ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  AKTIVITI PENGALAMAN "HUTAN HUJAN DAN ANDA" DIADAKAN DI WUZHISHAN, HAINAN, CHINA

Wednesday 16/11/2022

AsiaNet 98813

Table
Aktiviti Pengalaman “Hutan Hujan dan Anda” diadakan di Wuzhishan, Hainan,  China. 


HAIKOU, China, 16 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Baru-baru ini, satu aktiviti yang bertemakan “Hutan Hujan dan Anda” yang menyepadukan persembahan aksi langsung di lapangan telah diadakan di Bandar Raya Wuzhishan, Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, China. Pemandangan luar bandar yang nyaman, budaya unik bagi kumpulan etnik Li, dan persembahan nyanyian dan tarian yang menakjubkan telah menarik sejumlah besar pelancong, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Perbandaran Wuzhishan.

Pada tahun ini, tempat utama bagi “Hutan Hujan dan Anda” ditetapkan di kawasan Wuzhishan di Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan. Terdapat lebih daripada 10 aktiviti pelancongan kebudayaan, termasuk pendidikan semula jadi, penjagaan kesihatan hutan, riadah dan percutian, usaha mempopularkan sains ekologi dan penghargaan hidupan liar, yang dijalankan secara berturut-turut di bandar raya dan daerah di sekitar Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan.

Menurut Lin Qing, ketua perancang dan ketua pengarah bagi aktiviti “Hutan Hujan dan Anda”, persembahan aksi langsung itu adalah kemuncak bagi aktiviti ini, yang, di bawah latar belakang semula jadi bagi kawasan menjemur bijirin luar bandar Wuzhishan, tanah ladang ekologi dan laluan padang, yang disepadukan dengan budaya minoriti tempatan, termasuk kira-kira 430 orang tempatan untuk beraksi di dalam persembahan bersama-sama, dan dirancang untuk dinaik taraf kepada sebuah projek pelancongan kebudayaan luar bandar yang lestari.

Aktiviti “Hutan Hujan dan Anda” itu ialah satu aktiviti jenama budaya ekologi yang dirancang dan dilancarkan oleh Wilayah Hainan. Ia bertujuan untuk meningkatkan sepenuhnya publisiti dan promosi Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan, menunjukkan pesona taman negara itu, memupuk budaya taman negara itu, menyebarkan konsep taman negara, dan memaparkan usaha yang membuahkan hasil bagi perlindungan hutan hujan tropika dan pembinaan taman negara di dalam semua aspek.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Perbandaran Wuzhishan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=433908
 
   Kapsyen: Aktiviti Pengalaman “Hutan Hujan dan Anda” diadakan di Wuzhishan, Hainan,  China. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.