ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PPZ-MAIWP ANJUR KEJOHANAN BOLING GALAKAN TUNAI ZAKAT DALAM KALANGAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Monday 14/11/2022



Table
KAPSYEN: Kejohanan Boling PPZ-MAIWP 2022 bersama Institusi Kewangan Islam diadakan di Wangsa Bowl @ IOI City Mall, Putrajaya.  
 
PUTRAJAYA, 14 Nov (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) menganjurkan Kejohanan Boling bersama Institusi Kewangan Islam di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya.
 
Kejohanan ini merupakan salah satu medium untuk mempromosikan dakwah zakat sambil beriadah dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.
 
Penganjuran ini juga bertujuan untuk mendedahkan kewajipan berzakat kepada syarikat-syarikat kewangan Islam di samping dapat mengeratkan hubungan antara syarikat-syarikat dan prospek pembayar zakat bersama PPZ-MAIWP.
 
Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Haji Mohd Saufiyuddin Abu Bakar berkata kejohanan ini merupakan salah satu dakwah zakat yang berkonsepkan riadah bagi mewujudkan suasana yang lebih santai.
 
Namun begitu tujuannya tetap sama iaitu untuk meningkatkan kesedaran menunaikan zakat dalam kalangan masyarakat khususnya. Pada hari ini PPZ-MAIWP mensasarkan penglibatan daripada institusi-institusi kewangan Islam.
 
“Alhamdulillah, sebanyak 11 institusi kewangan Islam yang terdiri daripada Perbankan Islam, Takaful dan Broker Saham Patuh Syariah menyambut baik kejohanan ini antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas, MIDF dan banyak lagi”, katanya. 
 
Kejohanan boling itu menyaksikan pasukan dari Bank Islam Malaysia Berhad merangkul juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi. Sementara, naib juara dan tempat ketiga dimenangi pasukan dari PPZ-MAIWP dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM800 dan RM600 beserta trofi, Turut diadakan cabutan untuk 15 peserta yang bertuah.
 
Semoga dengan penganjuran kejohanan boling ini dapat mengeratkan lagi sinergi antara PPZ-MAIWP dan syarikat pembayar zakat agar dapat menjadi medium hebahan zakat yang lebih meluas. 

Latar Belakang PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my 

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017 - 393 5432
Emel: aqilah@zakat.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.