Sehubungan itu, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan, seperti berikut:
1. Peningkatan had fi konsultasi daripada RM30 kepada RM35
2. Peningkatan jumlah had fi konsultasi dan ubat ditingkatkan daripada RM60 ke RM70
3. Bilangan jenis ubat yang disenaraikan dalam pakej skim ini akan ditingkatkan daripada 150 kepada 170 jenis
4. Kadar bayaran yang ditetapkan untuk ubat-ubatan akan disemak kembali, agar selaras dengan harga pasaran semasa
Penerima STR boleh menyemak kelayakan dan mengenalpasti klinik SPM berdekatan melalui laman sesawang ProtectHealth
htpps://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ dan hanya perlu membawa kad pengenalan untuk pengesahan di klinik semasa pendaftaran.
Sejak skim ini diperkenalkan, lebih daripada 130,000 rawatan pesakit luar telah diberikan melalui lebih 1,300 klinik-klinik swasta yang terlibat. KKM menghargai sokongan daripada semua klinik swasta yang telah menyertai SPM, dan berharap kerjasama ini akan berterusan dalam jangka masa panjang. KKM dengan ini mengalu-alukan klinik perubatan swasta di seluruh negara untuk mendaftar sebagai klinik panel SPM, supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat skim ini.
DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN19 SEPTEMBER 2023
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde KhuzainiPegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187
--BERNAMA