ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 46 (13 NOVEMBER - 19 NOVEMBER 2022)

Thursday 24/11/2022



KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-46 tahun 2022, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,593 kes berbanding 1,715 pada minggu sebelumnya, iaitu penurunan sebanyak 122 kes (7.1%). Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-46 tahun 2022. 
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 54,570 kes berbanding 23,057 kes bagi tempoh sama tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 31,513 kes (136.7%), Manakala sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2021. (Lampiran A & C). 
 
Sebanyak 61 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 68 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 32 lokaliti hotspot berada di Negeri Selangor, 19 lokaliti hotspot di Sabah, lapan (8) lokaliti hotspot di WPKL & Putrajaya dan masing-masing satu (1) lokaliti hotspot di Perak serta Sarawak.
(Lampiran B & D).
 
Survelan chikungunya merekodkan sebanyak empat (4) kes pada minggu ke-46 dengan dua (2) kes dari Pulau Pinang dan masing-masing satu (1) kes dari WPKL & Putrajaya serta Negeri Sembilan. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 692 kes (Lampiran E). Bagi survelan zika, sebanyak 1,884 sampel darah dan 17 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Kejadian banjir kilat diselang-seli cuaca panas berisiko meningkatkan tempat pembiakan nyamuk Aedes terutama di kawasan dengan bekas-bekas terbiar di persekitaran.  Selain itu, pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat lain juga berisiko menyebarkan virus denggi daripada pembawa demam denggi tanpa gejala (asimptomatik) ke kawasan yang dilawati sehingga menyebabkan wabak di kawasan baharu. Justeru, untuk membendung jangkitan denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan masyarakat, aktiviti-aktiviti berikut perlu dilakukan:

i. Aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di premis masing-masing setiap minggu.
ii. Semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.
iii. Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan repelan dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah.
iv. Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air kekal   atau sukar dibersihkan.
 
Sekiranya individu mengalami gejala demam, sakit sendi/ sakit badan, sakit kepala dan lain-lain, segera dapatkan rawatan dan jangan bertangguh. Jangan leka, demam denggi boleh meragut nyawa. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.   

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
24 November 2022

Sila klik di sini untuk LAMPIRAN

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Tel: +603-8883 3470
Faks: +603-8888 6187 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.