ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BANDAR RAYA MARITIM FUZHOU MENERUSKAN PEMBANGUNAN YANG KUKUH DAN MAPAN

Friday 06/01/2023

AsiaNet 99392

Table
Kapsyen: Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Fuzhou -- sebuah Bandar Raya Maritim

FUZHOU, China, 6 Jan., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou dari Wilayah Fujian, yang bertajuk "Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Fuzhou -- sebuah Bandar Raya Maritim", telah dikeluarkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk "Paris Oriental Center", "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou", yang menunjukkan kepada dunia Fuzhou, sebuah Bandar Raya Maritim yang menampilkan kebijaksanaan, inovasi, ekologi dan kemakmuran.

Di dalam video promosi itu, industri logistik antarabangsa termaju Fuzhou, pangkalan perikanan laut dalam negara, pusat logistik rantaian sejuk utama kebangsaan dan industri-industri pantai yang lain terletak di garis pantai panjang yang menjadi saksi kepada sebuah ekonomi marin yang semakin berkembang dengan didorong oleh inovasi di dalam sains dan teknologi. 

Dengan keadaan maritim yang hebat, industri perikanan Fuzhou sedang bergerak ke laut yang lebih dalam, dan pemprosesan bagi produk akuatik menjadi semakin canggih, yang memacukan pembangunan mapan bagi industri marin.   

Garis Pantai Emas Fuzhou adalah sebuah syurga bagi pelancong untuk lebih dekat dengan laut di mana mereka boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan, menikmati masa lapang, belajar tentang sejarah tentera laut tempatan, menggunakan kemudahan untuk rekreasi dan kecergasan atau hanya sekadar untuk bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan kaki.  

Program kerjasama maritim antarabangsa, seperti Projek "Dua Buah Negara, Taman Berkembar" yang dilancarkan bersama oleh China dan Indonesia semakin mencapai kemajuan yang pantas. Sebuah komuniti inovasi maritim di sfera bandar Fuzhou sedang mengambil bentuk.

Sebagai satu daripada bandar raya pantai terbuka yang pertama di China, nadi pembangunan Fuzhou sentiasa selari dengan tempo reformasi negara itu, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

Pada masa ini, ekonomi marin yang berkembang pesat telah mencipta lebih banyak kelebihan bagi Fuzhou. Dalam konteks yang menggalakkan itu, Fuzhou sentiasa memanfaatkan potensi baharu untuk membangunkan Bandar Raya Maritim itu dengan kekuatan dan keberanian yang tidak pernah berlaku sebelum ini serta wawasan yang lebih terbuka dan lebih luas.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=436931
 
   Kapsyen: Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Fuzhou -- sebuah Bandar Raya Maritim

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.