ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PEMBUKAAN JEWEL CAFE DI PUSAT BELI-BELAH AEON BUKIT TINGGI DI KLANG, SELANGOR

Wednesday 23/11/2022



Table

Jewel Cafe melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan ke tujuh di Pusat Beli-belah Bukit Tinggi, Klang
 

SELANGOR, 23 Nov (Bernama) -- Jewel Cafe merupakan sebuah kedai yang menawarkan penilaian percuma untuk barangan kemas dan barangan berjenama dengan lebih daripada 250 outlet di Jepun. Kini telah melebarkan sayapnya di Malaysia dengan pembukaan cawangan yang ke tujuh pada 7 November 2022 di Pusat Beli-belah AEON Bukit Tinggi, Klang.
 
Jewel Cafe membeli semua jenis emas termasuk emas sekerap dan emas terpakai seperti subang sebelah, penyumbat subang, bahagian dan item yang patah, emas putih, platinum, perak, batu permata,  dan berlian yang diperakui Institut Gemologi Amerika (GIA). Jewel Cafe menawarkan kadar penilaian yang jauh lebih tinggi daripada pesaingnya bagi barangan berjenama mewah terpakai seperti beg, jam, tali pinggang, cermin mata hitam dan aksesori. Kami juga menerima pelbagai barangan berjenama mewah seperti Hermes, Chanel, Louis Vuitton, Gucci, Prada, Dior, Rolex, Omega dan sebagainya.
 
Misi Jewel Cafe ialah “menjadikan perniagaan pembelian lebih mudah diakses dan mudah dikunjungi”. Penyataan ini telah mendorong pertumbuhan pesat kedai dalam tempoh yang singkat kepada lebih 250 cawangan di Jepun, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Selangor. Konsep kedai ini menggabungkan budaya hospitaliti Jepun dengan menawarkan persekitaran gaya kafe yang selesa kepada pelanggan. Mereka dapat beristirahat sementara barangan mereka dinilai. Hospitaliti ini diperluas dengan hidangan minuman percuma kepada pelanggan sementara mereka menunggu penilaian ke atas barangan mereka.
 
Jewel Cafe juga menawarkan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan mencuci barangan kemas bagi setiap pelanggan. Melalui penilaian yang teliti, kami menerima dari jenama Chanel hingga ke Coach dan dari Rolex hingga ke Seiko.
 
Jewel Cafe bermula pada awalnya sebagai sebuah kedai kitar semula khusus untuk barangan kemas, dan kini berkembang seiring dengan permintaan pelanggan menerusi penilaian barangan berjenama atau penjualan barangan terpakai. Kedai yang mempunyai konsep seperti Jewel Cafe telah terbukti berjaya di negara-negara lain. Jewel Cafe dibuka setiap hari bermula daripada 10 pagi hingga 10 malam selama 12 jam. Kedai yang terletak di Pusat Beli-belah AEON Bukit Tinggi ini merupakan cawangan terbaru dan hanya mengambil masa 15 minit pemanduan dari Taman Bandar Diraja Klang. Bertempat di Lot S 51, tingkat dua di dalam Pusat Beli-belah AEON Bukit Tinggi.
 
SUMBER: Jewel Cafe 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Jewel Cafe 
Tel: +60 11-5676 0636

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.