ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MARY KAY INC. DIIKTIRAF DALAM LAPORAN IMPAK TERUMBU GLOBAL 2022 THE NATURE CONSERVANCY

Monday 14/11/2022



Table

The Nature Conservancy dan Mary Kay Inc. mengumumkan perkongsian mereka pada tahun 1990. Mary Kay telah bermurah hati menyokong kerja TNC tanpa henti dengan tumpuan diperluas kepada kerja lautan di seluruh dunia. (Penghargaan: The Nature Conservancy).


DALLAS, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sepanjang tahun 2022, Mary Kay Inc., penyokong global untuk kelestarian dan pengawasan korporat, telah berusaha meningkatkan kesedaran berkenaan lautan dalam kerja iklim dan sebagai pendekatan bagi menangani krisis iklim.

Bulan ini, Mary Kay diiktiraf dalam Laporan Impak Terumbu Global 2022 The Nature Conservancy. Laporan The Nature Conservancy menegaskan pencapaian organisasi tersebut baru-baru ini dan cara ia telah bekerjasama dengan sektor swasta untuk berjaya melaksanakan program pemuliharaan marin berinovatif yang melindungi dan memelihara hidupan di dalam lautan kita.

Laporan itu mempamerkan projek yang baharu dilancarkan menumpukan kepada “Terumbu Super.” Terumbu Super amat berdaya tahan dan boleh bertahan di dalam lautan yang semakin panas. Misi projek Terumbu Super ialah mengenal pasti, melindungi dan mengembangkan rangkaian global Terumbu Super bagi menjamin masa depan terumbu karang. Pasukan Terumbu Super menghimpunkan pakar dalam sains lautan, pemuliharaan dan pengurusan dari Institusi Oseanografi Woods Hole, Universiti Stanford dan The Nature Conservancy, bersama dengan sokongan sektor swasta daripada Mary Kay, untuk menyokong kerajaan dan komuniti pada saat genting ini dalam sejarah terumbu karang.

“Saya sudah melihat terumbu yang telah musnah dan saya sudah melihat terumbu yang telah berjaya dipulihkan semula sepanjang hidup saya,” kata Elizabeth McLeod, Ketua Sistem Terumbu Global di The Nature Conservancy. “Menjadi kemestian kepada kita untuk keluar ke dalam lautan, mengenal pasti terumbu karang yang boleh bertahan dengan perubahan iklim dan memastikan ia dilindungi daripada impak lain.”

“Perkongsian kita bersama The Nature Conservancy menjangkau lebih daripada 32 tahun—tetapi kita baharu sahaja bermula,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi untuk Mary Kay Inc. “Sepanjang tahun 2022, kita telah menggandakan usaha kelestarian kita, termasuk tumpuan kepada kesihatan lautan. Kesihatan lautan kita ialah kesihatan planet kita dan amat penting sekiranya kita boleh memainkan peranan untuk melindunginya.”

Pada tahun 2022, Mary Kay menyokong 11 projek yang berkaitan dengan inisiatif perlindungan lautan global bagi menambah baik kesihatan lautan untuk alam semula jadi dan orang ramai melalui perlindungan dan pemulihan habitat kritikal seperti terumbu karang, terumbu tiram dan tanah bencah pantai. Projek penting ini termasuk:

• Memulihkan terumbu kerang-kerangan Asia Pasifik di Australia, Hong Kong, China dan Segi Tiga Karang;
• Memastikan usaha perlindungan dan pemulihan karang di negara Segi Tiga Karang – Indonesia, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon – disokong melalui usaha dan inisiatif pemuliharaan yang memberikan impak positif kepada seluruh rantau;
• Menyokong pemimpin alam sekitar wanita di Pasifik seperti di Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon;
• Pemuliharaan dan pemulihan pantai di Gulf Coast dan menilai kebolehlaksanaan pasaran karbon biru untuk menyokong pengurusan jangka panjang tanah bencah; dan
• Menambah baik perikanan di Mexico bertujuan memperkasa komuniti dan wanita dalam industri perikanan.

Untuk membaca lebih lanjut tentang komitmen Mary Kay kepada kelestarian, sila kunjungi marykayglobal.com/sustainability dan muat turun strategi kelestarian global Mary Kay: Memperkaya Kehidupan Hari Ini untuk Hari Esok yang Mampan.

Maklumat Tentang The Nature Conservancy (TNC)

The Nature Conservancy ialah organisasi pemuliharaan global khusus untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua hidupan. Berpandukan sains, kita mencipta penyelesaian berinovatif di tempat kerja sebenar terhadap cabaran paling sukar di dunia kita supaya alam semula jadi dan orang ramai boleh berkembang maju bersama. Kita sedang mengatasi perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah dilakukan sebelum ini, menyediakan makanan dan air dengan lestari dan membantu menjadikan bandar lebih mampan. Apabila bekerja di 79 negara dan wilayah, kita menggunakan pendekatan kerjasama yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan niaga lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.nature.org atau ikuti @nature_press dalam Twitter.

Maklumat Tentang Mary Kay Inc.

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikutinya dalam Twitter.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52963296/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk dihubungi

Mary Kay Inc.
Komunikasi Korporat
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

The Nature Conservancy
Misty Edgecomb
Pengarah Komunikasi
medgecomb@tnc.org or 484-343-3223
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.