ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  YILI MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM PERBINCANGAN PANEL COP27 MENGENAI AMALAN PERNIAGAAN HIJAU

Monday 14/11/2022

AsiaNet 98765

  Table
Kapsyen: Pelan Hala Tuju Kumpulan Yili ke arah sebuah Masa Depan Sifar Bersih 
 
SHARM EL-SHEIKH, Mesir, 14 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan ke-27 bagi Pihak-pihak kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27) telah diadakan di Sharm el-Sheikh, Mesir, dengan menarik perhatian seluruh dunia. Pada 8 November, Pusat bagi Pengetahuan Antarabangsa mengenai Pembangunan China menjadi tuan rumah kepada “Seminar berhubung Pembangunan Tenaga Bersih -- Mempercepatkan Pencapaian bagi Tenaga Mampu Milik dan Bersih (SDG 7)” di Pavilion China. Wakil bagi organisasi dan perusahaan antarabangsa telah menyertai perbincangan meja bulat bagi panel-panel “Amalan Hijau bagi Perniagaan dan Peluang-peluang untuk Rantaian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui” masing-masing.

Yili telah dijemput untuk menghadiri seminar itu secara dalam talian sebagai sebuah wakil dari industri produk makanan China. Kisah mengenai usaha perintis susu karbon sifar bersih mereka telah dipaparkan di dalam Laporan Penggunaan Lestari: Tindakan Perusahaan China.

Mengambil tindakan untuk pembangunan hijau

Sebagai mencerminkan komitmen China untuk mencapai kemuncak karbon dan keneutralan karbon menjelang tahun 2030 dan 2060, perusahaan China begitu juga telah mula mengambil inisiatif. Pan Gang, Pengerusi dan Presiden bagi Kumpulan Yili, pada mulanya mencadangkan satu konsep “Kepimpinan Hijau” pada tahun 2007 dan telah memperkenalkan “Rantaian Industri Hijau” di dalam perniagaan tenusu China pada tahun 2009. Pada tahun 2022, Yili merupakan yang pertama di dalam sektor makanan China dalam melancarkan Rancangan mereka bagi sebuah Masa Depan Karbon Sifar Bersih dan Pelan Hala Tuju kepada sebuah Masa Depan Karbon Sifar Bersih. Dengan berbekalkan strategi ini, Yili merancang untuk mencapai keneutralan karbon seluruh rantaian perindustrian menjelang tahun 2050, sambil turut membentuk sebuah “Pakatan Karbon Sifar Bersih” dengan rakan-rakan yang sehaluan dari seluruh dunia.

Memajukan pengurangan karbon ke seluruh rantaian

Daripada penanaman sehingga kepada penjualan makanan ternakan, sektor tenusu merangkumi industri utama, sekunder, dan tertiari. Yili telah membangunkan sebuah sistem pertanian bersepadu yang telah digunakan untuk 272 rakan padang rumput menjelang akhir tahun 2021. Yili menggalakkan pembuatan hijau di kilang-kilang mereka dengan meningkatkan kecekapan tenaga, menggunakan tenaga boleh diperbaharui, dan menggunakan pembungkusan yang mesra alam. Usaha Kumpulan itu telah mendapat perhatian umum. Sebanyak 23 cawangan dan anak syarikat Yili telah ditetapkan sebagai “Kilang Hijau” oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China. Pada awal tahun ini, Yili secara rasmi melancarkan produk siri karbon sifar bersih mereka.
 
Menyokong sebuah gaya hidup hijau dan rendah karbon

Produk hijau dan lestari semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Yili menyampaikan konsep bagi pengurangan karbon kepada orang ramai melalui pelbagai kempen. “’Susu karbon sifar bersih’ Yili menandakan satu langkah seterusnya untuk pembangunan rendah karbon bagi industri tenusu China dan mencadangkan satu cara baharu ke hadapan dari segi menggalakkan gaya hidup dan penggunaan rendah karbon,” menurut Han Bin, Setiausaha Agung Eksekutif bagi UN Global Compact Network China.

Amalan Yili mengenai pembangunan lestari telah diperakui oleh pihak ketiga. Kes-kes mereka telah dimasukkan di dalam Laluan kepada Sifar Bersih: Amalan SDG bagi Perusahaan di China oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Laluan Sifar Bersih Korporat oleh UN Global Compact. Jiang Xiheng, Naib Presiden bagi Pusat untuk Pengetahuan Antarabangsa mengenai Pembangunan, berkata bahawa Yili dijangka memacukan industri tenusu untuk menjadikan matlamat kemuncak karbon dan keneutralan karbon satu kenyataan di China.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
  
   Kapsyen: Pelan Hala Tuju Kumpulan Yili ke arah sebuah Masa Depan Sifar Bersih
  
   Kapsyen: Persidangan Pavilion China COP27
  
   Kapsyen: Naib Presiden Zhao Xin menghadiri perbincangan meja bulat.
 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.