Julai 09, 2025 -Rabu

 
  FORUM KOMUNIKASI ANTARABANGSA HEZE PEONY AKAN DIADAKAN PADA 9 APRIL, UNTUK BERKONGSI KISAH MENGENAI PEONY DENGAN SELURUH DUNIA

Friday 31/03/2023

AsiaNet 99864

Table

Forum Komunikasi Antarabangsa Heze Peony


HEZE, China, 31 Mac, 2023 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Forum Komunikasi Antarabangsa Heze Peony akan diadakan di Huimengtai di Heze pada 9 April, dengan dihoskan oleh Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Wilayah CPC Shandong dan Pentadbiran Penerbitan Bahasa Asing China.
 
Peony adalah sungguh cantik, tinggi menawan dan anggun sebagai kad perniagaan yang paling lazim bagi 'Ibu Negeri China bagi Peony' -- Heze, sebuah jenama pelancongan yang terkenal bagi Shandong yang Suka Menerima Tetamu dan sebuah simbol kebudayaan yang kaya di dalam ciri-ciri Cina untuk dipromosikan ke seluruh dunia. Dengan bertemakan 'Mencipta sebuah Identiti Kebudayaan Cina dan Berkongsi Kisah mengenai Heze Peony dengan Seluruh Dunia', forum itu bertujuan untuk menggalakkan komunikasi antarabangsa bagi Heze peony dan membina sebuah platform budaya peony untuk mengukuhkan pertukaran bersama, integrasi pelbagai industri dan pengaruh bandar raya itu.

Menurut Pejabat Berita bagi Kerajaan Rakyat Heze, forum itu kebanyakannya terdiri daripada '1+6+N', di mana '1' merujuk kepada sebuah forum yang bertema. Tetamu penting akan dijemput untuk bertukar-tukar fikiran, idea dan pertimbangan baharu daripada sudut dan dimensi yang berbeza mengenai corak dunia dan menjadikan suara China didengari. '6' merujuk kepada enam segmen bagi forum itu iaitu pameran mengenai pencapaian, majlis perasmian, ucaptama, seminar meja bulat, majlis menandatangani 'Komunikasi Kebudayaan dan Pangkalan Kerjasama Inovasi - Pusat Komunikasi Antarabangsa Budaya Peony', pelancaran inisiatif bagi pembinaan taman peony di luar negara. 'N' merujuk kepada beberapa siri aktiviti seperti lawatan pemerhatian sebelum forum itu, seminar bertema, laporan media, perjalanan selebriti internet dan pempengaruh asing, 'Jamuan Teh Peony' untuk rakan-rakan antarabangsa. Pelbagai aktiviti akan digabungkan dengan rapat dengan peony itu dan industri khas Heze. Tetamu dan wartawan akan dijemput untuk menikmati satu pengalaman yang mengasyikkan di taman peony itu, meninjau industri peony dan melawat dewan-dewan pameran khas.

Forum antarabangsa itu akan mempromosikan pembentukan sebuah jenama peony antarabangsa dan komunikasi antarabangsa bagi budaya peony. Jawatankuasa CPC itu dan kerajaan Heze telah memberi keutamaan kepada acara itu, dengan berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan persiapan untuk acara tersebut. Heze akan mengalu-alukan dengan penuh mesra tetamu dan pelawat dari seluruh pelosok dunia dan mempelawa mereka untuk menghargai daya tarikan 'Ibu Negeri China bagi Peony' itu.
 
Sumber: Pejabat Berita bagi Kerajaan Rakyat Heze
 
Pautan Lampiran Imej:
    Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=439444
 
      Kapsyen: Forum Komunikasi Antarabangsa Heze Peony

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.