ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Jun 22, 2024 -Sabtu

 
  FORUM INOVASI PUJIANG 2023 DI SHANGHAI: MEMAJUKAN KERJASAMA TERBUKA UNTUK IMPAK INOVASI TEKNOLOGI YANG LEBIH BESAR

Tuesday 12/09/2023

AsiaNet 100318

Table
Forum Inovasi Pujiang 2023 di Shanghai


SHANGHAI, 12 Sept., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sepanjang 16 tahun yang lalu, Forum Inovasi Pujiang telah meningkatkan pengaruh global mereka secara berterusan, hasil daripada sokongan yang meluas. Ia telah memainkan satu peranan penting di dalam memajukan strategi pembangunan China yang dipacu oleh inovasi, berdikari dari segi saintifik, dan pembaikan diri, dan transformasi Shanghai untuk menjadi sebuah hab inovasi teknologi. Forum Inovasi Pujiang 2023 itu, yang bertemakan "Memupuk sebuah Persekitaran Inovasi Terbuka: Inovasi dan Hubungan Global", telah diadakan pada 9-11 Sept dan ia menampilkan lebih 300 orang tetamu dari 31 buah negara dan wilayah, dengan hampir 40% datang dari luar negara. Selain itu, ia melancarkan Persidangan Pelaburan Keusahawanan Global, yang bertujuan untuk mewujudkan Shanghai sebagai sebuah destinasi global utama bagi pelaburan keusahawanan teknologi dengan memudahkan hubungan di antara projek dan modal, menurut Pusat Shanghai bagi Forum Inovasi Pujiang.

Satu lagi acara forum yang penting ialah Persidangan Pemindahan Teknologi Global, yang berpusat kepada tiga elemen teras: permintaan inovasi, sokongan bakat dan kekuatan modal. Dengan menggunakan platform penawaran dan permintaan global InnoMatch, persidangan itu merangkumi sebuah kawasan pameran luar talian kira-kira 10,000 meter persegi yang luas, dengan mempamerkan lebih 3,000 keperluan teknologi dan lebih 20,000 peluang pekerjaan untuk bakat-bakat sains dan teknologi di seluruh negara itu.

Sebagai sebuah forum inovasi yang berpengaruh, Forum Inovasi Pujiang itu, yang berada pada satu persimpangan baharu, berhasrat untuk menjadi sebuah platform peringkat kebangsaan bagi pertukaran dan kerjasama inovasi saintifik dan teknologi global. Ia komited sepenuhnya kepada tiga misi teras: mewujudkan satu rangkaian inovasi, sentiasa menyesuaikan diri dengan trend masa depan dan memupuk bakat muda. Lima peranan utama mereka merangkumi berkhidmat sebagai sebuah sumber pemikiran inovasi termaju, satu penanda aras global untuk kemajuan saintifik dan teknologi, sebuah pemecut untuk kerjasama saintifik dan teknologi antarabangsa, sebuah magnet untuk bakat inovasi global, dan sebuah hab untuk pemindahan teknologi global. Kesemua usaha ini adalah sejajar dengan visi Shanghai untuk berkembang menjadi sebuah pusat sains dan inovasi antarabangsa serta mencapai matlamat untuk menjadi sebuah peneraju dunia di dalam teknologi.

Sumber: Pusat Shanghai bagi Forum Inovasi Pujiang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=442135
 
   Kapsyen: Forum Inovasi Pujiang 2023 di Shanghai
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.