ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KINI KAMPUNG HANOK DI JEONJU MENAWARKAN PEMANDANGAN MALAM YANG INDAH

Friday 25/11/2022




Table

Kampung Hanok Jeonju menawarkan suasana unik yang baharu untuk pemandangan malam: Jeonju Daesaseupcheong (Foto: Business Wire)


JEONJU, Korea Selatan, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bandar Jeonju mengumumkan bahawa "projek penambahbaikan kemudahan kebudayaan dan pemandangan malam laluan lorong Kampung Hanok" telah berjaya disiapkan.

Kini Kampung Hanok menyediakan pemandangan malam indah kepada pelancong dan warga tempatan yang boleh dinikmati dengan tahap keselamatan yang lebih baik, serta tempat tersebut dijangka memanjangkan waktu perkhidmatan kunjungan sehingga larut malam.

Bandar Jeonju memasang lampu landskap di Taejo-ro, jalan utama Kampung Hanok dan kemudahan cahaya, termasuk lampu tradisional di kemudahan kebudayaan dan laluan lorong juga bertujuan membantu pengunjung menikmati suasana unik Kampung Hanok di Jeonju pada waktu malam.

Tanglung Cheongsachorong yang dipasang di sepanjang pintu masuk ke kampung mewujudkan zon bayangan selepas lampu dimatikan di dalam kedai. Bagi memastikan keselamatan pelancong dan pengunjung, Bandar Jeonju meningkatkan persekitaran kampung melalui projek penambahbaikan pemandangan waktu malam.

Cahaya luar juga telah dipasang di kemudahan kebudayaan, seperti Pusat Kebudayaan Kipas Jeonju, Muzium Kesusasteraan Choi Myeong Hee, Daesaseupcheong, Marudal, Pusat Kebudayaan Wanpanbon dan pelbagai ruang seni kreatif, untuk menambahkan "kehangatan cahaya" di kemudahan kebudayaan Hanok.

Di samping itu, Bandar Jeonju memasang tanglung tradisional dan lampu dinding untuk mengubah laluan lorong terpencil menjadi jalan selamat yang dipenuhi dengan kehangatan cahaya.

“Melalui projek ini, kami mengubah Kampung Hanok di Jeonju, tapak pelancongan paling banyak mempamerkan kebudayaan Korea dan bertaraf dunia, oleh yang demikian pengunjung boleh menikmati keindahan dan daya tarikan kampung itu juga pada waktu malam,” kata Pengarah Heo Gap-su dari Bahagian Sokongan Kampung Hanok Bandar Jeonju. "Kami akan terus menumpukan usaha kami ke arah penambahbaikan landskap supaya Kampung Hanok di Jeonju ini diingati oleh pelancong sebagai destinasi yang mereka ingin kunjungi semula pada waktu siang dan malam."

Galeri Foto/Multimedia Tersedia: 
https://www.businesswire.com/news/home/52977732/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk dihubungi

BANDAR JEONJU
Inuk Hwang
+82-63-281-2226
inuk0614@korea.kr
 
Sumber: BANDAR JEONJU

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.