ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  FILEM PROMOSI HAINAN DIKETENGAHKAN DI DALAM PERTANDINGAN "JAMBATAN CHINA"

Tuesday 22/11/2022

AsiaNet 98919

Table

Sebuah poster yang memaparkan Hainan semasa Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina "Jambatan China".


HAIKOU, China, 22 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/ --

Filem promosi Hainan "All the sun, all the fun" telah menarik perhatian meluas semasa Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina "Jambatan China" ke-21. Dilancarkan oleh Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan, filem promosi itu menambahkan kilauan kepada pertandingan peringkat awal dan akhir bagi pertandingan kemahiran berbahasa Cina itu. Ia menawarkan kepada peserta, duta, hakim dan ribuan penonton dengan imbasan sepintas lalu ke dalam Hainan, sebuah pelabuhan perdagangan bebas China dengan ekologi yang indah dan iklim pelaburan yang bertaraf kelas pertama.

Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina "Jambatan China" itu dianjurkan oleh kedutaan China di negara-negara asing dan Pusat bagi Pendidikan dan Kerjasama Bahasa China. Orang kenamaan di negara-negara yang mengambil bahagian lazimnya menghadiri dan berucap pada pertandingan itu. Untuk pertandingan 2022, aplikasi mudah alih Chinese Bridge Club membuka sebuah kolum khas yang mempamerkan pemandangan alam semula jadi Hainan yang indah, budaya yang mendalam dan kelebihan pembangunan perniagaan sebagai sebuah destinasi beli-belah bebas cukai untuk pelancong. Dengan mempersembahkan sumber pelancongan dan kebudayaan mereka yang kaya, Hainan menyasarkan untuk menarik lebih banyak perhatian global.
 
Pertandingan “Jambatan China” itu telah diadakan berturut-turut selama 21 tahun, dan acara untuk 2022 itu telah diubah kepada dalam talian melalui platform penstriman langsung. Pertandingan itu telah mencatatkan jumlah penonton lebih daripada 1 juta di seluruh dunia.

Hainan, sebagai pelabuhan perdagangan bebas China dan pulau pelancongan antarabangsa, merebut peluang bagi acara-acara "Jambatan China" itu untuk membina imej mereka sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa. Menawan pelancong luar negara dengan sumber pelancongan mereka yang kaya, wilayah kepulauan itu menggunakan peluang itu untuk memulakan satu pembangunan pelancongan mereka di dalam era pasca pandemik.
 
Hainan, pelabuhan perdagangan bebas China, mengalu-alukan golongan muda yang mahir di dalam bahasa Cina untuk meneruskan perkembangan kerjaya mereka di Hainan, dan pelancong dari seluruh dunia untuk merasai daya tarikan sebuah destinasi pulau.

Sumber: Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=434418
 
   Kapsyen: Sebuah poster yang memaparkan Hainan semasa Pertandingan Kemahiran Berbahasa Cina "Jambatan China".

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.