ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  FESTIVAL KEBUDAYAAN DIADAKAN DI CHONGQING FENGDU DI CHINA BARAT UNTUK MEMOHON RESTU BAGI TAHUN BARU QAMARI

Wednesday 25/01/2023

AsiaNet 99480

Table
Kapsyen: Gunung Fengdu Ming di Chongqing

CHONGQING, 25 Jan., 2023 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Festival kebudayaan memohon restu Festival Musim Bunga bermula pada 23 Januari, hari kedua bagi tahun baru qamari China di Daerah Fengdu di Perbandaran Chongqing di China barat. Diadakan di tengah-tengah elemen-elemen perayaan Tahun Baharu Cina yang kuat, festival itu mempamerkan visi masyarakat Cina untuk satu kehidupan yang lebih baik dan restu mereka kepada keluarga dan rakan taulan mereka.

Pada sebelah malam, Daerah Fengdu di kedua-dua belah Sungai Yangtze itu telah diterangi oleh lampu-lampu yang berwarna-warni dan bayang-bayang. Dengan bunyi loceng yang mendoakan selamat maju jaya berdering kuat, seekor burung phoenix yang seakan hidup, seekor burung Cina yang bersemarak yang membawa tuan, bangkit perlahan-lahan dari tebing utara di Sungai Yangtze, untuk menerangi ke seluruh Daerah Fengdu dan menandakan detik permulaan bagi pertunjukan cahaya dan bayang-bayang. Dengan burung phoenix yang seakan hidup itu terbang tinggi di atas, orang ramai berkumpul dengan tangan yang berpaut untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina.

“Festival itu menghasilkan suatu suasana Festival Musim Bunga yang mantap!” Encik Su dari Shanghai berkata, yang tertarik dengan aktiviti interaktif yang kaya. Beliau mengutus ucapan restu beliau kepada program digital dalam talian bagi pertunjukan cahaya dan bayang-bayang itu, dan ucapan restu itu kemudian dipaparkan di langit malam Fengdu.

Berlangsung sepanjang bulan pertama bagi kalendar qamari Cina itu dari 23 Januari sehingga 21 Februari, festival itu dibahagikan kepada 23 aktiviti yang 
berwarna-warni dalam 6 bahagian yang berkaitan dengan pelbagai acara restu, menurut Kumpulan Pelancongan Gunung Chongqing Fengdu Ming. Satu rangkaian aktiviti termasuk pertunjukan cahaya dan bayang-bayang burung phoenix, kibaran lampu keberkatan, pesta tanglung, perkongsian sampul merah dan satu pesta pasar ria. Aktiviti ini akan memberikan satu pengalaman Tahun Baru yang indah kepada orang ramai melalui pelbagai aspek seperti perjalanan, hiburan, paparan, muzik dan membeli-belah.

Seseorang boleh meletakkan lampu ke dalam sungai di jeti itu untuk mengirim hajat, menyerukan kebahagiaan di dinding keberkatan di Pintu Phoenix, memainkan satu nada kegembiraan di pejalan kaki muzik, menulis kuplet Festival Musim Bunga untuk memperoleh tuah di dataran bandar raya itu, mengumpul lapan restu bagi Tahun Baru di tempat yang indah di Pergunungan Shuanggui, mengambil hadiah restu kecil di Pavilion Xifu, memukul gendang untuk menyalakan Bangunan Pelabuhan Fengdu bagi menzahirkan restu... Festival Musim Bunga ini telah menyaksikan unsur-unsur kebudayaan tradisional Cina yang mantap di seluruh kawasan pusat bandar itu, tempat-tempat yang indah, serta jalan-jalan dan lorong-lorong di Fengdu.

Dengan berada pada satu kedudukan yang unik di dalam budaya tradisional Cina, Fengdu adalah satu daripada tujuh puluh dua tempat Taoisme yang diberkati. Mengadakan sebuah festival kebudayaan untuk mendapatkan tuah bagi mempamerkan daya tarikan budaya tradisional Cina di dalam elemen perayaan Tahun Baru yang kaya akan menggalakkan kemakmuran bagi budaya tempatan dan industri pelancongan, sekali gus menyuntik dorongan kebudayaan kepada pembangunan ekonomi dan sosial.

Sumber: Kumpulan Pelancongan Gunung Chongqing Fengdu Ming

Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=437304

   Kapsyen: Gunung Fengdu Ming di Chongqing 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.