ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MARY KAY MENEGASKAN USAHA MEMAJUKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN WANITA DI SELURUH DUNIA MELALUI PERKONGSIAN BERIMPAK

Friday 25/11/2022



Table

Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay (Foto ihsan daripada: Mary Kay Inc.)


Sempena Hari Keusahawanan Wanita, Mary Kay Berkongsi Usaha Perkongsian Luar dan Kerjasama untuk Membuka Potensi Wanita Di Mana-mana Sahaja.

DALLAS, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. penyokong tegar pemerkasaan ekonomi wanita dan kesaksamaan jantina, hari ini menegaskan semula komitmen global syarikat kepada usahawan wanita melalui usaha luar dan perkongsian yang menumpukan dalam meningkatkan dan memajukan keusahawanan wanita, sempena sambutan Hari Keusahawanan Wanita.

Mary Kay, sebagai syarikat pembangunan keusahawanan yang beroperasi di hampir 35 negara, telah memperkasakan wanita dan menyokong aspirasi keusahawanan mereka selama hampir 60 tahun. Syarikat ini telah bekerjasama dengan pembuat perubahan melalui perkongsian tertumpu berimpak di seluruh dunia untuk membantu menghapuskan halangan kepada pemerkasaan ekonomi wanita dan mempercepat perangkuman wanita dalam ekosistem keusahawanan.

POTENSI NILAI DAN CABARAN KEPADA KEUSAHAWANAN WANITA:

Mengembangkan perangkuman ekonomi wanita dapat meningkatkan keluarga, mengukuhkan komuniti dan menjadikan masyarakat lebih berdaya tahan.  Data menunjukkan bahawa wanita cenderung melaburkan semula sehingga 90% daripada pendapatan mereka dalam keluarga dan komuniti tempatan mereka.1 Penyelidikan juga menunjukkan bahawa perniagaan dimiliki wanita, walaupun terjejas secara tidak berkadaran akibat daripada kemelesetan ekonomi, masih berdaya tahan, tangkas dan mampan.2 Perniagaan yang dimiliki wanita sering memberikan respons kepada krisis melalui inovasi dengan menangani cabaran global paling mendesak termasuk perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.

Meskipun terdapat bukti tentang kesan pengganda keusahawanan wanita, mereka yang terlibat dalam perniagaan terus menghadapi halangan di seluruh dunia yang disebabkan oleh akses yang tidak sama rata kepada modal, pendidikan profesional, perangkuman dalam rantaian nilai global, dan akses kepada pasaran untuk produk dan perkhidmatan mereka. Undang-undang yang tidak sama rata memburukkan lagi keadaan. Laporan Wanita, Perniagaan dan Undang-undang 2022 mendapati bahawa hampir 2.4 bilion wanita dalam usia bekerja masih tidak menikmati hak ekonomi yang sama dengan lelaki.3

Cabaran ini sangat besar sehinggakan Laporan Jurang Jantina Global 2022 menunjukkan bahawa dalam usaha merapatkan jurang jantina dalam penyertaan ekonomi dan jurang peluang jantina akan mengambil masa 151 tahun.4

Apabila wanita disisihkan daripada ekosistem keusahawanan, ini bermakna syarikat dan pelabur terlepas peluang pelaburan yang besar. Di Eropah, sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa walaupun wanita mendapat separuh daripada modal pelaburan berbanding lelaki, syarikat mereka menjana hasil dua kali ganda untuk setiap dolar yang dilaburkan.5

Sejajar dengan misinya untuk memperkayakan kehidupan wanita, Mary Kay dan rakan kongsinya menumpukan kepada memajukan keusahawanan wanita dan menyokong usahawan wanita yang sudah bertapak atau beraspirasi di mana saya mereka tinggal.

