ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LULUFIN MEMENANGI PEMECUT RANGKAIAN TERBAIK DI MAJLIS ANUGERAH INOVASI BLOK RANTAI TAHUNAN RIPPLE

Thursday 24/11/2022



Table

En. Adeeb Ahamed (MD daripada LuLu Financial Holdings) menerima anugerah Pemecut Rangkaian di Majlis Anugerah Inovasi Blok Rantai semasa Persidangan Ripple Swell di London (Foto: AETOSWire)​

 
Syarikat perkhidmatan kewangan tersebut merupakan pengguna utama XRP Ripple untuk perkhidmatan pembayaran rentas sempadan di rantau Asia Pasifik

LONDON, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LuLu Financial Holdings – yang mempunyai ibu pejabat di Abu Dhabi merupakan sebuah syarikat induk yang mempunyai beberapa pelaburan dalam sektor perkhidmatan kewangan di rantau APAC. Pencapaian LuluFin telah menjadikan mereka pemenang dalam kategori Pemecut Rangkaian di Majlis Anugerah Inovasi Blok Rantai tahunan Ripple.

Majlis Anugerah Inovasi Blok Rantai merupakan sebahagian daripada Persidangan Swell tahunan Ripple dan bertujuan mengiktiraf pengubah permainan dalam sektor perkhidmatan kewangan, kripto dan pembayaran digital.

Acara tahun ini diadakan di London dan dihadiri oleh beberapa penyokong setia industri.

Encik Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan LuLu Financial Holdings, mewakili pihak organisasinya untuk menerima anugerah tersebut. Beliau berkata, “Pengiktirafan dengan penerimaan anugerah Pemecut Rangkaian ini merupakan detik yang membanggakan bagi kami semua di LuLu Financial Holdings. Anugerah ini mencerminkan usaha kami memajukan ekosistem pembayaran rentas sempadan dengan mengguna pakai teknologi digital ini. Sebagai pengguna awal XRP Ripple untuk aplikasi B2B, kemudahan Mudah Tunai Atas Permintaan (ODL) telah membantu kami mengoptimumkan pengurusan dana di rantau APAC menurut rangka kerja kawal selia yang dibenarkan. Kami kekal komited terhadap usaha transformasi digital kami untuk menjadikan pembayaran rentas sempadan mudah & lancar bagi pengguna dan rakan kongsi teknologi strategik kami.”

Encik Ahamed telah dijemput berucap dalam perbincangan panel yang diadakan sebagai sebahagian daripada acara dua hari itu. Beliau berkata bahawa peranan setiap pemegang kepentingan dalam ekosistem ini adalah untuk membina kepercayaan. Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan sebenar teknologi yang diterajui blok rantai telah menjadi semakin biasa. Potensi selanjutnya dalam bidang AML/CFT juga masih diterokai ramai.

Beliau berpendapat bahawa penerimaan mata wang digital terkawal oleh beberapa ekonomi global utama akhirnya akan memupuk penerimaan meluas dalam bidang kuasa lain.

Kawasan pelaburan LuLu Financial Holding di rantau APAC merangkumi Filipina, Malaysia, Hong Kong dan Singapura. Pelaburan dijalankan melalui rangkaian melebihi 25 cawangan LuLu Money dan aplikasi pembayaran digital proprietari. Perkhidmatan utama syarikat termasuk pembayaran rentas sempadan, pertukaran mata wang dan pembekalan borong wang kertas.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila layari www.luluexchange.com

*Sumber : AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52973253/en

Maklumat Hubungan

Ajit Johnson
ajit.johnson@lulufin.com

Sumber: LuLu Financial Holdings

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.