ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TEMBIKAR HITAM BUATAN CHIPING, CHINA: SATU SENI AJAIB YANG MENJANGKAU BERIBU-RIBU TAHUN

Wednesday 16/11/2022

AsiaNet 98831

Table
Kapsyen: Jiulongxun

LIAOCHENG, China, 16 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Kraf tembikar adalah merupakan satu penanda utama bagi ketamadunan manusia sejagat.

Sepanjang tiga dekad yang lalu, ahli-ahli arkeologi China telah menjalankan empat penggalian di Tapak Budaya Longshan di Jiaochangpu, Chiping, di mana satu varieti  yang terdiri daripada hampir 1,000 keping tembikar, batu dan peninggalan tulang telah ditemui. Di antaranya, tiga tanur tembikar yang digali pada tahun 2001 kekal sebagai kluster yang paling lengkap bagi Budaya Longshan di China, yang membentuk satu sumber yang berharga bagi peninggalan kebudayaan untuk penyelidikan mengenai corak sosio ekonomi bagi tempoh itu.

Penyelidikan oleh ahli arkeologi telah mendapati bahawa tembikar hitam yang dihargai yang banyak terdapat di Muzium Daerah Chiping di Bandar Raya Liaocheng, Wilayah Shandong, telah dihasilkan kira-kira 4,000 hingga 5,000 tahun yang lalu semasa Tempoh Budaya Longshan. Ia berbentuk elegan, bercorak ringkas dan penuh misteri dalam asal usulnya.

Bahan mentah bagi Tembikar Hitem Chiping adalah tanah liat merah yang tulen dan halus yang diperolehi di dasar sungai yang unik di Sungai Kuning. Tembikar Hitam Chiping dibakar di dalam satu proses Menampal-Mengasap-Menambahkan Karbon yang sudah lama dilakukan selepas kali pertama menjalani pelbagai langkah termasuk membasuh secara manual, menyusun semula, mengering, memangkas, proses kemasan, mengukir dan menggilap. Memandangkan warna hitam itu mempunyai satu makna yang penuh misteri dan elegan, Tembikar Hitam Chiping adalah cantik dan anggun dari segi nilai estetik.

Untuk mewarisi dan mengembangkan sebuah khazanah China seperti tembikar hitam, pembuat Tembikar Hitam Chiping telah, sejak pertengahan tahun 1990-an, mendedikasikan diri mereka untuk memeriksa teknik bagi kraf tembikar hitam itu, seterusnya membolehkan penubuhan Akademi Tembikar Hitam Liaocheng dengan diikuti oleh Chiping Taoyuan Black Pottery Art Co., Ltd. Tembikar Hitam Chiping yang tersendiri itu terkenal kerana timbulan tinggi yang berlubang. Direka dengan bijak dan direka dengan halus, menampilkan bentuk yang anggun dan satu bahasa corak yang sejagat, ia mempunyai nilai yang tinggi dari kaca mata artis dan pengumpul.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Daerah Chiping
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=433957

Kapsyen: Jiulongxun

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=433966

Kapsyen: Suihan Sanyou

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=433967

Kapsyen: Xin Fengwu Huaxia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.