ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 26, 2024 -Jumaat

 
  ANUGERAH PANDA EMAS YANG PERTAMA BAKAL BERLANGSUNG DI CHENGDU

Friday 15/09/2023

AsiaNet 100329

CHENGDU, China, 15 Sept., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 19 dan 20 September, 2023, Anugerah Panda Emas yang Pertama akan dianjurkan di Chengdu di Wilayah Sichuan. Dengan ditaja oleh China Federation of Literary and Art Circles dan Kerajaan Rakyat Wilayah Sichuan, Anugerah Panda Emas itu disampaikan setiap dua tahun kepada penyertaan yang cemerlang dari seluruh dunia, termasuk karya di dalam filem, drama TV, dokumentari dan animasi. Anugerah itu adalah seperti gabungan China bagi Anugerah Akademi dan Anugerah Emmy.

Proses itu bermula dengan mendapatkan penyertaan yang dikendalikan oleh jawatankuasa penganjur melalui jemputan awam dan jemputan yang disasarkan. Pada tahun ini, kira-kira 7,024 penyertaan dari 104 buah negara dan wilayah telah dikemukakan, di mana 4,927 daripadanya adalah dari luar China, yang menyumbang 70% daripada jumlah keseluruhan.

Menurut Ren Zhonglun, wakil bagi juri awal untuk Anugerah Panda Emas Pertama itu, pusingan awal bagi penilaian telah berakhir dengan pencalonan bagi 90 penyertaan, termasuk 29 filem, 26 drama TV, 20 dokumentari dan 15 animasi. Presiden bagi juri itu ialah pengarah terkenal dari China Zhang Yimou, manakala presiden bagi juri-juri untuk kategori filem, kategori drama TV, kategori dokumentari dan kategori animasi masing-masing adalah pengarah terkenal Stanley Tong dari China Hong Kong, pengarah China yang terkenal Zheng Xiaolong, pengarah pemenang Anugerah Akademi dan Anugerah Emmy Malcolm Clarke, dan pakar animasi terkenal Georges Schwizgebel.

Anugerah Panda Emas yang sangat dinanti-nantikan itu, yang akan dihoskan pada 20 September, akan mengumumkan keputusannya.

Maskot bagi Anugerah Panda Emas itu ialah seekor panda gergasi yang menawan hati dan bertenaga, manakala reka bentuk bagi trofi itu telah diilhamkan daripada buluh, makanan pilihan bagi panda gergasi itu. Sebagai seekor spesies yang jarang ditemui yang telah hidup di Bumi selama sekurang-kurangnya lapan juta tahun, panda gergasi itu adalah "khazanah negara" bagi China dan duta untuk keamanan dan persahabatan. Sebagai kampung halaman kepada panda gergasi, Sichuan ialah hos tetap bagi Anugerah Panda Emas itu.

Selain majlis utama itu, Anugerah Panda Emas Pertama juga akan terdiri daripada pelbagai aktiviti seperti Forum Kebudayaan Antarabangsa Panda Emas, "Jom Tonton Filem Bersama" (Tayangan Filem), "Panda Membawa Anda Melihat Ke Seluruh Dunia" (Pameran Filem dan Televisyen), antara lain. Pada masa ini, semua aktiviti di atas telah pun berlangsung di Chengdu.

China mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 1.4 bilion, menjadikannya sebagai satu daripada pasaran terbesar untuk penggunaan produk budaya dan kesenian serta penciptaan. Menurut data dari Pentadbiran Filem China, pawagam di seluruh negara itu mengumpulkan 20.6 bilion yuan China (kira-kira USD2.8 bilion) semasa tempoh cuti musim panas (1 Jun hingga 31 Ogos), sekali gus menetapkan satu rekod pecah panggung yang baharu.

Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah pasaran yang teguh seperti itu mewakili sebuah platform hebat yang kondusif kepada pertukaran dan penghargaan bersama di antara tamadun dunia. Dengan memetik kata-kata timbalan pengarah Zhang Hong dari jawatankuasa penganjur Anugerah Panda Emas itu: "Kami berharap untuk menganjurkan sebuah perayaan antarabangsa yang dapat memperdalamkan pertukaran kebudayaan dan menggalakkan penghargaan bersama di antara tamadun."
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Wilayah Sichuan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.