ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  CLINIXERO, JENAMA PENGURUSAN DIABETES, LAKAR SEJARAH DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK BILANGAN PESAKIT PALING RAMAI DALAM PROGRAM DIABETES VIRTUAL

Monday 14/11/2022



KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Menjelang Hari Diabetes Sedunia 2022 pada 14 November, Clinixero, jenama pengurusan Diabetes milik Sozo Management and Resources Sdn Bhd, meraikannya dengan penganugerahan sijil oleh Malaysia Book of Records kerana telah berjaya meraih “Bilangan Pesakit Paling Ramai dalam Program Diabetes Virtual”.
 
Dr Andrew Chiew, pengasas Clinixero, berkata: “Sepanjang pandemik, pesakit kami mengalami kesulitan untuk datang ke pusat kesihatan. Ketika ini, kami membuat keputusan untuk mula berjumpa pesakit kami secara 'online'. Disebabkan ini, kami dapat membantu seramai 934 pesakit Diabetes dari sedunia, yang pada asalnya cuma 50 orang sebelum pandemik melanda. Kami sangat bersyukur kerana usaha kami telah diktiraf oleh Malaysia Book of Records.”
 
Anugerah tersebut telah diberikan pada majlis makan malam Sweet Retreatz yang dihadiri oleh 40 pesakit beserta ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang datang dari sejauh Pulau Pinang, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Singapura. 12 pesakit turut diiktiraf atas perubatan ketara mereka setelah menyertai program Clinixero.
 
Datuk Michael Lim, 60, yang telah menerima Anugerah Gula Darah Terbaik berkata, “Saya menghidapi Diabetes sejak 2001. Selama ini, saya telah habiskan baanvak wang untuk pelbagai cara menguruskan paras gula saya tetapi tidak berjaya. Sebelum menyertai Program Clinixero, paras gula saya secara purata adalah sekitar 8. Jika tanpa makanan, bacaannya sekitar 7 dan akan mencecah 9 atau lebih selepas makan. Selepas menyertai program itu, bacaan gula darah saya adalah sekitar 5 sebelum makan dan 6+ selepas makan.”
 
Dr Jasmine Chiew, pengasas bersama Clinixero berkata, “Kami sangat bangga dengan pencapaian para pesakit kami. Selain mengikuti Protokol Clinixero kami, Program Reversing Diabetes kami dikendalikan oleh doctor-doktor yang berkelayakan untuk memberi pelan makanan yang tersendiri dan mengurangkan ubat-ubatan pesakit dengan berwaspada, saya mesti mengaitkan kejayakan ini kepada disiplin dna kesungguhan pesakit dalam “Reversing Type-2 Diabetes.”
 
“Rahsia kejayaan kami adalah merawat punca penyakit dan bukan hanya gejalanya. Misi kami adalah untuk membantu 10,000 pesakit menguruskan gula darah, tekanan darah dan berat badan mereka: justeru melambatkan atau mencegah komplikasi yang mungkin disebabkan oleh diabetes. Diabetes dijangka akan menjejaskan tujuh juta orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas menjelang 2025 dan ini adalah risiko kesihatan awam yang serius. Kami berharap untuk dapat memainkan peranan kami untuk membantu seramai mungkin pesakit yang kami mampu,” Dr Andrew mengakhiri.

On behalf of
Sozo Management and Resources Sdn Bhd


SUMBER: ArenaMedia PLT

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Emel: choysuling@arenamediacorp.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.