ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  "CABARAN INOVASI GLOBAL 2023" MENJEMPUT PESERTA DI DALAM "PERTANDINGAN ROBOT BANTUAN HIDUP" YANG DIREKA UNTUK MEMBANTU ORANG DENGAN KURANG UPAYA "BERJALAN SECARA BERDIKARI"

Monday 14/11/2022

AsiaNet 98713

TOKYO, 14 Nov., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Jawatankuasa Eksekutif GIC”) yang berpangkalan di Tokyo dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa “Pertandingan Robot Bantuan Hidup Cabaran Inovasi Global 2023” (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Pertandingan GIC”) akan diadakan pada tahun depan di “Pusat Inovasi GIC Tsukuba” di Bandar Raya Tsukuba, Wilayah Ibaraki, Jepun, dengan menyediakan jumlah keseluruhan hadiah wang sebanyak USD1,000,000.
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106211/202211019056/_prw_PI2fl_rDD8D0fK.jpg

 
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106211/202211019056/_prw_PI1fl_EGqhrMv2.png

 
Laman web rasmi: https://global-innovation-challenge.com/en/
 
Pertandingan itu akan diadakan pada Mei-Jun 2023 untuk menyokong penyelidik dan pembangun dari seluruh dunia dengan tujuan untuk membawa peralatan berinovatif yang membolehkan orang yang hidup dengan menggunakan kerusi roda dengan mengalami kurang upaya seperti lumpuh untuk “berjalan secara berdikari” (*) tanpa memerlukan bantuan penjaga, dan untuk menggunakan fungsi residual mereka.

(*) Bagi tujuan pertandingan ini, berjalan kaki secara berdikari boleh ditakrifkan sebagai keupayaan bagi seseorang yang mengalami kurang upaya seperti lumpuh untuk berjalan tanpa memerlukan bantuan daripada pihak lain atau tanpa menggunakan kerusi roda.

Penyertaan akan diterima sehingga 31 Mac, 2023, sebelum bermulanya pertandingan itu. Penganjur berharap untuk menerima sebanyak mungkin permohonan daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Untuk butiran lanjut, sila lihat garis panduan permohonan itu di laman web rasmi.
https://global-innovation-challenge.com/en/event_and_project/2023/GIC2023.html

Latar belakang pertandingan:
Bilangan orang yang memerlukan bantuan di dalam kehidupan seharian mereka akibat daripada penuaan, penyakit, atau kemalangan semakin meningkat di seluruh dunia. Sementara kedua-dua penjaga dan penerima bantuan adalah tertakluk kepada beban mental, fizikal, dan kewangan, pembangunan robot untuk sektor kebajikan itu adalah satu bidang di mana pelaburan agak sukar diperolehi memandangkan pasarannya tidak cukup besar.

Pembangunan bagi infrastruktur awam dan penggalakan bagi kebolehcapaian bebas halangan telah membolehkan orang yang mempunyai pergerakan yang terhad untuk menjalani kehidupan seharian mereka bersendirian jika mereka mempunyai kerusi roda, tetapi mereka masih menghadapi batasan di dalam aktiviti mereka di luar persekitaran yang dibangunkan dengan baik. Penganjur percaya bahawa sebuah robot yang boleh membantu orang untuk berjalan yang boleh digunakan di dalam rumah dan di luar rumah tanpa perlu risau tentang kebolehcapaian bebas halangan akan membolehkan orang kurang upaya untuk menikmati kehidupan mereka pada tahap yang lebih tinggi.

Pertandingan GIC itu diadakan dengan tujuan untuk membolehkan orang yang hidup dengan menggunakan kerusi roda yang mengalami kurang upaya, seperti lumpuh di bahagian anggota bawah, untuk “berjalan secara berdikari” tanpa bantuan manusia, menggunakan baki fungsi mereka, melalui pembangunan peralatan yang berinovatif.

Ulasan daripada Tatsufumi Kamimura, Pengerusi, Jawatankuasa Eksekutif GIC:
“Ini akan merupakan kali kedua untuk pertandingan itu diadakan. Pada tahun 2021, pertandingan itu terpaksa diadakan secara dalam talian disebabkan oleh pandemik COVID-19, tetapi pertandingan seterusnya pada musim bunga 2023 akan diadakan di Pusat Inovasi GIC Tsukuba, dalam satu pertandingan lapangan yang akan menyerupai sebuah rumah biasa. Ahli-ahli jawatankuasa itu sedang melihat ke hadapan untuk melihat apa jenis teknologi baharu yang akan dicipta pada kali ini. Kami berharap untuk menerima banyak penyertaan daripada banyak negara.”

Garis Panduan bagi Pertandingan Robot Bantuan Hidup Cabaran Inovasi Global 2023
- Tempat pertandingan: Pusat Inovasi GIC Tsukuba (877 Naka-Sugama, Bandar Raya Tsukuba, Wilayah Ibaraki, 300-4242 Jepun)
- Penganjur: Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global
*Ia diuruskan dengan nasihat daripada pakar-pakar di dalam bidang kebajikan perubatan,sukan untuk orang kurang upaya, robotik, dsb.
- Penaja khas: TKF Inc.
- Penaja: JTB Corp.
- Pekerjasama: Bandar Raya Tsukuba
- Syarikat sokongan: Aioi Nissay Dowa Insurance Co., Ltd., MUFG Bank, Ltd., SMBC Nikko Securities Inc.
- Jumlah hadiah wang: USD1,000,000
- Yuran penyertaan: Percuma
 
Untuk butiran lanjut mengenai pertandingan itu, sila layari: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202211019056-O1-TEp97bO5.pdf
 
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Cabaran Inovasi Global

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.