ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  MPC RANGKUL ANUGERAH IBR ASEAN 2022

Tuesday 13/12/2022



Table
Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman menerima trofi Anugerah International Business Review (IBR) ASEAN 2022 untuk kategori Kecemerlangan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman


PETALING JAYA, 13 Dis (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meraih  pencapaian yang membanggakan apabila berjaya merangkul Anugerah International Business Review (IBR) ASEAN 2022 untuk kategori Kecemerlangan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan  dalam usaha menyebarluaskan initiatif Produktiviti negara.
 
Anugerah anjuran The IBR Asia Group adalah untuk mengiktiraf organisasi awam dan swasta yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang serta menyumbang ke arah peningkatan ekonomi dan pembangunan negara.
 
Menurut Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman kejayaan tersebut menjadi pendorong dan sebagai pencetus semangat untuk MPC terus komited dalam memastikan sasaran pertumbuhan produktiviti 3.6 peratus setahun tercapai.
 
"Untuk mencapai pertumbuhan produktiviti lebih tinggi, negara perlu memberi fokus kepada lima pemacu produktiviti utama yang perlu diperincikan pada peringkat nasional, sektor dan perusahaan iaitu bakat, teknologi, persekitaran perniagaan, struktur industri dan minda produktif.
 
"MPC memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki dan memantapkan persekitaran perniagaan bagi organisasi swasta menerusi peraturan tangkas dan pelaksanaan Amalan Baik Peraturan (GRP). Tadbir urus baik serta peraturan berkualiti membantu melonjakkan prestasi Malaysia ke tangga 10 teratas di dalam Indeks Daya Saing Digital Global," katanya.
 
Menurut beliau dalam pembangunan bakat negara, MPC membantu menangani isu kebergantungan negara kepada pekerja asing kurang mahir dengan meningkatkan kemahiran serta pendidikan bakat menerusi inisiatif Academy in Factory (AiF).
 
Sehingga kini, lebih 3,000 bakat dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk belia berjaya ditempatkan di lebih 50 syarikat menyertai inisiatif AiF.

Selain itu, MPC komited membimbing organisasi ke arah pendigitalan dan inovasi menerusi MyReskill IOT dan Industry4WRD diterajui bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi merealisasikan agenda transformasi industri dengan menjadikan teknologi dan digitalisasi sebagai pemangkin memacu produktiviti negara.
 
MPC kini merancang strategi untuk membentuk minda produktif secara bersasar dan sistematik bagi mentransformasi pemikiran rakyat ke arah minda produktif seterusnya membudayakan produktiviti sebagai cara hidup.
 
Mengenai  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.
 
Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Huda Atiqah Samsir
Tel: 0137261950
E-mel: atiqah@mpc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.