ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 25, 2024 -Khamis

 
  AI KINI BOLEH MEMBANTU ANDA MENEMPAH JADUAL PERJALANAN YANG SEMPURNA

Friday 15/09/2023



Table

Helgi Páll Helgason ialah orang yang mempunyai visi di Travis dan Ketua AI di Travelshift, pembuat Guide to Europe (Foto: Business Wire)
 

REYKJAVIK, Iceland, 15 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Guide to Europe mengumumkan satu kemajuan baharu dalam perancangan perjalanan: Travis, Perancang perjalanan AI yang dikuasakan oleh AI generatif, kini menawarkan jadual perjalanan yang dioptimumkan kepada pengguna berdasarkan pilihan pelanggan, jarak tarikan, gabungan unik data ulasan, waktu buka dan pemboleh ubah penting yang lain.

Menggunakan algoritma AI genetik yang canggih, Travis menyusun pilihan tarikan yang tiada tandingan dan mengoptimumkan laluan untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar.

Chatbot melangkaui perancangan konvensional dengan mempakejkan perkhidmatan terbaik yang disesuaikan dengan pilihan dan ulasan pelanggan. Ini membolehkan pengguna melihat dan menempah keseluruhan perjalanan dalam satu proses tempahan yang mudah.

Dr. Helgi Helgason, Ketua AI di Guide to Europe dan orang yang mempunyai visi di Travis, berkata, "Kami gembira ingin memperkenalkan chatbot yang merevolusikan cara orang merancang perjalanan mereka. Travis membolehkan pengguna berinteraksi dan mencari perjalanan yang sempurna menggunakan bahasa tabii. Anda tidak perlu menentukan destinasi; anda juga boleh memasukkan pengalaman yang anda inginkan sahaja seperti cuaca, wilayah atau budaya. Travis boleh menjimatkan masa dan mengelakkan tekanan dengan membolehkan pelanggan menempah perjalanan yang dirancang dengan sempurna dengan cepat dan yakin."

Helgi menambah, "Travis bukan sekadar perancang jadual perjalanan; ia merupakan pengubah keadaan. Dengan memanfaatkan sejumlah besar data, ia boleh merancang perjalanan anda dengan teliti dengan cara yang kami yakin melebihi keupayaan manusia dalam ketepatan dan kelajuan. Ia bukan tentang menempah perjalanan sahaja; ia tentang menjadikan perjalanan itu sempurna."

Dengan pelancaran perkhidmatan inovatif ini, Guide to Europe mengukuhkan kedudukannya di barisan hadapan teknologi perjalanan, dengan menawarkan dimensi baharu sepenuhnya dalam perancangan perjalanan, mencari dan menempah percutian di Eropah.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20230914987685/en/

Hubungi
Dr. Helgi Páll Helgason, helgi@travelshift.com

Sumber: Travelshift

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.