ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SEQUOIA INDIA & ASIA TENGGARA KINI DIKENALI SEBAGAI PEAK XV PARTNERS

Wednesday 07/06/2023



Table

Rakan Pengurusan - Kiri ke Kanan (Rakan Kongsi Am) Berdiri - Shailesh Lakhani, Ashish Agrawal, Rajan Anandan, GV Ravishankar, Ishaan Mittal, Harshjit Sethi, Mohit Bhatnagar; Duduk - Tejeshwi Sharma, Sakshi Chopra, Shailendra Singh, Abheek Anand. (Foto: Business Wire)



Peak XV Partners akan beroperasi sebagai firma bebas sepenuhnya

Firma itu akan terus menyokong pengasas yang mempunyai cita-cita tinggi seperti di India, di Asia Tenggara dan menjangkau melebihi dana semasa firma tersebut yang termasuk USD 2.5 bilion (INR 20,000 crore) modal yang tidak dilaburkan.


NEW DELHI, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sequoia India & Asia Tenggara, firma modal teroka terbesar di rantau ini yang menguruskan lebih daripada USD 9.2 bilion merentasi 13 dana, kini akan dikenali sebagai Peak XV Partners* di seluruh dunia. Penjenamaan semula itu dilaksanakan selepas Sequoia Capital (Amerika Syarikat/Eropah), Sequoia China dan Sequoia India & Asia Tenggara telah memutuskan untuk menjadi firma bebas dengan jenama berbeza. Peak XV ialah nama asal yang diberikan kepada Gunung Everest dan melambangkan usaha berterusan untuk mencapai matlamat yang berani oleh pengasas.

Shailendra Singh, Pengarah Urusan, Peak XV Partners berkata, “Ini merupakan permulaan baharu bagi kami sebagai Peak XV Partners, tetapi tidak seperti kebanyakan permulaan, ini ialah peluang untuk kami membina di atas asas yang telah dibina sejak 17 tahun yang lalu. Firma kami akan terus diuruskan oleh pasukan kepimpinan sedia ada dan akan terus melabur daripada kumpulan dana terkini yang diperoleh, dengan matlamat tertumpu kepada India dan Asia Tenggara.”

Sejak penubuhan, Sequoia Capital (Amerika Syarikat/Eropah), Sequoia China dan Sequoia India/Asia Tenggara (SEA) telah dibina sebagai perniagaan berasingan dengan keputusan pelaburan bebas dibuat oleh perniagaan masing-masing. Selama bertahun-tahun, strategi untuk setiap perniagaan telah menyimpang dan skala serta kepimpinan pasaran merentasi geografi berbeza telah mula menyebabkan kekeliruan jenama dan konflik portfolio. Masalah ini telah mengakibatkan pemimpin setiap perniagaan secara kolektif memutuskan untuk beralih kepada perkongsian bebas sepenuhnya dengan membawa jenama berbeza, dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kepada pengasas dan Rakan Kongsi Terhad dengan cara terbaik.

“Kami melihat syarikat muncul dari setiap rantau dengan cita-cita global. Fleksibiliti yang dapat dilihat dengan struktur baharu akan membuka peluang global tanpa batasan dan membantu mencipta lebih banyak nilai untuk pengasas dan LP kami,” ujar Singh.

Sejak 17 tahun yang lalu, Sequoia India & Asia Tenggara (SEA) telah berjaya mengumpulkan 13 dana, melabur dalam lebih 400 syarikat permulaan, dengan 50+ syarikat bernilai USD 1 bilion dan ke atas. Portfolio tersebut telah menyaksikan 19 IPO dan berbilang Penggabungan & Pengambilalihan (M&A) yang berjaya menghasilkan USD 4.5 bilion nilai keluar yang direalisasikan setakat ini. Pasukan pelaburan diketuai oleh 11 Pengarah Urusan dengan tempoh purata pengalaman lebih 12 tahun di firma tersebut.

Peak XV Partners akan terus melabur merentasi pelbagai peringkat (benih, teroka, pertumbuhan) dan sektor seperti SaaS, AI, alat pembangun, keselamatan siber, infrastruktur awan, teknologi iklim, teknologi kewangan, teknologi kesihatan dan pengguna. Firma itu akan memperkukuh lagi program unik dan terunggul dalam industri seperti Surge and Spark yang telah diterima dengan baik oleh pengasas.

Firma terus komited seperti biasa untuk membantu pengasas yang berani membina syarikat ikonik yang boleh menjadi peneraju serantau dan global.

Maklumat Tentang Peak XV Partners

Peak XV Partners*, sebelum ini dikenali sebagai Sequoia Capital India & Asia Tenggara (SEA), ialah firma pelaburan modal teroka dan pertumbuhan terkemuka yang memberikan tumpuan kepada India, Asia Tenggara dan seterusnya. Firma tersebut komited untuk membantu pengasas yang berani membina syarikat ikonik yang boleh menjadi peneraju serantau dan global merentasi sektor SaaS, AI, alat pembangun, keselamatan siber, infrastruktur awan, teknologi iklim, teknologi kewangan, teknologi kesihatan dan pengguna.

Sejak 17 tahun yang lalu di rantau ini, Peak XV Partners telah berjaya mengumpulkan sejumlah USD 9.2 bilion merentasi 13 dana dan melabur dalam lebih 400 syarikat, dengan 50+ syarikat bernilai USD 1 bilion dan ke atas, serta 40 syarikat yang telah memperoleh hasil lebih daripada USD 100 juta. Portfolio tersebut juga merangkumi 19 IPO dan berbilang Penggabungan & Pengambilalihan (M&A) yang berjaya menghasilkan USD 4.5 bilion nilai keluar yang direalisasikan setakat ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peak XV Partners, sila kunjungi www.peakxv.com

*Disebut sebagai Peak Fifteen

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53415884/en

Individu untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Peak XV Partners
Shweta Rajpal Kohli
PR.IndiaSEA@sequoiacap.com
+91 98998 88667

Ushma Jhaveri
PR@peakxv.com
+91 99168 08664

Lara Kanga
+65 8650 5983

Avian WE
Oeindrila Biswas
oeindrila@avianwe.com
+91 8447776880
 
Sumber: Peak XV Partners

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.