ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  CES 2023: OMRON HEALTHCARE MEMPERKENALKAN INISIATIF UNTUK MEMAJUKAN VISI MEREKA BAGI "MENUJU KE ARAH SIFAR" -- PENGHAPUSAN SERANGAN JANTUNG DAN STROK

Wednesday 21/12/2022

Asianet 99223

KYOTO, Jepun, 21 Dis., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --

OMRON Healthcare Co., Ltd. (kemudian daripada ini Syarikat itu) akan mengadakan pameran  di CES 2023 (*), pameran teknologi pengguna terbesar di dunia yang berlangsung di Las Vegas dari Khamis, 5 Januari, hingga Ahad, 8 Januari. Pada pameran itu, Syarikat tersebut akan mempamerkan peranti perubatan inovatif dan perkhidmatan digital yang telah diperkenalkan sejak 50 tahun yang lalu dan yang telah membantu mereka memajukan visi korporat itu untuk "Menuju ke arah Sifar" -- Penghapusan Serangan Jantung dan Strok. Inisiatif ini termasuk peranti kesihatan jantung yang berinovatif seperti Complete (TM), alat mengesan tekanan darah lengan atas dengan teknologi ECG terbina dalam, dan perkhidmatan pemantauan pesakit jarak jauh global mereka.
(*) Pertunjukan Elektronik Pengguna
 
Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202212121045-O1-sEo1c8K3
 
Sebagai sebahagian daripada acara itu, satu sidang akhbar untuk media sahaja akan diadakan dari pukul 3 petang hingga 3:45 petang pada 4 Januari, 2023 (PST). Ranndy Kellogg, Ketua Pegawai Eksekutif bagi OMRON Healthcare, Inc., dan eksekutif kanan yang lain akan membentangkan inisiatif yang telah menggerakkan Syarikat itu kepada satu kedudukan kepimpinan yang kukuh di dalam kesihatan jantung.

Sebagai menyokong acara tersebut, satu laman web khas akan dilancarkan pada Khamis, 15 Disember, yang akan menunjukkan persekitaran perniagaan Syarikat itu, tema pameran, visi masa depan dan hasil kajian klinikal terkini.

Tema di CES 2023
1. Pengesanan awal bagi penyakit jantung dengan menggunakan Alat Mengesan Tekanan Darah + teknologi ECG
Pemfibrilasi Atrium (AFib) ialah sejenis degupan jantung yang tidak teratur, yang dikenali sebagai aritmia. Disebabkan oleh simptom itu yang tidak terlalu ketara, ia boleh terlepas begitu sahaja tanpa disedari, oleh itu ia adalah agak sukar untuk mengesan keadaan itu pada peringkat awal. Jika tidak dikawal, AFib meningkatkan risiko serangan strok sebanyak lima kali ganda secara purata.
OMRON telah memperkenalkan alat mengesan tekanan darah lengan atas dengan teknologi ECG terbina dalam di seluruh dunia, dengan tujuan untuk membuat rutin rakaman ECG penting setiap hari bersama-sama dengan pengukuran tekanan darah. Matlamatnya adalah untuk mengesan risiko AFib pada peringkat awal dan mencegahnya daripada menjadi lebih teruk, yang bertujuan untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dan pada masa yang sama membantu memajukan visi Syarikat itu untuk Menuju ke arah Sifar.
 
2. Perluasan Kesihatan Digital
OMRON connect (Ameria Syarikat/Kanada/EMEA) ialah satu aplikasi mudah alih pengurusan kesihatan. Ia menganalisis arah aliran bagi data penting pengguna dengan menggunakan teknologi AI dan mencadangkan program pengubahsuaian gaya hidup yang optimum dan pemahaman yang lain. OMRON connect akan ditunjukkan di gerai pameran OMRON di CES 2023.
 
3. Inovasi bagi Perkhidmatan Pemantauan Pesakit Jarak Jauh (RPM) Global
Sebuah platform RPM pelbagai penyakit yang baharu akan diperkenalkan di United Kingdom. Perkhidmatan itu, yang dijadual dilancarkan pada awal tahun 2023, akan membantu pesakit penyakit kronik berkongsi data kesihatan penting dari rumah mereka dengan doktor mereka. Perkhidmatan itu membolehkan doktor untuk memantau status fizikal dan pematuhan ubat bagi pesakit mereka untuk meningkatkan pengurusan penjagaan kronik. Di United Kingdom, pesakit mempunyai satu pilihan untuk mendaftar dengan seorang Pengamal Perubatan Umum (GP) yang akan menjaga bagi pelbagai jenis pesakit dan keadaan, daripada satu lawatan awal kepada rawatan jangka panjang. Memandangkan keadaan pesakit diuruskan dengan menggunakan platform itu, beban kerja bagi seseorang GP dapat dikurangkan, manakala pengesanan awal bagi penyakit serebrovaskular dan kardiovaskular yang teruk boleh dijangkakan. Selain itu, perkhidmatan RPM di Amerika Syarikat, VitalSight (TM) oleh OMRON, akan juga mempamerkan untuk berkongsi keberkesanan rawatan dan ekonomi kesihatan bagi perkhidmatan mereka, termasuk perakuan doktor.
 
Gambaran keseluruhan acara
Tarikh: Khamis, 5 Jan, 2023 - Ahad, 8 Jan, 2023
Tempat: Pusat Konvensyen Las Vegas (LVCC)
Gaya Pameran: Gerai
Nombor Gerai: 8604
Tapak Liputan: https://healthcare.omron.com/ces2023
 
https://healthcare.omron.com/ (Global)
 
Sumber: OMRON Healthcare Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.