ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  UMW BEKERJASAMA DENGAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA UNTUK MEMPERKENALKAN E-PUISI, MODUL PEMBELAJARAN PUISI DALAM TALIAN

Tuesday 19/09/2023



Table

(dari kiri) En Zailani Ali, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan, UMW Holdings Berhad, Dato' Dr Mohd Anuar Rethwan, Pengerusi Lembaga Pengarah DBP, Datuk Pkharuddin Ghazali, Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan, Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali , Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad dan Dr Hazami Jahari, Ketua Pengarah, DBP semasa pelancaran e-Puisi semalam.


KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- UMW Holdings Berhad (“UMW”), bekerjasama dengan Dewan Bahasa & Pustaka (“DBP”) untuk memperkenalkan e-Puisi, modul e-pembelajaran puisi yang merupakan platform pembelajaran dalam talian yang inovatif untuk pelajar atau yang berminat untuk mempelajari seni gubahan dan teknik penyampaian puisi melalui proses pembelajaran yang fleksibel dan mudah difahami.
 
Pelancaran e-Puisi telah diadakan semalam di DBP dan dirasmikan oleh Datuk Pkharuddin Ghazali, Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan, yang mewakili YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.  Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad, Dato’ Dr Mohd Anuar Rethwan, Pengerusi Lembaga Pengarah DBP dan Dr Hazami Jahari, Ketua Pengarah, DBP.
 
Modul pembelajaran puisi bercetak telah dibangunkan oleh DBP yang memanfaatkan kepakarannya terhadap puisi dan seterusnya UMW mengadaptasikan e-Puisi ini menjadi proses pembelajaran pada e-platform yang mudah difahami dan fleksibel untuk membolehkan jangkauan yang lebih luas kepada pelajar dan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang seni gubahan dan teknik penyampaian puisi.  e-Puisi ini dibangunkan oleh Akademi Latihan UMW dengan kerjasama daripada DBP.  Ia terdiri daripada dua segmen iaitu seni gubahan puisi dan teknik penyampaian puisi dan ia boleh diakses melalui https://jendeladbp.my/ dan https://www.umw.com.my/web/guest/kelab-kreatif-umw.  Selain itu, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi turut menyebarkan pautan pembelajaran secara dalam talian kepada pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam.
 
Penglibatan Kumpulan UMW dalam program ini adalah selaras dengan tanggungjawab sosial korporatnya untuk mempromosikan seni dan sastera sebagai salah satu khazanah negara yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pembinaan negara.  Ia juga sejajar dengan matlamat utama United Nations Sustainable Development di bawah matlamat 11.4 iaitu ‘Strengthen efforts to protect and safeguard the world’s cultural and natural heritage’.
 
Bagi menyokong komitmen Kumpulan UMW dalam mempromosikan seni puisi, Kelab Kreatif UMW telah ditubuhkan pada tahun 2021.  Lebih daripada 30 aktiviti telah diadakan setakat ini, daripada penganjuran bengkel asas penulisan puisi sehingga kepada pertandingan mendeklamasi puisi peringkat kebangsaan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah serta Konvensyen Puisi Sedunia. Kelab Kreatif UMW bekerjasama rapat dengan Akademi Latihan UMW dalam membangunkan e-Puisi.
 
Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan DBP untuk melancarkan modul inovatif pembelajaran puisi secara dalam talian ini dengan objektif untuk memupuk minat generasi muda terhadap seni gubahan dan teknik penyampaian puisi demi memartabatkan puisi sebagai salah satu warisan seni dan budaya negara kita.  Dengan modul e-Puisi yang inovatif ini, kami percaya seni puisi ini akan menjangkau dengan lebih luas seterusnya memberi kesan yang sewajarnya kepada masyarakat kita.  Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan DBP dan UMW kerana menjadikan platform pembelajaran secara dalam talian ini satu realiti.”

Sumber: UMW Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: S Vikneshwaaran
Tel: +6019-8505799
E-mel: vikneshwaran.s@umw.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.