ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  KERJASAMA PERNAS - KOSGEB PACU PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN FRANCAIS MALAYSIA-TURKIYE

Thursday 14/09/2023



Table
Pengurusan kanan Pernas bersama KOSGEB.

Lima dari kiri : Dato Abu Bakar As-Sidek Dato’ Haji Mohd Sidek, Pengerusi
Jawatankuasa Eksekutif Pernas, empat dari kiri : Dr. Fatih GÖKYURT, Naib Presiden
KOSGEB .

BANGSAR SOUTH, 14 Sept (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited dalam memacu pembangunan keusahawanan francais negara dengan kolaborasi strategik dengan negara-negara luar. 

Melalui “Program Connecting Opportunities : Kuala Lumpur – Ankara”, Pernas menerima kunjungan daripada Küçük ve Orta Ölçekli İşletmeleri Geliştirme ve Destekleme İdaresi Başkanlığı (KOSGEB) yang merupakan organisasi perusahaan kecil dan sederhana negara Turkiye yang diwakili oleh Dr. Fatih GÖKYURT, Naib Presiden KOSGEB. 

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi membincangkan peluang kerjasama dalam bidang francais, pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), latihan dan pembangunan keusahawanan serta kerjasama perdagangan antarabangsa antara Malaysia dan Turkiye. 

Menurut Dato’ Abu Bakar As-Sidek Dato’ Haji Mohd Sidek, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas menyatakan bahawa kunjungan ini juga bertujuan membina hubungan dan mewujudkan perkongsian baharu antara Pernas dan KOSGEB seperti perluasan pasaran, perkongsian teknologi, pembinaan kemahiran dan kapasiti serta mewujudkan jaringan kerjasama di antara usahawan francais di bawah Pernas bersama usahawan-usahawan Turkiye. 

“Pernas mempunyai misi untuk meneraju francais halal Malaysia menembusi pasaran Turkiye. Diharap dengan pertemuan ini dapat menghubungkan peluang perdagangan dua hala PKS Malaysia dan Turkiye selaras dengan aspirasi jenama Pernas “Memperkasa Pertumbuhan, Menghubungkan Peluang.” tambah beliau. 

Kunjungan hormat ini juga turut membuka peluang kepada jenama-jenama francais dan pra-francais tempatan seperti Gloria Jean’s Coffees, 1901, ASQ, CIC, Genius Aulad, Eartheories, FTW Racing, Ayam Penyet Best, AZ Motorsport dan banyak lagi melalui sesi padanan perniagaan (B2B) bersama delegasi usahawan Turkiye. 

https://drive.google.com/drive/folders/193ywaFF8NtnT5pespC4y9gI_bafBTx6T?usp=drive_link

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. 

Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:  
1. Skim pembiayaan francais untuk perniagaan dan usahawan francais yang merangkumi semua keperluan perniagaan francais termasuk perbelanjaan
modal and keperluan modal kerja;
2. Pembiayaan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
3. Khidmat nasihat merangkumi sokongan kepada pembangunan usahawan bumiputera dan perniagaan francais untuk meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan. 

Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.

SUMBER: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurzahirah Md Zamri
Jabatan Komunikasi Strategik
Tel: 019-959 8811 
Emel: Nurzahirah.zamri@pernas.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.