ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  JTB MEMBUKA HAB PELANCONG UNTUK PELANCONG YANG MELAWAT DI PEKAN YANG MENEMPATKAN TASIK KAWAGUCHIKO

Wednesday 15/11/2023

AsiaNet 100476

TOKYO, 15 Nov., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
JTB Corp. telah membuka sebuah pusat pelancongan yang digelar sebagai "Pangkalan Pelancong Kawaguchiko" di Pekan Fujikawaguchiko di Wilayah Yamanashi, pada Rabu, 8 November, 2023. Tasik Kawaguchiko, dengan pemandangan Gunung Fuji yang indah, merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular bagi pelawat ke Jepun. Pada satu majlis perasmian, Pegawai Eksekutif Urusan Kanan Takayuki Hanasaka telah menyampaikan satu ucapan.
 
Foto:
https://drive.google.com/drive/folders/1K9tCuCMrP3WeaVZXr8ETtc2fBtb9MquJ?usp=sharing
 
Maklumat mengenai Pangkalan Pelancong Kawaguchiko dan Perkhidmatannya
Walaupun tasik itu dapat menarik pelancong, pelancongan yang berlebihan telah mencetuskan satu kebimbangan. Pangkalan Pelancong Kawaguchiko ialah sebuah tempat yang diwujudkan oleh JTB sebagai sebahagian daripada "Projek Pertukaran Komuniti" untuk menyumbang kepada penyelesaian pelancongan yang berlebihan dan pencergasan semula wilayah.
 
Perniagaan Kafe
Di atas lantai tatami itu, ruang kafe menyediakan makanan Jepun seperti bebola nasi dan manisan tradisional. Dengan mengguna pakai sebuah sistem pengebilan berasaskan masa, ia juga memperkenalkan pembayaran tanpa tunai. Selain itu, ia akan mempunyai satu pilihan cenderamata tempatan daripada Yamanashi.
 
Jualan Lawatan Pilihan
Pusat itu menjual lawatan pilihan dengan Tasik Kawaguchiko sebagai satu titik permulaan, dengan memberi tumpuan kepada lawatan untuk menjelajah ke pelbagai lokasi di dalam Yamanashi, dengan satu lawatan "Teres Berkembar FUJIYAMA*" sebagai tumpuan utama bagi lawatan itu.
 
*Sebuah tempat indah yang menawarkan satu pemandangan Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchiko yang panorama. Pada hari yang bertuah, pelawat juga boleh menyaksikan Gunung Fuji terapung di atas lautan awan di bawah.
 
Perniagaan Mobiliti
Penyewaan bagi pelbagai pilihan mobiliti terkini, termasuk skuter elektrik disediakan.
 
Pengalaman Foto Peringatan
Pusat itu menyediakan pengalaman untuk berpakaian kimono atau perisai samurai. Selain itu, di atas bumbung bangunan Pangkalan Pelancong Kawaguchiko itu, pengunjung boleh merakamkan gambar yang tidak dapat dilupakan dengan pemandangan Gunung Fuji yang menakjubkan di latar depan.
 
Pandangan Masa Depan
JTB akan menyumbang kepada penyelesaian isu-isu serantau dan penciptaan nilai-nilai baharu di rantau itu dengan menjanakan lebih banyak trafik pejalan kaki, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lestari.
 
Gambaran Keseluruhan bagi Pangkalan Pelancong Kawaguchiko
Lokasi: Tingkat Tiga dan Empat, Bangunan Marumune, 3636 Funatsu,
Fujikawaguchiko-machi, Minamitsuru-gun, Yamanashi-ken 401-0301, Jepun
Keluasan pusat: 303.90 m2
Tarikh pembukaan: Rabu, 8 November, 2023
Dikendalikan oleh: JTB Cawangan Kofu
Waktu perniagaan: 9:00 PG hingga 6:00 PTG (JST)
Bahasa yang disokong: Inggeris dan Jepun
Laman web rasmi: https://touristbase.jp/en/
 
Sumber: JTB Corp.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.