ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ICIF KE-18 DIBUKA DI SHENZHEN UNTUK MENDAPATKAN KERJASAMA KEBUDAYAAN GLOBAL

Friday 30/12/2022

AsiaNet 99350

SHENZHEN, China, 30 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa (ICIF) China (Shenzhen) ke-18 bermula pada 28 Disember, 2022. ICIF tahun ini diadakan terutamanya secara di luar talian, dengan dilengkapi dengan pameran dalam talian yang disegerakkan. Adalah dianggarkan lebih 2,500 delegasi kerajaan, institusi kebudayaan dan perniagaan akan menghadiri pameran itu di tapak, manakala 800 institut dan perusahaan akan menyediakan gerai secara dalam talian.

ICIF itu adalah pameran kebudayaan yang pertama di China yang diiktiraf oleh Persatuan Global bagi Industri Pameran (UFI). Sejak penubuhannya di Shenzhen pada tahun 2004, pameran itu telah menyaksikan peningkatan yang berterusan di dalam skala pameran, penonton dan tahap pengantarabangsaan. Ia kini telah berkembang menjadi sebuah enjin utama untuk pertumbuhan perindustrian kebudayaan China, serta sebuah platform dan jendela yang penting untuk menyebarkan budaya China ke seluruh dunia, menurut Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen.

Menurut statistik, setiap tahun, ICIF mengumpulkan lebih 100,000 barang pameran daripada industri kebudayaan dan kreatif di dalam dan luar negara, dan lebih daripada 4,000 projek pelaburan dan pembiayaan kebudayaan dipamerkan dan diperdagangkan di pameran itu. Dengan mengambil bahagian di dalam acara itu, pelbagai perniagaan dan institusi luar negara yang cemerlang telah berjaya mengembangkan pasaran mereka dan menemui peluang baharu untuk kerjasama dan pembangunan.

Terutama sekali, sebuah Dewan Pameran Antarabangsa telah diwujudkan di ICIF Awan pada tahun ini. Sebanyak 300 institusi dan perniagaan kebudayaan luar negara dari 30 buah negara dan wilayah merentasi seluruh dunia telah dijemput ke pameran dalam talian itu. Produk dan projek kebudayaan dari dalam dan luar negara sedang dipaparkan pada platform dalam talian, dengan satu penekanan yang kuat kepada menggalakkan pertukaran kebudayaan dan perdagangan di antara China dan negara-negara lain di sepanjang Belt and Road, dan mengembangkan rangkaian antarabangsa untuk perdagangan kebudayaan.

Miao Song, pengasas dan pengarah bagi Canada China Art-Tech (CCAT), membawa bersama rakan Kanada mereka Telefilm Canada, Universiti Concordia dan The 7 Fingers. Beliau berkata, “Ini adalah kali ke-4 kami mengambil bahagian di dalam ICIF itu. Pada tahun ini kami melihat lebih banyak negara yang mengambil bahagian dan lebih banyak pameran yang pelbagai. Terutamanya, produk budaya teknologi tidak pernah gagal untuk menarik perhatian saya.”

Sebagai tindak balas kepada satu soalan tentang kenapa CCAT mengambil bahagian di dalam pameran itu, Pengarah Song percaya bahawa CCAT berkongsi banyak nilai-nilai teras dengan ICIF di dalam menyokong pertumbuhan industri kebudayaan China dan membantu produk kebudayaan China di dalam mencapai khalayak di peringkat global. Beliau berkata: “Pameran CCAT itu adalah pelbagai, merangkumi sains dan teknologi, seni, akademik dan kemanusiaan, dan sektor lain, oleh itu ia sesuai dengan mod paparan ICIF yang berkualiti tinggi, pelbagai dan komprehensif.”

Selain itu, pameran ini telah membuka ruang baharu untuk menarik pelaburan dan pempamer asing, agar dapat melibatkan lebih banyak institusi dan perniagaan kebudayaan domestik dan antarabangsa, dan membantu pempamer mempercepatkan penyepaduan mereka ke dalam corak pembangunan “dwi peredaran” China dan membangunkan pasaran baharu. Ia akan membina dirinya menjadi sebuah platform kebudayaan yang penting untuk pemerolehan antarabangsa, mempromosikan pelaburan, pertukaran rakyat dengan rakyat, dan kerjasama terbuka. Sejumlah 10,931 pembeli dari 108 buah negara dan wilayah, seperti Perancis, Jerman dan Pakistan, telah mendaftar untuk pameran dalam talian.

Duta Besar JUDYTH NSABABERA dari Konsulat Jeneral bagi Republik Uganda di Guangzhou berkata: “Tahun ini, kami berbesar hati untuk mengambil bahagian di dalam ICIF ke-18 secara dalam talian dan luar talian. Kami berharap melalui pertukaran ini, kami dapat menunjukkan budaya, produk dan projek Afrika kami pada sebuah platform yang sangat baik seperti ICIF, dan kami juga berharap melalui ICIF ini kami dapat membantu pembangunan industri kebudayaan di China dan Uganda mencapai tahap yang lebih tinggi.”

Sebagai sebuah pameran peringkat negeri, antarabangsa dan komprehensif untuk industri kebudayaan, ICIF telah meraikan 17 sesi setakat ini. Ia telah menggalakkan pembangunan industri kebudayaan di seluruh negara itu serta di Bandar Raya Shenzhen. Pameran itu telah menjadi satu acara penting untuk mempamerkan pencapaian Shenzhen di dalam pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan serta sebuah jendela yang penting ke dalam metropolis yang semakin berkembang ini. Pada masa ini, nilai tambah bagi industri kebudayaan Shenzhen telah melebihi 25 juta yuan, yang menyumbang lebih 8% bagi KDNK bandar raya itu.

Pengarah Song Miao berkata, “Shenzhen ialah sebuah bandar raya antarabangsa dengan keterangkuman yang tinggi dan sebuah pendahulu di dalam pembukaan. Dengan mempunyai sejumlah besar perusahaan berteknologi tinggi dan sebuah pasaran yang besar, ia telah mengekalkan satu momentum pertumbuhan yang teguh di dalam pelaburan asing dan terus menyaksikan satu peningkatan dari segi jumlah dan skala perniagaan yang menjadi global. CCAT ingin terus bekerjasama dengan perniagaan dan institusi Shenzhen di dalam pembikinan filem, aktiviti yang berkaitan dengan filem, pembangunan teknologi dan pelaburan modal teroka projek untuk mencapai keputusan yang menguntungkan semua pihak. Di samping itu, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada dan keyakinan penuh kami terhadap peranan positif ICIF di dalam meningkatkan kerjasama itu.”
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.