ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  FESTIVAL PELANCONGAN ANTARABANGSA LALUAN SUTERA MARITIM (FUZHOU) KE-8 BERMULA DI FUZHOU DI WILAYAH FUJIAN

Monday 20/11/2023

AsiaNet 100501

Table

Majlis pelancaran


FUZHOU, China, 20 Nov., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Festival Pelancongan Antarabangsa Laluan Sutera Maritim (Fuzhou) ke-8 telah bermula di Fuzhou di Wilayah Fujian, China pada 17 November. Festival di Fuzhou itu ditaja oleh Kementerian Budaya dan Pelancongan bagi Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian. Ia dihoskan oleh Jabatan Budaya dan Pelancongan bagi Wilayah Fujian dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Fuzhou.

Festival itu mempamerkan penyertaan aktif Fuzhou di dalam Inisiatif Belt and Road dengan menjemput hampir 500 orang tetamu bagi mengambil bahagian di dalam aktiviti yang berkaitan di bandar raya itu. Tetamu ini termasuk wakil daripada organisasi antarabangsa, Perikatan Pelancongan Dunia, Perikatan Pelancongan Gunung Antarabangsa, dan wakil dari bandar raya mesra bagi negara-negara membina bersama, kesemuanya bekerjasama untuk meningkatkan kesan bagi Laluan Sutera Maritim (Fuzhou), demikian menurut Biro Perbandaran Fuzhou bagi Budaya dan Pelancongan.

Festival tahun ini menekankan mengenai ciri-ciri antarabangsa, aspek unik bagi Laluan Sutera Maritim, dan gabungan mengenai budaya dan pelancongan. Acara utama termasuk majlis pelancaran festival itu dan dialog pelancongan kebudayaan, Ekspo Pelancongan Fujian 2023, dan acara pengalaman kebudayaan dan pelancongan yang hebat "Malam Keajaiban Bertemakan Laluan Sutera Maritim", yang mempamerkan pelbagai budaya Fuzhou sebagai sebuah jenama antarabangsa. Festival itu menonjolkan aspek tersendiri mengenai budaya Fuzhou, termasuk kepentingan sejarah dan kebudayaan Gunung Yantai, mata air panas, masakan Fujian, rumah-rumah purba, dan warisan kebudayaan tidak ketara, kesemuanya menyumbang kepada mempamerkan daya tarikan Fuzhou.

Festival Pelancongan Antarabangsa Laluan Sutera Maritim (Fuzhou) menandakan satu peristiwa yang penting bagi Wilayah Fujian dan Bandar Raya Fuzhou dalam usaha mereka untuk membangun dan membina sebuah kawasan pusat secara menyeluruh yang akan memainkan satu peranan penting di dalam "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21". Festival itu telah diadakan selama tujuh tahun berturut-turut sejak ia bermula pada tahun 2015, dengan menawarkan satu platform baharu untuk kerjasama serantau, promosi dan kerjasama di kalangan negara yang mengambil bahagian untuk belajar dan memanfaatkan di antara satu sama lain. Ia telah berkembang menjadi satu persidangan pelancongan yang berpengaruh di peringkat antarabangsa.
 
Sumber: Biro Perbandaran Fuzhou bagi Budaya dan Pelancongan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443298
 
   Kapsyen: Majlis pelancaran

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.