ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  DAYA TARIKAN QIANHAI KEPADA PELABURAN GLOBAL DIPERTINGKATKAN LAGI

Tuesday 14/11/2023

AsiaNet 100482

SHENZHEN, China, 14 Nov (Bernama) -- Daya tarikan Qianhai di Shenzhen kepada pelaburan global semakin dipertingkatkan lagi. Semasa Persidangan Bakat dan Penggalakan Pelaburan Global Qianhai 2023, PricewaterhouseCoopers telah melancarkan Kertas Biru Menjalankan Perniagaan Tahunan untuk Zon Kerjasama Qianhai 2023 ("Kertas Biru" itu), yang menunjukkan kepada keseluruhan  persekitaran perniagaan Qianhai yang luar biasa dan kemajuan ketara yang dibuat di dalam penyepaduan Shenzhen-Hong Kong, yang pada asasnya untuk mencapai matlamat "persekitaran perniagaan yang berdaya saing di peringkat global menjelang tahun 2025" yang ditetapkan di dalam Rancangan untuk Pembaharuan Mendalam Komprehensif dan Pembukaan bagi Zon Kerjasama Perkhidmatan Industri Qianhai Shenzhen-Hong Kong Moden ("Rancangan Qianhai" itu).

Kertas Biru itu menekankan kemajuan Qianhai di dalam pelbagai aspek bagi persekitaran perniagaan. Sebagai contoh, peraturan bagi Zon Kerjasama Perkhidmatan Industri Shenzhen-Hong Kong Moden mengenai perlindungan pelabur telah diperkenalkan untuk meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan pelabur. Zon Hal Ehwal Undang-undang Antarabangsa Kawasan Greater Bay Shenzhen-Hong Kong telah diwujudkan, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Kawasan Teluk Greater Bay Guangdong-Hong Kong Kong-Macau telah ditubuhkan, dan tujuh persatuan bagi firma guaman Guangdong-Hong Kong-Macau telah diasaskan di Zon Kerjasama Qianhai. Pentadbiran Am Kastam telah mengeluarkan 18 langkah untuk memudahkan penyelarasan bagi pemeriksaan dan peraturan penyeliaan di antara Shenzhen dan Hong Kong. Langkah ini mempromosikan pelabuhan gabungan bagi Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau untuk "beroperasi sebagai sebuah pelabuhan tunggal" dan melaksanakan "satu pemeriksaan dan satu pensijilan bagi semua akses." Menurut Kertas Biru itu, Qianhai akan membina sebuah persekitaran perniagaan yang mengutamakan orientasi pasaran, kedaulatan undang-undang, dan pengantarabangsaan, dan bergerak lebih pantas untuk mencapai tahap bertaraf dunia.

Untuk terus mempromosikan sebuah persekitaran perniagaan yang berkualiti tinggi, Qianhai telah memperkasakan pengenalan bakat bagi memberikan sokongan intelektual untuk perusahaan global, demikian menurut Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Perkhidmatan Industri Qianhai Shenzhen-Hong Kong Moden.

Biro Pentadbiran Qianhai, dengan kerjasama Elsevier, Universiti Hong Kong (HKU), Sekolah Perniagaan Antarabangsa China Eropah dan organisasi lain, telah memulakan Program Cuti Sabatikal Ahli Sains Global. Program itu mensasarkan kepada bidang utama dan hala tuju strategik global dan pembangunan inovasi negara dan mewujudkan platform berinovatif di mana ahli sains terkemuka boleh bertukar-tukar pandangan akademik dan berkongsi maklumat sempadan. Di dalam cara ini, ia menggalakkan ramai ahli sains dengan pengaruh global dan kepakaran di dalam teras teknologi dalam bidang utama untuk menubuhkan pusat R&D di Qianhai dan melancarkan transformasi industri untuk projek mereka.

Sejak pengeluaran Rancangan Qianhai, Qianhai telah meningkatkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi Hong Kong bagi mewujudkan kemudahan R&D yang baharu dan peralatan dan platform bakat antarabangsa yang lain di dalam pelbagai bentuk dalam Zon Kerjasama Qianhai.

Sementara itu, Qianhai telah mengeluarkan In Qianhai, sebuah tapak web sehenti bagi perkhidmatan bakat yang komprehensif, yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa di keseluruhan ekosistem dan rantaian bagi individu berbakat yang berpindah ke China. Ia menawarkan fungsi perkhidmatan dalam talian berasaskan senario untuk pekerjaan, keusahawanan, kehidupan, dan sokongan pembelajaran, di antara modul lain.

Tambahan pula, untuk menyediakan perusahaan global dengan sebuah platform pembangunan yang lebih besar, Qianhai telah mengembangkan Enam Aglomerat (modal teroka, perdagangan gas semula jadi, pajakan kewangan, e-dagang rentas sempadan, perkhidmatan berkaitan cukai, dan kumpulan pemikir mewah) asal mereka dan melancarkan Enam Aglomerat Baharu: kecerdasan buatan, rantaian bekalan, litar bersepadu, peralatan kejuruteraan luar pesisir, perkhidmatan perkapalan dan perundingan antarabangsa. Bersama-sama, mereka menciptakan sebuah corak ruangan "6+6" baharu bagi aglomerat perindustrian.

Penganalisis berkata bahawa sokongan pelbagai dimensi akan membawa persekitaran perniagaan Qianhai kepada suatu ahap yang lebih tinggi dan menjadikan Qianhai lebih menarik kepada perusahaan global.

Sumber: Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Perkhidmatan Industri Qianhai Shenzhen-Hong Kong Moden. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.