ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  CAHAYA BAGI KAKITANGAN CHINA EASTERN PADA SEPANJANG SATU DEKAD PEMBANGUNAN

Wednesday 23/11/2022

AsiaNet 98951

SHANGHAI, 23 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, China Eastern telah mencapai kemajuan yang besar di dalam pembangunan yang berkualiti tinggi dengan syarikat penerbangan mereka sebagai perniagaan teras. Pada masa sekarang, ia mempunyai lebih daripada 100,000 orang pekerja dan merupakan syarikat penerbangan ketujuh terbesar di dunia. China Eastern telah memperluaskan rangkaian laluan mereka kepada 1062 destinasi di 170 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, yang boleh menyediakan perkhidmatan perjalanan udara bagi 150 juta orang pada setiap tahun.

Orang biasa di China Eastern dari negara yang berbeza dan jenis kerja yang berbeza, berkongsi impian langit biru yang sama, menyaksikan dan menyumbang kepada pertumbuhan syarikat itu, dan mencari keunggulan di dalam kerja seharian.

Di sini kita mempunyai seorang kapten bertaraf lima bintang yang telah terbang dengan selamat selama hampir 20,000 jam, pempengaruh baru-baru ini -- kru penyelenggaraan pesawat yang dipanggil “airplane bye-bye man” di media sosial, pramugari dengan kemahiran yang terbaik bersaing untuk acara-acara dunia, dan tukang masak di langit yang mengembara dari jauh untuk mengejar impian beliau di sini. Rakyat biasa ini membentuk momentum baharu untuk pembangunan China Eastern dengan pengalaman, pembabitan dan penyaksian mereka.

Wang Xiaoyong: Pengiring bagi Vaksin China

Kapten Wang Xiaoyong masih sangat bangga apabila beliau mengingat kembali pesawat antara benua sewa khas yang beliau pandu pada tahun 2021 bagi pesawat semua kargo pertama China untuk mengangkut vaksin COVID-19. Sebagai kapten bertaraf lima bintang, beliau mengetuai pasukan itu untuk menghantar “harapan” secepat mungkin. Apabila penerbangan yang membawa 1.05 juta vaksin COVID-19 dan picagari hampir tiba di Dominica, pengawal trafik udara Dominica berkata “Terima kasih China, terima kasih anak kapal kabin, dan terima kasih kerana vaksin China itu” melalui Saluran Udara-Bumi. Pada masa itu, beliau benar-benar merasakan misi yang murni dan tanggungjawab itu bagi kerjaya beliau yang mengecilkan jarak di antara pergunungan dan lautan di seluruh dunia.

Joao Carlos Juliani: Kapten Brazil menemui rasa seperti di tempat sendiri di Three Gorges China

Juliani telah bekerja di China selama hampir 10 tahun dan mendengar penumpang bercakap tentang buah oren sebagai enak seperti di kampung halaman beliau di daerah Zigui, iaitu  kampung halaman bagi buah oren navel di China, semasa penerbangan ke seluruh dunia. Oleh itu beliau telah membuat satu perjalanan yang khusus ke daerah itu, yang juga merupakan kampung halaman Qu Yuan, dan mendapati rasa seperti di tempat sendiri ketika di sana. Dengan bekerja bersama petani buah-buahan dan melihat cara bagaimana pertanian moden dan usaha e-dagang China, beliau menyaksikan kehidupan orang China yang lebih baik selepas pencergasan semula luar bandar serta Sungai Yangtze yang mengagumkan, Empangan Three Gorges yang hebat, dan budaya China yang gilang gemilang.

Fraceschini Martina: Pewaris bagi Marco Polo

Martina dari Jabatan Perniagaan Rom telah menyukai budaya Cina sejak zaman kanak-kanak lagi, dan memberikan dirinya dengan sebuah nama Cina yang indah Ma Huixin, dengan harapan untuk mempunyai sebuah hati yang bijaksana. Fasih berbahasa Cina dan Itali, beliau sering bangga untuk memperkenalkan karya beliau kepada rakan dan pelanggan, “Marco Polo mengambil masa 4 tahun untuk mengembara dari Rom ke China. Kini, dengan penerbangan China Eastern Airlines kami, apa yang anda semua perlu lakukan adalah tidur dengan nyenyak di atas pesawat berbadan lebar A350 itu, dan kemudian bangun di Shanghai kepada satu pemandangan Menara TV Oriental Pearl.” Semasa pandemik COVID-19, beliau telah mengambil bahagian di dalam beberapa penerbangan sokongan, dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah penerbangan perubatan China pertama yang membawa 9 orang pakar perubatan China dan 31 tan bekalan pencegahan wabak, yang mencerminkan persahabatan yang berkekalan di antara China dan Itali, dua tamadun purba.

Ludwig Strobel: Perjalanan Tukang Masak Jerman di Langit kepada Perisa Timur

Ludwig dari Jerman telah menjadi tukang masak eksekutif selama bertahun-tahun dan di dalam industri makanan barat selama 40 tahun. Sejak menyertai Syarikat Shanghai Eastern Air Catering, beliau telah mengkaji mengenai penyepaduan budaya masakan Cina dan Barat, dan mencapai kejayaan yang berterusan di dalam inovasi masakan. Penerbangan adalah jambatan bagi budaya, dan rasa adalah ikatan bagi emosi. Bersama dengan rakan-rakan Cina beliau, beliau telah mencipta satu hidangan dalam penerbangan Cina-Barat, supaya kedua-duanya penumpang Cina dan Barat dapat menikmati satu jamuan tunas rasa di penerangan China Eastern.