Mengiktiraf bahawa pemerkasaan wanita dan kesaksamaan jantina ialah pemboleh dan pemecut kritikal dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), strategi kelestarian 10-tahun Mary Kay, dilancarkan pada tahun 2021 - Memperkaya Kehidupan Hari Ini untuk Hari Esok yang Mampan - diperkukuh oleh lensa kesaksamaan jantina yang kuat dan komitmen utama memperkasakan 5 juta wanita di seluruh dunia menjelang tahun 2030 melalui inisiatif dan perkongsian utama. Memajukan penyertaan ekonomi wanita bukan sahaja baik untuk pertumbuhan mampan tetapi juga memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan – prinsip utama Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.

“Diinspirasikan oleh misi kita sebagai syarikat pembangunan keusahawanan yang diasaskan oleh wanita untuk wanita, kita percaya bahawa kita perlu melabur dan memperkasakan wanita untuk merealisasikan manfaat penyertaan ekonomi mereka sepenuhnya bukan sahaja daripada ekonomi tetapi juga masyarakat secara keseluruhan. Kita sedang mengubah landskap untuk usahawan wanita dengan menangani halangan yang mereka hadapi melalui perkongsian utama yang bertujuan mengganggu status quo,” kata  Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc.

PERKONGSIAN BERTERUSAN YANG TERKENAL UNTUK MEMAJUKAN KEUSAHAWANAN WANITA DI SELURUH DUNIA TERMASUK:

• Projek Desa Rintis SDG di China - Projek Pembangunan Pengurangan Kemiskinan Tertumpu Wanita
o Mengiktiraf bahawa menambah baik kehidupan wanita desa ialah perkara utama membanteras kemiskinan dan mencapai pembangunan mampan, UNDP China dan Mary Kay, dengan kerjasama kerajaan China, sektor awam dan rakan kongsi NGO, melancarkan Projek Desa Rintis SDG di Waipula, Wilayah Yunnan, China pada tahun 2017.6 Projek bersama ini mengurangkan halangan terhadap keusahawanan wanita melalui peruntukan perlindungan sosial dan penciptaan peluang keusahawanan hijau yang disokong oleh usaha untuk meningkatkan kepimpinan wanita dalam forum membuat keputusan komuniti.
o  Hasil daripada projek tertumpu jantina ini (Fasa I: 2017-2021):
▪ Kadar kemiskinan tempatan di desa jatuh daripada 28% pada tahun 2017 kepada 0% pada tahun 2020.
▪ Melalui latihan dan pembinaan kapasiti, 60 isi rumah dan 193 individu yang hidup di bawah garis kemiskinan telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin menjelang 2020.
▪ 210 pekerja migran bermusim dan 120 pekerja migran jangka panjang, majoriti daripadanya terdiri daripada wanita, dapat kembali bekerja di tempat asal mereka atau memulakan perniagaan mereka sendiri dan disatukan semula dengan anak dan keluarga mereka.
▪ 607 wanita tempatan mendapat pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka dengan beberapa pemimpin komuniti yang baharu muncul dan memainkan peranan sebagai ahli jawatankuasa desa dan pengurus dalam hospitaliti dan kesenian tempatan.
▪ Pendapatan per kapita penduduk meningkat kepada RMB 14,128/$2,107 pada tahun 2021.
▪ Projek ini memajukan 12 daripada 17 SDG.
Cabaran KAMI Memperkasa SDG PBB - Menyokong Usahawan Sosial Wanita
o Sejak tahun 2019, Mary Kay telah menjadi rakan kongsi teras Cabaran KAMI Memperkasa SDG PBB. Inisiatif yang diterajui bersama oleh Vital Voices dan Global Futures Laboratory di Universiti Arizona State, pertandingan tahunan ini mengiktiraf 5 usahawan wanita yang memajukan SDG dalam komuniti mereka dan memberikan penerima anugerah sesi latihan pembinaan kapasiti dan hubungan dengan pakar perniagaan dari seluruh dunia.
• Pemecut Keusahawanan Wanita
o Pada tahun 2019, bersama dengan 6 agensi PBB, Mary Kay memulakan Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) dengan misi untuk mewujudkan ekosistem pembolehan yang berfungsi untuk usahawan wanita.
o 6 Agensi PBB yang membentuk WEA ialah: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Kompak Global PBB (UNGC), Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan UN Women.

