Mei 09, 2025 -Jumaat

 
  RHB ISLAMIC DAN MAIPS MEMPERKASAKAN USAHAWAN MIKRO B40 DI PERLIS

Monday 11/09/2023



Table

RHB Islamic Bank Berhad bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus meningkatkan kehidupan usahawan mikro daripada komuniti B40 dan golongan asnaf di Perlis. Dari kiri ke kanan: YB Tuan Haji Razali Bin Saad, Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Perlis; Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPs; DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis; dan Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad.


RHB Islamic dan MAIPs Bekerjasama untuk Menyediakan Bantuan Kewangan, Latihan dan Alatan Kelengkapan untuk usahawan mikro B40 

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic” atau “Bank”) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (“MAIPs”) terus meningkatkan kehidupan usahawan mikro daripada komuniti B40 dan golongan asnaf di Perlis melalui Program Kayuhan Agihan MAIPs Peduli tahun ini, dimana pihak Bank telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM550,000 kepada MAIPs. Pada masa yang sama, RHB Islamic juga telah menyumbang sebanyak RM165,000 bagi pembangunan ekonomi masyarakat B40 dan asnaf di Perlis menerusi dua projek utama di negeri ini, dengan kerjasama MAIPs dan anak syarikatnya, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (“ATAM”).

Projek yang pertama merangkumi bengkel menjahit di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Chuping, di mana RHB Islamic melalui rakan kerjasamanya, ATAM bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat Perlis (“KEMAS”) dan GIATMARA Malaysia untuk melatih peserta dari masyarakat B40 untuk mengembangkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam menjahit pakaian, alas tidur dan juga kemahiran perniagaan. Projek kedua iaitu Bengkel Pengusahaan Karipap di Kampung Sentua, Utan Aji di Kangar pula membekalkan para peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan dan menjalankan perniagaan pengeluaran karipap. RHB Islamic adalah penyumbang tunggal dalam melengkapkan kedua-dua pusat projek ini dengan alatan, kelengkapan, dan mesin yang diperlukan.

“Salah satu matlamat kelestarian Bank adalah untuk memperkasakan dua juta individu dan perniagaan yang disasarkan di seluruh ASEAN menjelang tahun 2026. Kami berusaha untuk memberi impak positif kepada masyarakat B40 di Perlis melalui pengagihan zakat dengan kerjasama MAIPs dan ATAM dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk lebih berdaya maju. Kerjasama berterusan dengan pelbagai rakan kolaborasi akan membantu dalam memperkasakan masyarakat melebihi sekadar sumbangan zakat. Ini adalah komitmen kami terhadap kebajikan mereka dengan menekankan latihan dan pengembangan kemahiran, dengan matlamat utama agar mereka dapat meningkatkan status ekonomi isi rumah dan dalam masa yang sama, mengubah hidup mereka daripada penerima zakat kepada pembayar zakat,” kata Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad.

Semasa program berlangsung, Dato’ Adissadikin Ali turut menyerahkan sumbangan zakat korporat Bank kepada Tuan Haji Mohd Nazim, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs; sambil disaksikan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. Selepas penyerahan sumbangan zakat korporat, DYTM Tuanku Raja Muda mengetuai lawatan berbasikal sejauh 10km di sekitar kawasan Kangar untuk melawat dan menyerahkan sumbangan zakat kepada tiga buah keluarga asnaf.

“Kedua-dua pihak MAIPs dan RHB Islamic komited untuk meningkatkan kehidupan masyarakat B40 di Perlis, seperti yang ditunjukkan melalui inisiatif pengagihan zakat melalui program berbasikal ini. Program seumpama ini telah berlangsung selama beberapa tahun dan masih menjadi komitmen kami sehingga ke hari ini. Kami bertekad untuk terus menyalurkan sumbangan yang menyeluruh menjangkau bantuan kewangan dan di harap dapat mambawa perubahan yang lebih mampan dalam kehidupan masyarakat asnaf B40.” Kata Tuan Haji Mohd Nazim, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

Kerjasama strategik dengan MAIPs merupakan salah satu cara RHB Islamic dalam menyokong secara aktif inisiatif pengantaraan berasaskan nilai  (“Value Based Intimidation - VBI”) oleh Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan penggunaan modal sosial Islam dalam meningkatkan taraf ekonomi asnaf dalam kalangan masyarakat B40.

Dikeluarkan bagi pihak RHB Bank Berhad oleh bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Media.

SUMBER : RHB Islamic Bank Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Agnes Ong
Tel: 012-672 4245
E-mel: agnes.ong@rhbgroup.com  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.