ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ANUGERAH FRANCAIS MALAYSIA IKTIRAF USAHAWAN FRANCAIS

Tuesday 22/11/2022



Table
Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan


KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Menghangatkan lagi kerancakkan perkembangan industri francais Malaysia, Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan menganjurkan Anugerah Francais Malaysia kali ke-24 di Putrajaya.
 
Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan berkata, ia adalah platform untuk mengiktiraf penggiat industri francais yang telah berusaha gigih, mencatat kejayaan cemerlang, bersemangat dan berinovatif dalam mengusahakan perniagaan francais mereka semasa pasca pandemik ini.
 
“Covid-19 telah memberi impak yang besar kepada perniagaan tempatan dan ramai usahawan yang masih lagi mengambil masa untuk memulihkan keadaan perniagaan mereka. Oleh yang demikian, kewujudan anugerah yang berprestij ini juga menjadi pemangkin semangat buat penggiat industri untuk bersungguh-sungguh dalam meneruskan perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Terdahulu, Anugerah kategori Francais Terbaik pernah dimenangi oleh Marrybrown, Smart Reader Worldwide, Secret Recipe, Focus Point, Daily Fresh, The Manhattan Fish Market, dan Global Art sepanjang penganjurannya.
 
Global Art di julang sebagai pemenang Anugerah Francais Terbaik sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2018, 2019 dan 2021 serta turut merangkul beberapa anugerah lain seperti Anugerah Francaisor Terbaik, Anugerah Francaisor Antarabangsa Terbaik (Asia Pasifik), Anugerah Inovasi Francais Terbaik, Anugerah Francais Mikro Terbaik, Anugerah Francaisor Harapan Terbaik dan Francaisi Harapan Terbaik.
 
Menurut Mahair Goh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Art, Anugerah Francais Malaysia boleh di anggap sebagai kayu pengukur kepada pencapaian pemain industri yang bergiat dalam industri francais. Dengan adanya anugerah seperti ini, ianya amat memberi motivasi dan keyakinan kepada syarikat mereka untuk melakukan dan memberi yang terbaik kepada francaisi, masyarakat & negara.
 
Dalam pada itu, Radzali juga menerangkan, bagi mengekalkan prestijnya, pemenang anugerah dipilih oleh panel penilai berkecuali yang terdiri daripada profesional dan pengamal akademik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan industri francais.
 
Pada tahun ini, sebanyak 25 anugerah akan disampaikan pada Malam Anugerah Francais 2022 yang akan berlangsung pada 8 Disember 2022 di Hotel Marriott, Putrajaya. Majlis yang berprestij ini dijangkakan akan dihadiri oleh lebih 800 orang tetamu yang terdiri daripada penggiat francais.
 
Lebih menarik, majlis ini juga akan dihoskan oleh Terrance Dass dan dihiburkan oleh persembahan istimewa oleh penyanyi terkemuka tanah air, Dayang Nurfaizah. Bagi mereka yang berminat untuk turut sama-sama memeriahkan Malam Anugerah Francais ini, boleh hubungi MFA di talian 03-6241 4141.

Objektif utama penganjuran Anugerah Francais Malaysia ialah untuk:
 
• Memberi pengiktirafan kepada penggiat – penggiat francais yang telah memberi sumbangan kepada industri francais di Malaysia
 
• Menggalakkan inovasi - inovasi tempatan dan mempromosikan persaingan yang sihat dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan perniagaan dan sektor francais yang lebih berkualiti.
 
• Memberikan penghargaan di atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak ke arah memajukan lagi industri francais di Malaysia.
 
• Mengeratkan hubungan dan kerjasama di kalangan ahli MFA serta semua pihak yang terlibat di dalam sektor francais.
 
• Meningkatkan kualiti dan mutu Anugerah Francais Malaysia ke tahap antarabangsa yang lebih berprestij.
 
Sumber: PERSATUAN FRANCAIS MALAYSIA (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurul Ain Binti Mohamad
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 0112-9240213 / 603-6241 4141
Faks : 603-6241 1551 
E-mel : ain.mohamad@mfa.org.my
Laman Web: www.mfa.org.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.