ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PERTANDINGAN MERASAI TEH LIUBAO PERINGKAT GLOBAL DIADAKAN DI WUZHOU

Wednesday 22/11/2023

AsiaNet 100509

Table
Pertandingan Merasai  Teh Liubao Peringkat Global telah diadakan di Wuzhou. 

WUZHOU, China, 22 Nov., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Pertandingan Merasai Teh Liubao Peringkat Global telah berlangsung di Wuzhou di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China Selatan. Sebanyak 541 sampel dipertandingkan di dalam pertandingan itu, dan sejumlah besar syarikat teh dan peminat teh dari China telah mengambil bahagian, manakala peserta antarabangsa dari negara-negara seperti Malaysia, Vietnam dan Singapura turut meletakkan penyertaan teh Liubao mereka yang berharga. Sampel dibahagikan kepada 14 kumpulan, dan selepas diadili dan dibuat penilaian oleh sebuah pasukan pakar teh domestik dan antarabangsa dan pengumpul teh Liubao,  satu kumpulan 55 "raja teh" bertaraf tujuh bintang telah dipilih.

Menurut Pusat Perkhidmatan Pembangunan Industri Teh Wuzhou, teh Liubao berasal dari Pekan Liubao di Wuzhou di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang. Purata suhu dan hujan tahunan di Pekan Liubao adalah masing-masing 21.2 darjah Celsius dan 1,500 mm. Tebing terjal yang diselubungi awan bertaburan di sekitar kawasan itu, kebanyakannya berkisar di antara 1,000m dan 1,500m dalam ketinggian, manakala gabungan cahaya matahari dan air yang mencukupi di kawasan persekitaran dan keadaan iklim yang sesuai untuk pertumbuhan pokok renek teh. Semasa pemerintahan Maharaja Jiaqing dari Dinasti Qing, teh Liubao mendapat pujian kerana "haruman buah pinang" yang dicirikan oleh "kemerahan, kesuburan, kesucian dan aroma matang", ia muncul sebagai satu daripada teh China yang popular dan penggunaannya merebak ke seluruh negara. Menjelang akhir pemerintahan Dinasti Qing, berbondong-bondong buruh Cina telah mengembara ke seluruh laut China Selatan untuk mencari pekerjaan di luar negara, dan ciri-ciri teh Liubao yang dapat menghilangkan dahaga, berkhasiat dan ciri-ciri kesihatan yang lain, serta jangka hayatnya yang panjang, menjadikannya satu kegemaran di kalangan orang Cina di seberang laut, justeru ia akhirnya meningkat di dalam kepopularannya di kalangan peminum teh di negara seperti Malaysia dan Singapura.

Hasil penyelidikan daripada satu kajian kesihatan dan pemakanan yang dijalankan oleh sebuah pasukan yang diketuai oleh Ahli Akademik dari Akademi Kejuruteraan China dan Profesor di Universiti Pertanian Hunan Liu Zhonghua menerangkan fungsi dan mekanisme saintifik di sebalik pelbagai manfaat yang dikaitkan dengan teh Liubao termasuk  pengurangan lemak dan berat badan, pengurangan gula dalam darah, penindasan asid urik, kesihatan hati, koordinasi usus dan perut, fungsi anti-penuaan dan anti-radang, perlindungan terhadap radiasi, peningkatan imuniti, dsb. 

Guo Junbang, Presiden bagi Persatuan Teh Liubao Malaysia, adalah seorang daripada hakim pada Panel Teknik Pemprosesan Moden pada pertandingan akhir untuk pertandingan teh pada tahun ini. Guo Junbang berkata: "Pertandingan Teh ini memainkan satu peranan yang besar yang kondusif kepada kemajuan industri teh Liubao, dan saya berharap bahawa Pertandingan itu akan terus dianjurkan. Budaya teh Liubao telah disepadukan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, dan teh Liubao sering menjadi minuman pilihan kami ketika kami makan atau menikmati minum petang. Selepas menghadiri Pertandingan ini, saya amat berharap untuk berkongsi dengan semua orang mengenai persamaan dan perbezaan kebudayaan teh Liubao, dan pelbagai pengalaman penggunaan teh, di bahagian lain di dunia, dan saya juga berharap agar perusahaan teh China dapat menghasilkan lebih banyak teh yang baik agar lebih ramai orang boleh belajar dan jatuh cinta dengan teh Liubao."

Liao Zifang, Presiden bagi Hong Kong Teaism Alliance dan seorang hakim pada Panel Teknik Pemprosesan Moden untuk peringkat akhir bagi pertandingan teh tahun ini, berpendapat bahawa pertandingan teh itu adalah satu bahagian penting di dalam sains teh, memandangkan pertandingan teh boleh mendorong perusahaan untuk meningkatkan tanpa henti teknik pengeluaran dan meningkatkan kualiti produk, menambahkan hasrat bahawa Wuzhou boleh memaksimumkan kelebihan unik bagi teh Liubao seperti aromanya yang istimewa dan faedah kesihatan yang unik, meneruskan untuk membangunkan pasaran dan mengukuhkan jenama kebudayaan Liubao itu.

Cik Liu, seorang warga Kanada, selepas mengetahui tentang Pertandingan Merasai Teh Liubao Peringkat Global itu, mengambil keputusan untuk membawa seluruh keluarga beliau ke sini untuk mengembangkan pengalaman semua orang. Beliau berkata: "Kami sekeluarga telah tinggal dan belajar di China selama satu tahun sekarang, tetapi kami tidak pernah menghadiri satu pertandingan teh sebelum ini. Suasananya sangat luar biasa, dan kami telah dapat mempelajari tentang kepelbagaian di dalam budaya teh."

Sumber: Pusat Perkhidmatan Pembangunan Industri Teh Wuzhou 

Pautan Lampiran Imej:


   Kapsyen: Pertandingan Merasai  Teh Liubao Peringkat Global telah diadakan di Wuzhou. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.