|
|
|
 |
|
|
TEKNOLOGI LOJI KUASA PINTAR (3IPP) YANG BERINOVATIF MILIK STATE POWER INVESTMENT CORPORATION MENARIK MINAT YANG MENDALAM DI MALAYSIA
Tuesday 12/09/2023
AsiaNet 100319
Forum Pembangunan Loji Kuasa Tanpa Impak Pintar Bersepadu (3iPP) China-Malaysia SHANGHAI, 12 Sept., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada 11 September 2023, Forum Pembangunan Loji Kuasa Tanpa Impak Pintar Bersepadu (3iPP) China-Malaysia telah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Forum ini, yang dihoskan oleh State Power Investment Corporation (SPIC) Shanghai Energy Technology Development Co., Ltd. (kemudian dari ini dirujuk sebagai SPIC Shanghai Energy Tech), berjaya menarik sejumlah besar audiens. Minat yang khusus ialah mengenai 3iPP yang dibentangkan oleh SPIC. Acara itu menampilkan penyertaan dan ucapan daripada tokoh terkenal seperti Encik Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Malaysia; Encik Sun Shuqiang, Menteri Penasihat bagi Pejabat Ekonomi dan Komersil di Kedutaan China di Malaysia; dan Encik Huang Dongsong, Timbalan Pengurus Besar bagi SPIC Shanghai Development Co. Ltd. Forum itu telah mengumpulkan lebih 100 orang hadirin, termasuk wakil daripada agensi-agensi kerajaan Malaysia, serta profesional daripada pelbagai sektor, termasuk inovasi teknologi, tenaga baharu, pembiayaan hijau, institusi pengajian tinggi dan perniagaan.
Pada sepanjang forum itu, perbincangan dan pertukaran mendalam tertumpu kepada kemajuan Loji Kuasa Tanpa Impak Pintar Bersepadu China-Malaysia. Kemuncak bagi acara itu ialah pemeteraian memorandum persefahaman bagi satu kerjasama strategik di antara SPIC Energy Malaysia Berhad dan Majuperak Holdings Berhad dari Malaysia.
Kajian berhubung rancangan dan prospek bagi 3iPP Malaysia itu nampaknya mempunyai masa hadapan yang cerah untuk berjaya bukan sahaja dalam mengukuhkan kerjasama inovasi teknologi dan perindustrian di antara China dan Malaysia tetapi juga menggunakan pelbagai inovasi teknologi untuk memudahkan peralihan Malaysia ke arah tenaga hijau. Inisiatif ini adalah sejajar rapat dengan keperluan untuk memerangi perubahan iklim dan menggalakkan pembangunan insan yang lestari.
Sumber: Shanghai Energy Technology Development Co., Ltd.
Pautan Lampiran Imej:
Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442153
Kapsyen: Forum Pembangunan Loji Kuasa Tanpa Impak Pintar Bersepadu (3iPP) China-Malaysia
--BERNAMA |
|
|
|
|
|