KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan pekerja dan orang ramai yang berurusan di semua premis dan kaunter perkhidmatan yang disediakan. Sehubungan itu, HASiL ingin memaklumkan bahawa Pejabat Satelit Segamat akan ditutup sementara mulai 28 Mei 2023 hingga 01 Jun 2023 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan pejabat.
Dalam tempoh penutupan ini, para pelanggan disarankan untuk melakukan urusan berkaitan HASiL secara dalam talian atau hadir ke premis HASiL yang berdekatan. Pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat premis dan perkhidmatan yang disediakan melalui portal rasmi HASiL di
www.hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi :
www.hasil.gov.my Tarikh: 26 Mei 2023
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
--BERNAMA