PENCAPAIAN UTAMA MELALUI PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA TERMASUK:

• Pembangunan Dasar Keusahawanan di Mexico dan Brazil
o Sepanjang tahun 2020 dan 2021, ILO menjalankan dan menyiarkan penilaian syarat dasar Pembangunan Keusahawanan Wanita (WED) yang memberikan impak kepada keusahawanan wanita yang tertumpu kepada sektor perdagangan dan industri di Mexico City dalam usaha menyokong WEA. Penilaian ini merangkumi siri 19 saranan yang boleh dilaksanakan untuk menangani jurang institusi yang wujud untuk usahawan wanita. Di Brazil, ILO bekerjasama dengan Serviçio Nacional de Aprendizagem Industrial (SENAI) untuk menyokong pembangunan keusahawanan wanita melalui pakej kempen komunikasi dan peningkatan kesedaran, bengkel dan acara pembinaan kapasiti.
• Pelancaran EKSPO Keusahawanan Wanita
o Pada tahun 2021, EKSPO Keusahawanan Wanita pertama yang diterajui oleh UN Women dengan sokongan Mary Kay menganjurkan bootcamp merentasi Rantau Eropah dan Asia Tengah (ECA) untuk meningkatkan kapasiti usahawan wanita menarik pelaburan. Ini mencapai kemuncak dalam Peringkat Akhir Pembentangan Idea Perniagaan kepada Pelabur pada bulan April 2022 menyaksikan 25 usahawan wanita dari 9 negara (Turki, Bosnia dan Herzegovina, Georgia, Kazakhstan, Kosovo, Kyrgyzstan, Macedonia Utara, Moldova dan Serbia) membentangkan permulaan perniagaan dan rancangan perniagaan pada peringkat awal untuk menangani satu daripada cabaran paling besar yang dihadapi oleh usahawan wanita dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka – akses kepada modal. Selepas pembentangan idea perniagaan mereka, para pelabur menawarkan sokongan kewangan, pementoran dan peluang rangkaian kepada usahawan wanita untuk membantu mereka menskalakan perniagaan mereka.
o Pada bulan ini, sesi secara langsung kedua EKSPO Keusahawanan Wanita, dengan kerjasama PricewaterhouseCoopers, Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan dan Yildiz Holding, sebagai sebahagian daripada Pemecut Keusahawanan Wanita dan disokong oleh Mary Kay, membawa usahawan wanita dan rakan kongsi perniagaan bersama untuk menggerakkan dan mengambil tindakan ke hadapan khusus untuk memajukan landskap pembangunan keusahawanan wanita.
• Pembangunan Kemahiran Perniagaan untuk Usahawan Beraspirasi & Sudah Bertapak
Program Pensijilan Keusahawanan dalam talian percuma yang pertama kali dibangunkan oleh ITC SheTrades dalam usaha menyokong WEA dilancarkan pada bulan Januari 2022. Diperkasa oleh Mary Kay, 27 kurikulum digital modul merangkumi 7 peringkat utama proses keusahawanan. Tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis - dan Bahasa Arab tidak lama lagi, Bahasa Rusia dan Cina - kurikulum ini diperkayakan dengan 200 video dan bertujuan mengajar usahawan yang beraspirasi dan sudah bertapak yang mempunyai kemahiran merancang dan membuat persediaan bagi perniagaan mereka. Peserta mempelajari cara mengamalkan budaya keusahawanan, membangunkan idea perniagaan dan metodologi permulaan perniagaan, menyediakan model perniagaan, merancang pembentangan, mengenal pasti sumber pembiayaan, mencari rakan kongsi dan mentor yang sesuai dan membina pasukan.
