ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PUSAT BELI-BELAH IPC RAI ULANG TAHUN KE-19 DENGAN PENCAPAIAN UTAMA DAN SAMBUT MUSIM PERAYAAN DENGAN PEMASANGAN KRISMAS YANG DIDORONG KELESTARIAN

Thursday 24/11/2022



KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Nov (Bernama-PRNewswire) -- Diwujudkan dengan bangganya pada bulan Disember 2003, hari ini, Pusat Beli-belah IPC meraikan ulang tahun yang ke-19 sebagai pusat beli-belah pertama Malaysia yang diterajui oleh IKEA. Pusat beli-belah komuniti pilihan ini mengalu-alukan sejumlah 10 juta pengunjung tahun lalu dan terus menjuarai banyak usaha kelestarian pasar raya. Untuk meraikan pencapaian ini, IPC telah menyediakan beraneka ganjaran percutian, hadiah, dan kempen perayaan yang menarik kepada pembeli- belah mulai hari ini hingga 26 Disember.
 
Karyn Lim, Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC, berkata, "Adalah mengagumkan untuk menyedari kenyataan bahawa IPC telah pun beroperasi selama 19 tahun sambil kami terus memperkaya komuniti dan pembeli-belah kami. Kami terus berusaha mencari kaedah baharu untuk berinovasi dan mempertingkatkan penawaran kami bagi memastikan pembeli-belah menerima yang terbaik daripada kami. Menerusi penambahbaikan baharu kepada program kesetiaan kami sehinggalah kepada konsep dwikitaran yang kreatif, kami ingin menetapkan suatu contoh inspirasi kepada pembeli-belah kami bahawa kelestarian adalah menyeronokkan tanpa kompromi. Pada ulang tahun ke-19 ini, kami mempunyai pelbagai hadiah istimewa dan penambahbaikan untuk pembeli-belah dan ahli Tack Club kami sebagai tanda penghargaan kami terhadap sokongan berterusan mereka sejak bertahun-tahun lamanya."

Pencapaian Utama IPC pada Tahun 2022

Pada tahun ini, IPC meraikan banyak pencapaian dan kejayaan. Senarai sorotan penting bagi tahun 2022 adalah seperti yang berikut:

Pelancaran Tråffas Work Pods

Dilancar pada bulan Oktober, IPC melancarkan Träffas Work Pods, iaitu ruang kerja peribadi yang pertama seumpamanya di Malaysia, dilengkapi perabot untuk disewa mengikut jam atau hari dengan lima ruang kerja (work pods) yang selesa bagi mencipta ruang yang unik untuk digunakan oleh para pelawat bagi kerja individu atau perbincangan kumpulan dan mesyuarat. Träffas Work Pods menampilkan estetika reka bentuk yang bergaya, bersih dan berinspirasikan Scandinavia yang dapat memenuhi peralihan kepada model bekerja secara hibrid, fleksibiliti dan keselesaan. Penggunaan IPC Träffas Work Pods boleh ditempah melalui aplikasi mudah alih IPC atau laman web Soulmates.my dengan harga serendah RM20 sejam.

Pembukaan dan penaiktarafan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycle and Buy Back Centre)

Pada bulan Julai, IPC melancarkan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) yang diubah suai dan dinaik taraf dengan pelbagai penambahbaikan baharu dan ciri yang mesra pengguna, sekali gus mempertingkatkan perjalanan kitar semula pengguna kepada pengalaman digital yang lancar. RBBC IPC baharu ini menampilkan estetika reka bentuk Scandinavia yang dinamik, yang mempamerkan pelbagai kategori sisa mengikut warna pelangi dengan gaya digital baharu yang ringkas lagi kemas. Selain itu, RBBC baharu ini juga menerima sisa yang termasuk dalam kategori tidak boleh dikitar semula seperti tiub dan mentol lampu, ubat-ubatan, kaca, bateri, sisa elektronik dan sisa makanan dalam usaha untuk mengurangkan lambakan sisa di tapak pelupusan sampah. Sisa yang berbahaya seperti kaca, bateri dan elektronik dikendalikan secara profesional dan dilupuskan dengan selamat bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh toksin dan memastikan bahagian-bahagian yang boleh dikitar semula dikendalikan dengan betul untuk digunakan semula pada masa depan.

Penaiktarafan kemudahan

IPC telah melaksanakan pengembangan dan pengubahsuaian terhadap pelbagai kemudahannya untuk memastikan pengalaman beli-belah yang lebih selesa. Sebuah eskalator jenama baharu telah dipasang di kawasan trafik utama di LG1 dan Level G untuk menambah baik navigasi dan aliran trafik, sekali gus membolehkan lebih banyak titik masuk. Pengubahsuaian dilakukan terhadap bilik-bilik keluarga dengan tambahan pencahayaan, pemasangan lantai antikuman Medintone oleh Armstrong, serta tambahan sistem ventilasi pembersihan udara. Bilik penjagaan juga telah dinaik taraf dan dilengkapi kunci untuk privasi dan keselesaan yang lebih baik serta kawasan permainan bersepadu bagi kanak- kanak.

