC.

Sekolah itu condong kepada rangkaian logistik rentas sempadan yang komprehensif, penggudangan, rantaian bekalan import dan eksport dan platform lain di dalam Taman Perindustrian E-dagang Rentas sempadan bagi Zon Berikat Komprehensif Nanning, dan kelebihan sumber bagi TusCBEC, di dalam menganjurkan aktiviti latihan dan pendidikan berasaskan senario yang mendalam, agar dapat menyediakan industri e-dagang rentas sempadan dengan bakat dan sokongan kecerdasan secara berterusan.

“Pelajar dari kolej itu mempelajari pengetahuan asas profesional di kampus semasa tahun pertama, kemudian menjalani latihan praktikal di dalam Zon Berikat Komprehensif Nanning  untuk sepanjang tahun itu semasa tahun kedua mereka. Tenaga pengajar industri syarikat kami yang berpengalaman mengajar mereka mengenai operasi platform e-dagang rentas sempadan, penstriman langsung dan promosi, videografi dan penyuntingan, pengurusan logistik rentas sempadan dan pengetahuan penting yang lain bagi industri itu,” jelas Ge Ronghe, Naib Pengurus Besar bagi TusCBEC.

Pada masa ini, sekolah itu sedang mempercepatkan langkah mereka di dalam penyuburan bakat-bakat e-dagang rentas sempadan. Ia telah membentuk kerjasama dengan lebih daripada 20 kolej dan universiti di negara-negara ASEAN, menubuhkan sebuah kampus Kolej Perniagaan Guihai dan dua pangkalan latihan fakulti antarabangsa di Thailand, dengan satu standard kurikulum yang telah mendapat pensijilan oleh Kementerian Pendidikan Thailand, dengan itu merealisasikan eksport bagi standard profesional dan standard kurikulum. Di samping itu, satu standard vokasional telah termasuk di dalam sistem pendidikan vokasional kebangsaan bagi Tanzania, dua projek pembangunan standard vokasional kebangsaan telah diluluskan di Tanzania, yang akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan vokasional kebangsaan bagi negara itu.

Liu Jieying, Naib Presiden bagi sekolah itu, menjelaskan bahawa sekolah berkenaan akan menubuhkan tiga cawangan baharu bagi Kolej Perniagaan Guihai di luar negara, mengambil satu pendirian yang aktif di dalam mewujudkan pusat pentadbiran inovasi pendidikan vokasional di ASEAN, dan membentuk sebuah model “pengenalan, penyuburan pelajar, output” yang boleh ditukar bagi sumber pendidikan berkualiti tinggi dengan kerjasama institusi pendidikan yang serupa di negara-negara di blok ASEAN. Menjelang tahun 2035, rancangan sekolah itu adalah untuk melengkapkan penubuhan sebuah sekolah vokasional yang berkualiti tinggi dan kluster profesional yang bertaraf tinggi yang terkenal kerana orientasi perdagangan luar negara mereka, standard yang terkemuka di dalam negara, dan pengaruh yang besar di rantau China-ASEAN, agar dapat dengan tegas memberikan sokongan dari segi bakat dan kecerdasan yang kondusif kepada penyempurnaan komuniti China-ASEAN bagi masa depan bersama dan zon perdagangan bebas China-ASEAN.
 
Sumber: Kolej Vokasional Perniagaan Antarabangsa Guangxi

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.