o Pada tahun 2022, ITU membangunkan projek untuk menangani jurang kemahiran digital jantina dengan memberikan wanita dan remaja wanita akses kepada modul pembelajaran percuma yang berkualiti tinggi, diperlukan untuk maju dalam ekonomi digital. Inisiatif yang dilancarkan pada tahun 2023, akan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. Disokong oleh Mary Kay, projek ini merangkumi 17 modul dalam talian seperti latihan kemahiran digital umum untuk usahawan wanita yang beraspirasi dan berpengalaman, kemahiran digital untuk usahawan wanita dalam sektor tekstil dan pakaian dan kemahiran pengurusan untuk usahawan wanita dalam teknologi. Modul pembelajaran ini memberikan latihan profesional yang luas untuk mana-mana usahawan wanita tanpa mengira lokasi atau tumpuan perniagaannya.
• Penyiaran Taklimat Sokongan Global untuk Melibatkan Sektor Swasta dalam Perolehan Responsif Jantina (GRP)
o Pada tahun 2022, UN Women menyiarkan Taklimat Sokongan dalam usaha menyokong WEA yang bertajuk Nilai Strategik Perolehan.Nilai Strategik Perolehan. Sebab perolehan responsif jantina menjadi munasabah kepada perniagaan dan termasuk prakata oleh Deb Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay. Taklimat tersebut menegaskan sebab ekonomi mempunyai peluang yang lebih baik untuk berkembang dan lebih berdaya tahan menghadapi krisis jika wanita dan lelaki mempunyai hak yang sama. Perkara ini juga menunjukkan bukti kukuh tentang manfaat meningkatkan penyertaan wanita dalam rantaian bekalan sektor swasta untuk membawa pertumbuhan terangkum dan pembangunan mampan. Rundingan yang luas dengan 374 pihak berkepentingan dikendalikan bertujuan mencipta pangkalan bukti untuk sebab perniagaan perlu mengamalkan GRP.
• Pelancaran Pertandingan Inovasi untuk Mewujudkan Ekosistem Digital yang Lebih Terangkum Jantina
o Disokong oleh Mary Kay, ITU akan mengadakan pertandingan inovasi terbuka pada bulan depan apabila juri pakar akan memilih 10 amalan terbaik digital dan penyelesaian digital bagi mewujudkan ekosistem yang lebih terangkum jantina untuk permulaan perniagaan dan peningkatan skala bertujuan menangani banyak halangan yang dihadapi oleh usahawan wanita dalam pembangunan teknologi. Pemenang akan mendapat akses kepada Program Ekosistem Inovasi Digital yang mereka akan terima pembinaan kapasiti dan kepakaran pementoran.

Maklumat Tentang Mary Kay

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikutinya dalam Twitter.

________________
1 Harvard Business Review. 2013. “Kebangkitan Global Usahawan Wanita.”
2 BNP Paribas Wealth Management. 2020. “Laporan Usahawan Global 2020.” Mengikut Laporan 2020, 54% daripada usahawan wanita menyatakan bahawa selain pendapatan, mengurangkan jejak karbon mereka ialah langkah utama kejayaan mereka dalam pelaburan, berbanding dengan hanya 41 peratus daripada lelaki.
3 Bank Dunia. 2022. “Wanita, Perniagaan dan Undang-undang 2022.”
4 Forum Ekonomi Dunia. 2022. “Laporan Jurang Jantina Global 2022.”
5 Bank Pelaburan Eropah. 2020. “Membiayai usahawan wanita: Cara memperkasakan pertumbuhan.”
6 Rakan kongsi termasuk: Yayasan Pembangunan Wanita China, Pusat Antarabangsa China untuk Pertukaran Ekonomi dan Teknikal, Persekutuan Wanita Wilayah Yunnan dan Kerajaan Daerah Yongren.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52976803/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang

Bahagian untuk dihubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.