ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PERNAS TERIMA PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH

Monday 15/05/2023



BANGSAR SOUTH, 15 Mei (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) telah berjaya memperoleh pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) berkuatkuasa 27 Januari 2023. Pensijilan yang telah dianugerahkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd dan The International Certification Network, IQNet menjadi bukti pengamalan kepada piawaian tadbir urus yang baik dan teguh.
 
Pengerusi Pernas, YBhg Dato’ Hazimah binti Zainuddin berkata, ISO 37001:2016 ABMS ini mematuhi prinsip liabiliti korporat seperti yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Pindaan 2018), sekali gus membuktikan komitmen Pernas terhadap perkhidmatan yang berintegriti demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
 
“Pensijilan ini menunjukkan komitmen berterusan Pernas dalam mewujudkan persekitaran yang adil, bersih dan bebas rasuah serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional dalam aktiviti perniagaan harian kami. Malah, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi tahap kedudukan sikap sifar toleransi Pernas terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi.” ujarnya.
 
Sebelum menerima pengiktirafan ini, Pernas telah pun melaksanakan beberapa inisiatif bagi membasmi dan memberi kesedaran kepada warga kerja mengenai kepentingan menjauhi dan mengelakkan  elemen-elemen  rasuah atau korupsi di dalam melaksanakan tugasan harian.  Ini termasuklan mengemaskini  Polisi Anti-Rasuah dan Korupsi, Polisi Tiada Pemberian Hadiah (No Gift Policy), Ikrar Bebas Rasuah dan Integriti Korporat serta mewujudkan saluran pemberian maklumat kepada warga kerja untuk melaporkan kes yang disyaki berkenaan dengan perlakuan tidak wajar (whistleblowing).
 
Selain itu, Pernas turut membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (Pernas OACP) berdasarkan inisiatif mandatori di bawah Strategi 2, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) iaitu memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam.

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:

1. Skim Pembiayaan Francais untuk perniagaan dan usahawan francais yang merangkumi semua keperluan perniagaan francais termasuk perbelanjaan modal and keperluan modal kerja;
2. Pembiayaan Ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
3. Khidmat nasihat merangkumi sokongan kepada pembangunan usahawan bumiputera dan perniagaan francais untuk meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan.
 
Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.
 
SUMBER : Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurzahirah Md Zamri
Jabatan Komunikasi Strategik
Tel: 03-2082 7788 samb. 7949
E-mel: nurzahirah.zamri@pernas.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.