ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  QIANHAI MELANCARKAN PROGRAM PENYEDIA PERKHIDMATAN GLOBAL UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH ENJIN TERAS BAGI PERKHIDMATAN MODEN DI GBA

Wednesday 09/11/2022

AsiaNet 98690

SHENZHEN, China, 9 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Penggalakan Pelaburan Global Qianhai 2022 bermula di Shenzhen, China pada 8 November. Pada persidangan itu, Program Penyedia Perkhidmatan Global Qianhai (QGSP) telah dilancarkan, di mana pelbagai insentif akan disediakan untuk menyokong industri perkhidmatan. Menurut Pihak Berkuasa Qianhai, ia akan memberikan sebuah dana sokongan perindustrian tidak kurang daripada satu bilion yuan dan sebuah ruang perindustrian lebih 200,000 kilometer persegi setiap tahun. Menjelang tahun 2025, ia akan mempunyai lebih daripada 300 penyedia perkhidmatan moden di seluruh dunia dan mencapai satu nilai tambah lebih 100 bilion yuan di dalam sektor perkhidmatan moden.

Ketika persekitaran perniagaan Qianhai terus dioptimumkan, semakin banyak perusahaan telah menyedari peningkatan itu dan menganggap kawasan itu sebagai sebuah destinasi perniagaan yang ideal. “Bilangan firma PE yang menubuhkan pejabat baharu di Qianhai telah meningkat dengan mendadak. Hasilnya, kami dapat berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan kongsi kami dengan kadar yang lebih kerap, mudah dan cekap berbanding sebelum ini,” kata seorang wakil dari SC Ventures dalam satu temuramah. “Kami mendapati bahawa banyak pasukan permulaan dari Hong Kong, Macau, dan luar negara telah tertarik dengan Qianhai, terutamanya dengan keadaan pejabat dan kehidupannya yang sempurna, keadaan yang sangat baik untuk inovasi sains dan teknologi serta peluang pasaran yang saksama. Ini memberikan kami peluang untuk mendekati lebih banyak pasukan permulaan yang menonjol.”

Qianhai telah memupuk sebuah sistem kehakiman profesional berbilang peringkat yang sepenuhnya untuk menyelesaikan pertikaian di dalam perniagaan, kewangan, harta intelek dan bidang-bidang penting yang lain. Ia juga telah meneroka satu proses pengantaraan inovatif yang menggabungkan pengantaraan komersial antarabangsa dengan penentuan undang-undang asing. Pusat Pengantaraan Komersial Antarabangsa Shenzhen Qianhai dan Pusat Pengantaraan Antarabangsa Penanda Aras & Dewan Penanda Aras Antarabangsa telah ditubuhkan khusus untuk tujuan ini.

Untuk memenuhi permintaan segera perniagaan bagi bakat, Qianhai telah membangunkan Hab Bakat Antarabangsa dan Pusat Perkhidmatan Sehenti Bakat Antarabangsa, dan membolehkan kalangan profesional yang berkelayakan dari Hong Kong dan Macau dalam 16 kategori seperti kejuruteraan pembinaan dan percukaian untuk mendaftar bagi bekerja di Qianhai. Di samping itu, Qianhai menyediakan perkhidmatan bersepadu untuk bakat antarabangsa, yang meliputi 451 item termasuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan perniagaan, dsb. Ia juga menawarkan perkhidmatan tersuai untuk enam jenis pekerjaan bakat, seperti ahli sains dan ahli teknologi terkemuka.

Dengan memperdalamkan pembaharuan di dalam memudahkan pelaburan dan perdagangan, mempercepatkan inovasi di dalam kewangan dan pengesahan di sisi undang-undang, dan membangunkan program-program perintis di dalam pengurusan bakat, Qianhai telah menjadi sebuah tempat yang subur untuk pelaburan dan usaha niaga perniagaan.

Wakil daripada SC Ventures menambah, “Qianhai menawarkan dasar-dasar yang luar biasa untuk menyokong perusahaan QFLP di dalam bidang seperti penubuhan perniagaan, akses pasaran, skop pelaburan, penyelesaian pertukaran asing dan pelepasan kastam secara cekap. Oleh itu, dengan bantuan jabatan-jabatan yang cekap di Qianhai, semuanya berjalan dengan lancar di dalam menubuhkan sebuah syarikat pengurusan QFLP.”

Owen Wang, naib presiden bagi Operasi untuk LF Logistics yang telah terlibat di dalam logistik di Qianhai selama beberapa tahun, berkata, “Berikutan sokongan pihak Kastam dan Pihak Berkuasa Qianhai, LF Logistics telah menyaksikan pendapatan mereka meningkat dua kali ganda hampir setiap tahun sejak menyertai Zon Perdagangan Bebas Qianhai pada tahun 2015.”

Liu Guilin, timbalan ketua pengarah bagi Pihak Berkuasa Qianhai, menekankan bahawa Qianhai akan terus mempromosikan tarikan bakat dan pelaburan dengan baik pada masa hadapan untuk menggalakkan kalangan profesional dan pakar-pakar dari seluruh dunia untuk menubuhkan perniagaan di sini. Akibat daripada itu, Qianhai akan menyediakan sokongan yang menyeluruh untuk pembangunan bakat dan secara aktif mewujudkan peluang-peluang besar bagi pertumbuhan perniagaan.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.