ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ​UPACARA PERINGATAN DIADAKAN UNTUK MEMPERINGATI PEMIMPIN BUDDHA DAISAKU IKEDA

Thursday 30/11/2023

AsiaNet 100521

TOKYO, 30 Nov., 2023/Kyodo JBN/--
 
Pada 23 November, pada pukul 1:30 petang, satu Upacara Memperingati rasmi Soka Gakkai telah diadakan di Auditorium Memorial Toda di Tokyo, untuk Daisaku Ikeda, Presiden Kehormat bagi Soka Gakkai dan Presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), yang meninggal dunia pada 15 November, pada usia 95 tahun. Upacara peringatan itu telah disiarkan secara langsung ke lebih 1000 pusat Soka Gakkai di seluruh Jepun.
 
Berikutan resitasi sebahagian daripada Sutra Teratai atau Lotus Sutra dan pembacaan mantera Nam-myoho-renge-kyo, ucapan penghargaan telah dizahirkan oleh Naib Presiden Kanan Hiromasa Ikeda bagi pihak keluarga Ikeda, dan Ketua Wanita kebangsaan Kimiko Nagaishi dan Presiden Soka Gakkai Minoru Harada telah memberikan ucapan penghormatan.

Harada menyatakan bahawa mesej takziah yang diterima daripada tokoh-tokoh terkenal di seluruh dunia membuktikan pencapaian terbesar Ikeda di dalam “menjalin ikatan, menyatukan orang ramai dan menghubungkan kebaikan yang wujud di dalam hati mereka, merentasi kaum, ideologi dan agama.” Beliau menekankan bahawa ahli-ahli Soka Gakkai berazam untuk meneruskan legasi Ikeda yang membuka satu laluan menuju kepada keamanan, dengan menyasarkan ulang tahun ke-100 organisasi itu pada tahun 2030.

Dalam ucapan penghormatan beliau, Duta Besar Anwarul K. Chowdhury, bekas Setiausaha Agung Rendah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Wakil Tinggi, menulis, “Beliau telah memberikan harapan dan hala tuju kepada manusia sejagat untuk menghadapi dengan berani kerumitan dan cabaran dunia pada hari ini. Saya memberi penghormatan kepada tenaga kreatif beliau dan keluasan intelek beliau untuk menghuraikan dan menyatakan dengan jelas dimensi nilai-nilai dan impian manusia untuk mencetuskan yang terbaik di kalangan setiap daripada kita.”

Daisaku Ikeda adalah seorang ahli falsafah Buddha, pembina keamanan, pendidik, pengarang dan penyair yang mendedikasikan kehidupan beliau kepada mempromosikan keamanan melalui dialog dan menerajui pembangunan organisasi Buddha Soka Gakkai di peringkat antarabangsa. Beliau dilahirkan di Tokyo pada 2 Januari, 1928, dan telah menyaksikan kegerunan Perang Dunia II ketika seorang remaja. Kematian abang sulung beliau di dalam peperangan di Myanmar telah menyemarakkan kebencian beliau sepanjang hayat terhadap peperangan.

Pada tahun 1947, Ikeda telah bertemu dengan Josei Toda, seorang pencinta keamanan dan pemimpin Soka Gakkai yang telah dipenjarakan oleh kerajaan tentera semasa perang. Ikeda mengambil Toda sebagai mentor beliau dan membantu menyebarkan fahaman Buddha Nichiren, yang bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang didasarkan kepada menghormati maruah dan kesaksamaan asas bagi semua orang. Ikeda juga mempromosikan konsep “revolusi kemanusiaan” - transformasi terarah dalaman yang mencetuskan perubahan masyarakat.

Pada Mei 1960, Ikeda telah dilantik sebagai presiden ketiga bagi Soka Gakkai pada usia 32 tahun. Beliau menggalakkan orang ramai yang bergelut di tengah-tengah realiti kehidupan yang suram untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai keupayaan bagi mengubah nasib mereka.

Dari tahun 1970-an, Ikeda telah mengadakan dialog merentasi budaya dengan tokoh-tokoh terkemuka, termasuk ahli sejarah Britain Arnold Toynbee dan bekas Presiden Soviet Mikhail Gorbachev, untuk mencari penyelesaian bersama kepada masalah kompleks yang dihadapi kemanusiaan. Lebih 80 daripada dialog ini telah diterbitkan dalam bentuk buku.

Beliau juga menggalakkan pertukaran rakyat dengan rakyat di antara China dan Jepun, dengan mempercayai bahawa penglibatan yang membina dengan China adalah asas kepada kestabilan serantau. Pada pertengahan 1970-an, beliau juga terlibat di dalam diplomasi rakyat di antara China, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat, untuk membantu meredakan ketegangan Perang Dingin.

Seorang penyokong yang penuh bersemangat terhadap pemansuhan senjata nuklear, Ikeda sangat kuat mempercayai di dalam peranan utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebuah forum bagi keamanan. Dari tahun 1983 hingga 2022, beliau mengarang cadangan keamanan tahunan yang menawarkan cadangan-cadangan konkrit ke arah membina sebuah budaya keamanan yang berkekalan.

Baca penghormatan lengkap: https://www.daisakuikeda.org/
 
Soka Gakkai ialah sebuah organisasi agama Buddha berasaskan komuniti global dengan 12 juta ahli. Daisaku Ikeda (1928-2023) ialah Presiden Soka Gakkai dari 1960-79 dan pengasas Presiden SGI dari 1975.
 
Sumber: Soka Gakkai
 
Hubungi:
Yuki Kawanaka
Pejabat Antarabangsa bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai
+81-80-5957-4919
kawanaka[at]soka.jp

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.