Chen Yifan: Kejayaan di dalam Pertandingan Kemahiran Dunia memberi inspirasi kepada penyelidikan dan pembangunan dalam latihan

Chen Yifan, pengajar latihan pramugari bagi Pusat R&D, pernah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Kemahiran Dunia ke-44 bagi pihak China dan menang anugerah projek perkhidmatan restoran, mencapai satu kejayaan besar sifar bagi Pasukan Cina di dalam projek ini.

Beliau telah menggunakan konsep dan kemahiran perkhidmatan antarabangsa yang dipelajari di dalam Kemahiran Dunia untuk mempromosikan standard perkhidmatan syarikat itu, dan mereka bentuk kursus perkhidmatan “Perjalanan Eksklusif” untuk meningkatkan kemahiran perkhidmatan barisan hadapan dan memberi layanan yang lebih baik kepada penumpang dari seluruh dunia.

Yuan Zhexun: Pakar “jantung” pesawat dengan kepintaran dan inovasi

Yuan Zhexun, seorang jurutera enjin pesawat, telah bekerja dalam menguji kesihatan “jantung” pesawat selama lapan tahun. Beliau mengesan keadaan dalaman bagi enjin itu dengan menggunakan teknologi borescope untuk mencari dan mengukur kecacatan dengan pantas, serta membantu di dalam kawalan kualiti. Selain itu, beliau menggunakan data pengesanan sejarah sebagai sokongan untuk mengulangi algoritma pengesanan imej bagi rangkaian saraf dalam, dengan tepat mendiagnosis kesihatan enjin itu dengan teknologi AI, dan membuat keputusan penyelenggaraan yang lebih tepat supaya “degupan jantung” pesawat itu stabil.

Zhan Xiuxia: Teknologi hitam meningkatkan perjalanan pintar di Lapangan Terbang Daxing

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, pintu masuk baharu itu, telah digunakan secara rasmi pada 25 September, 2019. Zhan Xiuxia, seorang kakitangan perkhidmatan di lapangan yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman utama, sering kagum dengan adegan yang digunakan di dalam filem fiksyen sains untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Di Daxing kakitangan China Eastern memakai cermin mata pintar untuk melayani penumpang yang masuk dan keluar. Dengan peranti ini, mereka boleh dengan pantas mengesan penumpang yang belum menaiki pesawat itu, mengenal pasti maklumat penerbangan mereka dengan pengecaman muka, dan mengingatkan mereka tentang pemeriksaan keselamatan dan ketika menaiki pesawat. Pada masa yang sama, penumpang memerlukan “satu ID” dan mengimbas muka untuk melengkapkan keseluruhan proses daripada pemeriksaan keselamatan kepada menaiki pesawat, yang menjadikan perjalanan pintar dan cekap dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Diego Benedetto: “Kehidupan Cina” bagi Kapten Itali

40 tahun yang lalu, juruterbang Itali Diego datang ke China buat kali pertama disebabkan oleh satu misi penerbangan. Selepas 40 tahun, beliau datang ke China semula dan memilih untuk meneruskan kerjaya beliau dengan China Eastern Airlines. Beliau kagum dengan pembangunan yang luar biasa ke atas China sepanjang 40 tahun lalu dan berkata, “Sekarang saya tinggal di China, ia terasa seperti hidup di masa hadapan. China adalah masa depan, dan saya menantikannya pesawat terbang buatan China di seluruh dunia.”

Magand Lucine Mathilde: Cerita Shanghai oleh Pramugari Perancis

Lucine, seorang gadis Perancis yang mencintai bahasa Cina, telah belajar bahasa Cina di Universiti Jiaotong Shanghai selama 3 tahun. Berupaya untuk berbahasa Cina dengan fasih adalah kunci terbaik bagi beliau untuk disepadukan ke dalam sebuah bandar raya. Di Shanghai, beliau bukan sahaja menemui separuh lagi kehidupannya, tetapi juga menjadi seorang pramugari bagi China Eastern Airlines. “Terdapat lebih banyak penerbangan di antara China dan Perancis, yang membuktikan bahawa perhubungan di antara kedua-dua buah negara adalah semakin baik, dan jarak di antara kedua-dua buah negara menjadi semakin dekat,” kata beliau. Ia juga menjadi sebab mengapa beliau memilih kerjaya sebagai pramugari. Beliau telah menyaksikan jarak di antara China dan Perancis menjadi semakin lama semakin dekat melalui “jambatan udara” itu.

Tomoko Setoguchi: Hasil usaha selama dua dekad untuk jambatan pelangi di antara China dan Jepun

Tomoko Setoguchi telah bekerja di Jabatan Perniagaan Kagoshima di Cawangan China Eastern di Jepun selama 20 tahun. Beliau sangat menyukai Shanghai, dan beliau merasa sangat bertuah kerana kerjanya di China Eastern meningkatkan perhubungan di kampung halaman beliau di Kagoshima dengan Shanghai, satu daripada bandar raya yang paling pesat berkembang di dunia, dan kedua-dua bandar raya itu boleh berkongsi peluang-peluang pembangunan. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, beliau telah komited untuk membawa lebih ramai rakan Jepun melihat China yang sebenar.
 
Sumber: China Eastern Airlines 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.