ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Jun 22, 2024 -Sabtu

 
  MESYUARAT PELABURAN TAHUNAN UMUMKAN IDENTITI BAHARU SEBAGAI KONGRES AIM, BERSIAP SEDIA UNTUK EDISI KE-13 DI ABU DHABI, MEI 2024

Monday 18/09/2023



ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 18 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Di bawah identiti baharu mereka sebagai “Kongres AIM”, Jawatankuasa Pengelola Platform Pelaburan Terkemuka Dunia akan sekali lagi menghimpunkan para pemimpin, pemikir, dan inovator serantau dan antarabangsa pada edisi ke-13 acara yang akan berlangsung dari 7 hingga 9 Mei 2024 di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC).

Dengan tema utama sebagai "Penyesuaian terhadap Lanskap Pelaburan yang Berubah-ubah: Mencungkil Potensi Baharu untuk Pembangunan Ekonomi Sedunia", Kongres AIM 2024 disokong oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Lanjutan serta Jabatan Kemajuan Ekonomi Abu Dhabi (ADDED) sebagai rakan kongsi utama.

Kongres AIM 2024 sekali lagi akan diadakan di ibu negara UAE yang meriah dan merancang untuk melangkau kejayaan yang dicapai pada edisi tahun lepas yang telah menarik 10,313 hadirin dan 693 penceramah dari 175 negara.

Yang Amat Berhormat Dr. Thani bin Ahmed Al Zeyoudi, Menteri Negara Perdagangan Luar Negeri UAE, meluahkan keghairahannya terhadap Kongres AIM 2024, dengan menyatakan bahawa, “Selama lebih daripada satu dekad, Kongres AIM telah berpegang teguh dalam komitmennya untuk menggalakkan kerjasama ekonomi global dan memanfaatkan potensi negara terutamanya pasaran baru muncul. Dalam konteks persekitaran pelaburan global yang berubah-ubah, amatlah penting bagi negara untuk menyesuaikan diri dan meneroka jalan baharu untuk pertumbuhan. Bagi edisi 2024, Kongres AIM akan terus menjadi tempat utama supaya pihak berkepentingan ekonomi utama dunia berkumpul untuk memudahkan dialog dan membuka jalan bagi pelaburan berkesan yang memacu masa depan yang lebih cerah dan lebih baik untuk semua orang."

Yang Berhormat Ahmed Jasim Al Zaabi, Pengerusi ADDED, berkata: "Berdasarkan kejayaan edisi AIM yang membanggakan sebelum ini, kami meningkatkan taraf untuk memenuhi jangkaan komuniti pelaburan global. Sebagai ibu kota, Abu Dhabi sedang mengetuai perbualan global mengenai prospek dan dinamik pelaburan dalam era menuju ke arah perubahan mega. Pendekatan kami terhadap pelaburan dalaman dan luaran berpandukan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk meletakkan pembangunan manusia, kemampanan dan teknologi canggih sebagai teras rancangan sosio-ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa, menyokong agenda ESG, dan meningkatkan sinergi melalui kerjasama antarabangsa untuk menambah baik kehidupan untuk semua.”

Bagi beliau, Dawood Al Shezawi, Presiden Yayasan Global AIM, mengulas: “Berdepan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi dunia hari ini, ditambah pula dengan kemerosotan pertumbuhan ekonomi global berterusan, maka AIM mengumumkan identiti baharu mereka sebagai Kongres AIM yang menetapkan pendirian sebagai tempat utama untuk pelaburan, menyediakan platform optimum untuk pemimpin dan pembuat keputusan yang dihormati di seluruh dunia untuk menangani isu paling mendesak kami secara kolektif, membentuk semula landskap perdagangan dan pelaburan global, dan akhirnya memupuk impak sosial dan ekonomi yang positif dan berkekalan di pelbagai tempat di seluruh dunia."

Kongres AIM dibina atas asas lima tonggak utamanya - FDI, FPI, Syarikat permulaan, Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Bandar Masa Depan - yang menyokong objektif acara dan menyediakan rangka kerja untuk aktivitinya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut
Shreya Verma - +971 521133926
shreya.verma@aimcongress.com 

SUMBER : Annual Investment Meeting (AIM)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.