ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  KIOXIA BAKAL MEMPAMERKAN SSD PENGGUNA BAHARU YANG MENYAMPAIKAN PRESTASI 4.0 PCIE® DI COMPUTEX

Friday 26/05/2023



Table

SSD Pengguna Siri EXCERIA PLUS G3 Menyampaikan Prestasi PCIe® 4.0 (Foto: Business Wire)


Pameran Rujukan yang Menampilkan Kelajuan Bacaan Berjujukan sekitar 5,000 MB/s untuk PC Permainan Berprestasi Tinggi, Desktop dan Komputer Riba


TOKYO, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, peneraju dunia dalam penyelesaian memori hari ini mengumumkan SSD pengguna baharu yang dijadualkan akan dikeluarkan pada suku ketiga 2023. Siri EXCERIA PLUS G3 akan memanfaatkan teknologi 4.0 PCIe® dan menawarkan kapasiti sehingga 2 terabait (TB). Siri baharu ini sangat sesuai untuk pengguna arus perdana PC permainan berprestasi tinggi, desktop dan komputer riba yang membawakan kelajuan serta kemampuan yang mereka perlukan. Siri EXCERIA PLUS G3 yang merupakan produk yang sedang dibangunkan akan dipamerkan sebagai rujukan di COMPUTEX TAIPEI dari 30 Mei hingga 2 Jun di Pusat Pameran Nangang Taipei.

Menampilkan memori kilat 3D BiCS FLASH™ TLC (Triple-Level-Cell) Kioxia, Siri EXCERIA PLUS G3 menggunakan faktor bentuk satu sisi jenis M.2 2280 yang sesuai untuk sistem desktop dan sistem mudah alih. Pemacu baharu ini juga akan menyokong Perisian Pengurusan Utiliti SSD Kioxia yang membantu pengguna dengan pemantauan dan penyelenggaraan SSD.

Keistimewaan Siri EXCERIA PLUS G3 termasuklah:
  • Menggunakan teknologi 4.0 PCIe® dan 1.4 NVMe™
  • Menyampaikan kelajuan bacaan berjujukan maksimum sebanyak kira-kira 5,000 Megabait sesaat (MB/s)[1] (Permulaan)
  • Faktor bentuk satu sisi M.2 2280
  • Menyampaikan sehingga kira-kira 70% lebih tinggi kecekapan kuasa pada kelajuan bacaan berjujukan maksimum berbanding EXCERIA PLUS Siri G2 generasi sebelumnya[2] (Permulaan)
Nota

[1] Kelajuan membaca dan menulis berbeza-beza bergantung pada pelbagai faktor seperti peranti hos, perisian (pemacu, sistem pengendalian dsb.) dan keadaan membaca/menulis.

[2] Berdasarkan kajian Kioxia (setakat 25 Mei 2023). Nilai ini merupakan kelajuan bacaan terbaik bagi setiap penggunaan kuasa yang diperoleh dalam persekitaran ujian khusus di Kioxia Corporation.

*Takrifan kapasiti: Kioxia mentakrifkan megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sistem pengendalian komputer walau bagaimanapun melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa 2 untuk takrifan 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih sedikit. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh pelbagai fail media) berbeza-beza berdasarkan saiz fail, format, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian yang diprapasang, atau kandungan media. Kapasiti format sebenar mungkin berbeza-beza.

*Barisan produk peribadi berbeza-beza mengikut negara dan wilayah.

*Imej produk mungkin berbeza daripada produk sebenar.

*PCIe ialah tanda dagangan berdaftar bagi PCI-SIG.

*NVMe ialah tanda berdaftar atau tidak berdaftar bagi NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.

*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain adalah merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.

*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Perihal Kioxia
Kioxia merupakan peneraju dunia dalam penyelesaian memori, khusus untuk pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat terdahulu iaitu Toshiba Memory telah berpisah daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk meningkatkan dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan untuk pelanggan dan nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori kilat 3D Kioxia yang inovatif, iaitu BiCS FLASH™ membentuk masa depan storan dalam aplikasi berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, PC, SSD, automotif dan pusat data.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53406125/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Satoshi Shindo
Tel: +81-3-6478-2404
 
Sumber: Kioxia Corporation

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.