|
|
|
 |
|
|
HADIAH-HADIAH MAKANAN ISTIMEWA ANUGERAH WILAYAH CHIBA KEPADA 6 PRODUK
Monday 27/03/2023
AsiaNet 99783
CHIBA, Jepun, 27 Mac, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Kerajaan Wilayah Chiba dan Majlis Perhubungan Industri Makanan Chiba telah menganugerahkan hadiah-hadiah makanan istimewa kepada enam produk makanan tempatan. Enam produk tersebut telah memenangi pertandingan "Temui Makanan yang Cemerlang di CHIBA 2023" yang dianjurkan oleh wilayah itu dan majlis berkenaan untuk menemui dan mempromosikan produk-produk menarik daripada antara makanan yang diproses yang dibuat terutamanya daripada bahan pertanian dan perikanan tempatan. Imej: 6 produk yang memenangi hadiah https://kyodonewsprwire.jp/release/202303033575?p=images Kerajaan wilayah itu akan membantu untuk mengembangkan saluran jualan bagi produk-produk yang memenangi hadiah itu melalui pelbagai peluang termasuk acara-acara promosi mereka.
Maklumat mengenai produk-produk yang memenangi hadiah (Semua harga yang disenaraikan di bawah termasuk cukai.) Hadiah Emas: "Puding Chiba-no Kodawari" (Puding Kualiti Chiba) dengan perisa kacang -Puding berasa sempurna dengan perisa biasa dan kacang. -Pewarna dua warnanya sangat cantik. Harga: JPY365 untuk 80g Nanohanaegg Co., Ltd. di Bandar raya Kimitsu URL: https://nanohana-egg.co.jp/ Hadiah Perak: "Fukkura Kuromame Genmai Gohan" (Nasi Perang Gebu yang direbus dengan Kacang Hitam) -Direbus di dalam air rebusan yang istimewa, beras perang yang gebu itu diserikan dengan kacang hitam, satu keistimewaan bagi wilayah itu. -Sangat disyorkan sebagai hadiah. Harga: JPY594 untuk 160g Kanetaya Co., Ltd. di Bandar Sakae URL: https://kanetaya.jp/ Hadiah Gangsa: Gelato Kacang Chiba -Rasa dan perisa kacang dan susu yang seimbang. -Terkenal kerana teksturnya yang licin. Harga: JPY500 untuk 100g Furindo di Bandar raya Kimitsu URL: http://www.furindou.com/index.html Hadiah Khas Juri: Confitures "Nashikko" (jeruk pir Jepun) -Diperbuat daripada pir yang dihasilkan di Bandar raya Funabashi. -Memanfaatkan rasa baik bagi bahan mentah itu secara efektif. Harga: JPY900 untuk 150g Le Cafe de Pomme di Bandar raya Funabashi URL: https://cafe-pomme.jp/ Sejenis ikan tenggiri Sepanyol Jepun dengan minyak zaitun bersama "ikejime" -Produk itu kekal segar dan tidak berbau kerana ikan tenggiri itu diproses di atas kapal, sekali gus memastikan rasa dan perisa ikan yang enak. -Mudah untuk digunakan bagi pelbagai jenis hidangan. Harga: JPY648 untuk 150g Misuzu di Bandar raya Abiko URL: https://chibagourmet.com/ Susu Ladang Sudo -Rasanya yang sedap hanya boleh dinikmati di ladang. -Dihasilkan dengan menggunakan satu pendekatan untuk membendung pelepasan gas metana yang dihasilkan oleh lembu. Harga: JPY460 untuk 150 mililiter Sudo Farm Co., Ltd. di Bandar raya Tateyama URL: https://www.sudo-farm.com/ Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|