ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  UNIPIN SEACA 2022 KEMBALI DALAM BULAN NOVEMBER, SEDIAKAN PENTAS TERBESAR UNTUK PASUKAN E-SUKAN ASIA TENGGARA BERTEMPUR

Monday 21/11/2022



KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Nov (Bernama-PRNewswire) -- Salah satu kejohanan e-sukan yang terbesar di Asia Tenggara, Southeast Asia Cyber Arena (SEACA) dianjurkan oleh UniPin kini kembali pada tahun ini. SEACA 2022 akan membawakan pelbagai kejohanan dan siri acara yang menarik bermula dari 15 November hingga 27 November, mencapai kemuncak dengan kejohanan yang menawarkan jumlah hadiah terkumpul sebanyak USD30,000.
 
Kejohanan SEACA MAJOR akan menjadi sorotan bagi UniPin SEACA 2022, yang meliputi pertandingan PUBGM untuk 33 pasukan terpilih daripada pelbagai negara Asia Tenggara, dengan 17 pasukan yang akan dimasukkan ke dalam kategori kejohanan terbuka dan 16 pasukan untuk kejohanan wanita. Beberapa pasukan yang akan bersaing dalam SEACA MAJOR ialah EVOS, RRQ dan BTR Morph. Kesemua pasukan akan mewakili setiap negara mereka; Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Brunei Darussalam dan Myanmar.

Selain daripada kejohanan PUBGM, pertandingan-pertandingan lain yang akan menyerikan ciri acara UniPin SEACA 2022 ialah perlawanan Magic Chess dan Pertandingan Cosplay. Seramai 256 peserta akan bersaing dalam Perlawanan Magic Chess. Dalam pertandingan cosplay, 25 peserta yang mengenakan kostum akan bertanding untuk memenangi undian hakim yang terdiri daripada John Switch (Indonesia), Rithenia (Singapura) & Hakaosan (Filipina) untuk menjadi pemenang.

Bukan itu sahaja, UniPin SEACA 2022 turut menyediakan SEA Talks untuk peminat yang ingin menerokai lebih lanjut tentang industri ini. Siri webinar ini, yang akan berlangsung mulai 15-23 November, akan membincangkan topik yang paling hangat dalam industri ini yang disampaikan oleh penceramah-penceramah terkenal di peringkat antarabangsa seperti Garry Ongko Putera (Ketua Pegawai Eksekutif BOOM Esports), Jab Escutin (Ketua Pegawai Operasi Bren Esports) dan ramai lagi yang lain. SEA Talks dibuka kepada orang ramai agar sesiapapun boleh mengambil bahagian di dalamnya.

Ashadi Ang, Ketua Pegawai Eksekutif UniPin menjelaskan bahawa SEACA 2022 bermatlamat untuk membuka jalan kepada pemain agar menjadi juara, bukan sahaja di rantau ini, tetapi turut mempersiapkan mereka agar bersedia di peringkat global.

"Dengan SEACA, kami ingin membawakan kepada pemain, termasuk lelaki dan wanita, agar dapat bersaing pada skala antarabangsa. Kami ingin memberi peluang kepada mereka untuk mengasah kemahiran, keyakinan dan rasa daya saing mereka supaya mereka dapat bersaing, bukan sahaja dalam SEACA, tetapi turut menjadi juara dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa yang lain," kata Ashadi.

Semua maklumat terkini boleh diakses secara rasmi melalui unipin.com/SEACA2022 dan akaun Instagram rasmi @seaca.gg serta @unipinindonesia.
 
 
HUBUNGI: Kezia Maharani, Hubungan Media, pr@unipin.com 

Sumber: UniPin

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.