Sebuah 'Playland' baharu dilengkapi pelbagai peralatan permainan termasuk gelongsor, terowong, dan kawasan memanjat kecil yang berfungsi seperti laluan cabaran untuk diterokai oleh kanak-kanak sambil menikmati kegembiraan. "Funland" sedia ada telah diubah suai dengan set permainan bertemakan dinosaur yang menarik dan panel interaktif bagi kanak-kanak kecil meneroka dan menikmati kegembiraan. Set permainan baharu ini merangkumi ayunan kuda (spring rider), jongkang-jongket, gelongsor dan panel pendidikan.

Penambahbaikan tenaga boleh baharu

IPC telah melaksanakan banyak strategi hijau untuk memastikan dan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat, lebih lestari dan mampan. Antara sekian banyak inisiatif yang digembleng termasuklah penggunaan teknologi tenaga boleh baharu dengan pemasangan sebanyak 2,370 panel solar di bumbung dan penuaian air hujan yang dituras serta digunakan untuk mengepam tandas dan bagi tujuan pelandskapan. Pusat beli-belah juga mengamalkan pengasingan sisa yang telah berjaya mengurangkan sebanyak 50% daripada sisa umum. Usaha ini juga dilakukan dengan kerjasama semua penyewa berkaitan dengan makanan dan minuman di pusat beli-belah untuk sisa makanan dan objek yang boleh kitar semula. IPC juga bekerjasama dengan IKEA dan Kloth Cares untuk kitar semula tekstil.

Pada tahun ini, pusat beli-belah ini juga telah menganjurkan program rintis yang dikenali sebagai anugerah 'Penyewa Hijau'. Menerusi anugerah ini, objek kitar semula dan sisa pelupusan sampah dikira dan dijejak. Program ini berlangsung mulai bulan Januari hingga Disember 2022 dengan matlamat untuk mendorong amalan kitar semula sisa dan mengurangkan sisa pelupusan sampah oleh para penyewa, sebagai sebahagian daripada cita-cita mesra alam sekitar mereka dalam mencapai sisa pelupusan sampah sifar.

Anugerah dan Pengiktirafan

IPC merupakan Pemenang Emas bagi Anugerah Hartanah Terurus Terbaik & Mampan bagi kategori Runcit 10 tahun dan ke atas di bawah Kategori Bukan Strata daripada EdgeProp Malaysia. IPC juga diiktiraf sebagai pusat beli-belah yang pertama di Ikano Centres yang memperoleh penarafan Indeks Bangunan Hijau Malaysia (GBI) dan menduduki ranking #1 bagi Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (Leadership in Energy and Environmental Design, LEED) Pusat Beli-belah yang Diperakukan di Malaysia.

Tarikan kepada Program Kesetiaan Tack Club

Dalam usaha untuk menambah baik program kesetiaannya dan mempertingkatkan pengalaman beli-belah, pembeli-belah dan ahli Tack Club kini boleh menukar perbelanjaan mereka kepada Tack Points dan menukar mata ganjaran ini kepada pelbagai hadiah. Beli-belah akhir tahun akan menjadi lebih berbaloi bagi keseluruhan bulan Disember kerana pembeli-belah dapat menebus dua kali ganda Tack Points untuk setiap pembelian dan e-baucar eksklusif di aplikasi mudah alih IPC.

Menggunakan data untuk mencipta pengalaman terperibadi, satu lagi penambahbaikan lain yang dilakukan terhadap aplikasi mudah alih IPC ialah penambahan avatar terperibadi. Ahli-ahli Tack Club kini boleh memperibadikan profil mereka berdasarkan kategori minat masing-masing seperti memasak, kecantikan, kanak-kanak, haiwan kesayangan dan banyak lagi. Kesemua minat ini akan dikutip oleh sistem dan pembeli- belah akan menerima pemakluman tersuai mengenai promosi dan acara berdasarkan minat pilihan mereka. Minat pilihan mereka juga akan dapat dilihat menerusi ikon-ikon yang boleh ditambah untuk menyuaikan penampilan avatar masing-masing.

Untuk maklumat lanjut tentang Pusat Beli-belah IPC, sila layari www.ipc.com.my.

Ms Sara Rashidi, sara.rashidi@mslgroup.com

SUMBER: IPC Shopping Centre

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.