ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PROJEK RINTIS CASHLESS@PEDI DI KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR

Wednesday 25/01/2023



Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mainkan peranan membudayakan pembayaran tanpa tunai di kalangan masyarakat luar bandar 

CYBERJAYA, 25 Jan (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah melancarkan projek rintis Cashless@PEDi di 28 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terpilih seluruh negara. 

Objektif utama projek rintis ini adalah untuk melihat sejauh mana PEDi boleh memainkan peranan yang berkesan dalam membudayakan pembayaran tanpa tunai di kalangan masyarakat luar bandar melalui pameran dan aktiviti yang bakal diadakan di sana. 

Sejak 31 Disember 2022 lepas dan bermula di PEDi PPR Sri Pantai dan PEDi PA Seri Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, penduduk setempat telah berpeluang menikmati pengalaman berbelanja tanpa tunai di ruang PEDi sambil mendapatkan maklumat mengenai pelbagai kaedah dan kelebihan e-pembayaran yang dikuasakan oleh PayNet, seperti kad debit (MyDebit), JomPay, DuitNow QR, dan sebagainya. 

Program serupa bakal diadakan di 26 lokasi PEDi lain seluruh negara. Untuk bulan Januari ini, kempen Cashless@PEDi akan diadakan di PEDi Taman Kelisa dan PEDi FELDA Soeharto di Selangor. SKMM akan mengkaji sambutan masyarakat setempat di kesemua 28 lokasi terlibat sebelum memperluaskan kempen ini di lebih 900 lokasi PEDi lain di seluruh negara.

Menurut kajian cerapan pembayaran digital PayNet 2022 (PayNet Digital Payments Insights Study 2022), 78% rakyat negara ini masih lagi cenderung menggunakan pembayaran tunai pada tahun 2021, 11% kurang berbanding tahun 2020. Namun, trend penggunaan tunai kembali meningkat pada 2022, terutamanya di kawasan luar bandar. Projek rintis Cashless@PEDi ini dilihat bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital dalam pelan tindakan ekonomi digital negara. 

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) 

PayNet dimiliki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bersama konsortium terdiri daripada 11 bank tempatan, yang mengendalikan rangkaian pembayaran runcit kebangsaan dan perkongsian infrastuktur berpusat untuk pasaran kewangan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.PayNet.my

SUMBER: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Amy Pang
Tel: +603 2264 8689
E-mel: amy@PayNet.my 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Tel: +60 3 8688 8000
Faks: +60 3 8688 1000
E-mel: scird@mcmc.gov.my
Laman Web: www.mcmc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.