ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  FORUM KECIL YANG BERTEMAKAN "GUANGZHOU NANSHA BERGANDING TANGAN DENGAN DUNIA" DIADAKAN DENGAN JAYANYA

Wednesday 06/12/2023

AsiaNet 100543

GUANGZHOU, China, 6 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 4 Disember, forum kecil yang bertemakan “Guangzhou Nansha Berganding Tangan dengan Dunia” telah diadakan dengan jayanya semasa Sidang Kemuncak Media Dunia ke-5. Acara besar-besaran ini telah dihadiri oleh pemimpin tempatan di dalam bidang yang berkaitan, wakil media antarabangsa, pakar-pakar terkenal, cendekiawan, dan usahawan, kesemuanya telah memberi perhatian khusus kepada perkembangan Nansha, demikian menurut Kerajaan Rakyat Daerah Nansha. Dengan memberi tumpuan kepada tema sidang kemuncak itu, tetamu dari kedua-dua belah pihak iaitu dari dalam dan luar negara telah menyampaikan ucapan berhubung topik, seperti Ciri-ciri, Pemuliharaan, dan Penggunaan Ekologi Marin China, Alam Sekitar Hijau dan Perubahan Iklim, Sains & Teknologi dan Inovasi Perindustrian, Hijau dan Nansha yang Indah dan Pembinaan sebuah Kawasan Teluk Ekologi, dan Timbang Tara Komersial Antarabangsa.

Wei Min, Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Daerah CPC Nansha dan Timbalan Ketua Eksekutif bagi Daerah Nansha, berkata dalam ucapan beliau bahawa Nansha telah mendapat manfaat daripada pelbagai strategi sokongan kebangsaan sebagai satu-satunya kawasan baharu peringkat negeri di Wilayah Guangdong, kawasan terbesar di Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Guangdong), dan zon demonstrasi bagi kerjasama menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau.

Seperti yang ditegaskan oleh Xie Peng, Naib Ketua Pengarang bagi Outlook Weekly bagi Agensi Berita Xinhua, komuniti media harus memainkan satu peranan yang aktif di dalam mempromosikan persahabatan antarabangsa dan meningkatkan pembangunan global. Nansha harus mengambil kesempatan daripada sidang kemuncak itu bagi mempamerkan pendirian dan keazaman mereka untuk berganding bahu dengan dunia. Dengan memulakan satu perjalanan baharu, Nansha, yang berada di tengah-tengah Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau (GBA), menjawab dengan yakin kepada persoalan media di seluruh dunia pada masa itu. Dengan satu momentum yang bertenaga, Nansha menarik lebih banyak perhatian daripada media dunia dan muncul sebagai sebuah tingkap baharu di mana China akan menunjukkan kepada dunia pencapaian mereka yang luar biasa bagi pemodenan dan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Nansha telah meningkatkan usaha ke arah penggalakan pelaburan. Sejak awal tahun ini, Nansha telah menandatangani 17 projek paras 10 bilion yang baharu dengan jumlah keseluruhan pelaburan melebihi 450 bilion yuan dan turut memperkenalkan lebih 270 projek daripada syarikat-syarikat Fortune Global 500. Di tengah-tengah GBA itu, Nansha penuh bertenaga dan kuasa memikat yang tidak terbatas. Dengan cita-cita untuk mencipta sebuah “tingkap kepada dunia”, Nansha sedang membina sebuah kawasan yang subur untuk membangunkan perusahaan multinasional.

“Syarikat kami telah membuat keputusan untuk menetap di Nansha bukan sahaja kerana kedudukannya yang strategik sebagai pusat geometri bagi GBA, tetapi juga untuk rancangan pemikiran ke hadapan bagi Kerajaan Daerah Nansha di dalam aspek seperti pembangunan masa depan, pembinaan sosial, dan tarikan bakat. Saya tidak sabar untuk melihat Nansha menjadi sebuah kawasan metropolitan yang menarik modal dan bakat global,” kata Xin Weixian, Timbalan Pengurus Besar bagi Guangzhou Lee & Man Technology Co., Ltd.

Menurut Ahmed Sallam, Penasihat dan Bekas Setiausaha Rendah bagi Perkhidmatan Penerangan Negara Mesir, Nansha sedang mencipta sebuah iklim pelaburan dan pembiayaan zon perintis dengan pengalaman mereka yang unik dan komitmen mereka untuk membina sebuah pusat kewangan iklim antarabangsa. Pengalaman itu telah membawa kemakmuran kepada iklim pelaburan dan bidang kewangan yang berkaitan, seperti yang dilakukan oleh Nansha dengan giat menggalakkan inovasi di dalam iklim pelaburan dan peraturan dan mekanisme pembiayaan. Pada masa ini, dunia telah menyedari betapa pentingnya perubahan iklim. Pada tahun lalu, Mesir telah memperkenalkan dasar-dasar yang berkaitan, memulakan beberapa projek rizab tenaga, dan melancarkan beberapa projek tenaga hijau. Nansha mempunyai potensi untuk menjadi contoh kepada China dan juga dunia. Beliau juga menjangkakan untuk melihat kerjasama yang lebih jauh di antara Mesir dan Nansha pada masa hadapan. “Ini adalah lawatan kedua saya ke China dan lawatan pertama saya ke Nansha. Pada hari ini, saya telah melawat beberapa perusahaan, yang benar-benar membuka mata saya. Saya juga sangat kagum dengan persekitaran yang indah di Nansha,” kata beliau.

Sumber: Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar Raya Guangzhou

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.