ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2022 -Isnin

 
  KUMPULAN BRIGHT FOOD MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM CIIE KE-5 DAN MENERUSKAN USAHA BERGERAK KE ARAH PEMBANGUNAN YANG BERKUALITI TINGGI

Thursday 17/11/2022

AsiaNet 98862

Table

Kawasan pameran Kumpulan Bright Food

SHANGHAI, 17 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5, Kumpulan Bright Food sekali lagi mempersembahkan “platform pengedaran makanan global THE SMART CHAIN” mereka. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Kumpulan Bright Food telah mengambil satu pendirian yang lebih terbuka dan mengambil bahagian di dalam CIIE dalam semua aspek, bidang dan saluran, dengan mempersembahkan sebuah imej jenama yang lebih bersifat antarabangsa, berorientasikan pasaran dan profesional untuk tetamu China dan asing.

“Platform pengedaran makanan global THE SMART CHAIN” bagi Kumpulan Bright Food telah menjadi reruai tunggal terbesar di kawasan pameran makanan selama lima tahun berturut-turut. Pempamer datang dari 30 buah negara dan wilayah, dan kategori mereka termasuk daging, produk akuatik, produk tenusu, produk bijirin dan minyak, makanan waktu senggang, saluran pengedaran, perkhidmatan perdagangan, dll., yang membolehkan pengguna China untuk merasai seluruh dunia tanpa perlu meninggalkan rumah mereka.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kumpulan Bright Food telah memberi tumpuan kepada penyumberan dan pengedaran produk makanan berprotein tinggi untuk memenuhi keperluan bagi pasaran domestik. “Platform pengedaran makanan global The SMART CHAIN”, yang telah diwujudkan hasil daripada CIIE, telah memainkan peranan mereka yang sepenuhnya sebagai kuasa utama dan balast untuk memastikan sebuah kualiti hidup yang tinggi untuk orang ramai, menjadikan “karung beras”, “bakul sayur-sayuran” dan “periuk susu” amat diperlukan untuk pengguna Cina.

Sebagai tulang belakang bagi bekalan makanan utama dan sampingan Shanghai, Kumpulan Bright Food adalah sebuah kumpulan industri makanan komprehensif yang mengintegrasikan pertanian moden, pemprosesan dan pembuatan makanan, dan pengedaran makanan, dengan tenusu, daging, gula, bijirin dan minyak, sayur-sayuran, produk akuatik dan industri makanan yang lain sebagai tunjang utama, dan mempunyai satu rangkaian industri makanan yang lengkap dari lapangan ke meja.

Kumpulan itu komited untuk memastikan bekalan makanan dan menyepadukan sumber dalaman dan luaran, dengan rangkaian perniagaan mereka yang meliputi seluruh dunia, membina sebuah syarikat multinasional tempatan dengan daya saing di dalam perniagaan utama dan pengaruh jenama mereka, dan sebuah jenama makanan China terkemuka dengan susun atur global dan operasi multinasional.

Pada masa hadapan, Kumpulan Bright Food akan juga mengikuti rentak bagi era baharu itu, dan terus menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, tumpuan rapat kepada strategi makanan berprotein tinggi, dan membawa lebih banyak produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengguna China.
 
Sumber: Kumpulan Bright Food
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=434113
 
   Kapsyen: Kawasan pameran Kumpulan Bright Food

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2022 MREM . All rights reserved.