ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 27, 2024 -Isnin

 
  MYMUDAH: TINGKAT KECEKAPAN PEMBINAAN MENARA TELCO DI TERENGGANU

Monday 18/09/2023



Table
 
Sesi Libat Urus bersama Pengawal Selia dan Syarikat Telco yang beroperasi di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 18 Sept (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus komited dalam pelaksanakan inisiatif Terengganu Produktif menerusi inisiatif MyMudah. Satu sesi libat urus telah dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) serta pemain industri dan agensi kawal selia di antaranya Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) bagi membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam Persidangan MyMudah 2023 Peringkat Negeri Terangganu yang dicadangkan diadakan pada 8 Oktober 2023.
 
Sebanyak dua projek MyMudah telah dibentangkan bertajuk Pelan 8 Jam Menara Telekomunikasi yang telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kawalan MBKT. Projek ini berkaitan penyediaan prosedur yang telah ditambahbaik dengan tempoh kelulusan segera selama 8 jam mengambilkira andaian dokumen yang disediakan adalah lengkap. Projek kedua bertajuk Pelan Kebenaran Merancang untuk Permohonan Kategori Kecil dan Mudah dalam Tempoh 48 Jam (Prosedur KM48) telah disampaikan Bahagian Perancang Bandar, MBKT. KM48 merupakan prosedur alternatif bagi permohonan kebenaran merancang di MBKT yang lebih cepat dan efektif.
 
Menurut Dr. Noor Aishah Haji Hassan, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur, sesi libat urus ini amat penting bagi mendapatkan input dari pihak berkepentingan dalam menambahbaik ekosistem pembinaan Menara Telekomunikasi di Terengganu. Penambahbaikan ini dapat meningkatkan kecekapan penyampaian peraturan dan seterusnya melonjakkan produktiviti dan daya saing negeri Terengganu.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan lima teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, memastikan akauntabiliti industri terhadap produktiviti, membentuk ekosistem yang teguh dan memupuk minda produktif. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama. 

Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Roslinda Abdul Hamid
Tel: 019- 2296199 
E-mel: lynda@mpc.gov.my

Nama: Noor Izzati Kamis
Tel: 012-286 7346 
E-mel: Noorizzati@mpc.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.