ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  YAYASAN PETRONAS SEMARAKKAN KEMERIAHAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DI PULAU PINANG

Friday 27/01/2023



SEBERANG PERAI, 27 Jan (Bernama) -- Yayasan PETRONAS berkongsikan keceriaan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina menerusi sumbangan perayaan yang berlangsung di seluruh negara menerusi program Sentuhan Kasih.

Di Pulau Pinang, sumbangan melibatkan 150 penerima golongan B40 di sekitar negeri ini yang mendapat barangan keperluan harian termasuk beras, minyak masak, gula, tepung, kekacang dan juga pek hamper perayaan serta makanan.

Mewakili pihak Yayasan PETRONAS, Ketua PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara Zukifli Othman berkata, “Para penerima sumbangan ini diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang bagi tujuan penyerahan dan pengagihan.”

“Kami sentiasa komited dalam memperluaskan usaha ini dan menyemai nilai-nilai murni dengan menghulurkan sumbangan keperluan kepada golongan yang memerlukan. Kami berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban semasa musim perayaan ini,” tambah beliau ketika penyerahan sumbangan di perkarangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah yang berlangsung di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Negeri Pulau Pinang YB Phee Boon Poh, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Zakaria Taib dan Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat.

Bagi pihak JKM Negeri Pulau Pinang, agihan bantuan yang dihulurkan syarikat korporat seperti PETRONAS ini amat bermakna dalam usaha mereka untuk mendekati golongan yang memerlukan dan meringankan beban mereka. JKM menerusi program Kembara Prihatinnya sentiasa mengalu-alukan kerjasama dalam usaha murni ini.

Program Sentuhan Kasih adalah sebahagian daripada bidang tumpuan kesejahteraan dan pembangunan masyarakat Yayasan PETRONAS. Program ini juga sejajar dengan Agenda Kelestarian PETRONAS dan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB.

(Klik sini untuk muat turun foto): Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Zakaria Taib (kiri) dan Ketua PETRONAS Wilayah Tengah dan Utara Zukifli Othman (kanan), menziarahi salah seorang penerima sumbangan Sentuhan Kasih Tahun Baharu Cina oleh Yayasan PETRONAS, Lee Foo Ngan (tengah) di kediamannya di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Disediakan bagi pihak:
Yayasan PETRONAS

SUMBER: Yayasan PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nabil Basaruddin
Tel: +6012 424 9750
E-mel: nabil.basaruddin@petronas.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.