ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ISETAN MITSUKOSHI HOLDINGS MENGUMUMKAN PEMBUKAAN "MITSUKOSHI FRESH" & "MITSUKOSHI BEAUTY" DI "MITSUKOSHI BGC" DI MANILA, FILIPINA, PADA JUMAAT, 18 NOVEMBER, 2022

Tuesday 08/11/2022

AsiaNet 98632

TOKYO, 8 Nov., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. (kemudian daripada ini "Isetan Mitsukoshi HDS") Tokyo dengan sukacitanya ingin mengumumkan pembukaan sebuah pasar raya baharu, "MITSUKOSHI FRESH," dan sebuah kedai kecantikan baharu, "MITSUKOSHI Beauty," pada Jumaat, 18 November, 2022, di "MITSUKOSHI BGC" di kawasan Bonifacio Global City (BGC) di ibu negara Filipina, Manila. Kedua-dua MITSUKOSHI FRESH dan MITSUKOSHI Beauty dikendalikan oleh Mitsukoshi Federal Retail Incorporated, sebuah usaha sama di antara Isetan Mitsukoshi HDS dan Federal Retail Holdings Incorporated dari Makati, Filipina, sebuah anak syarikat milik Federal Land Incorporated.
 
Logo MITSUKOSHI FRESH:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI3fl_Qbh752v1.png
 
 
Imej MITSUKOSHI FRESH:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI1fl_f2a9K49T.jpg
 
 
Logo MITSUKOSHI Beauty:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI4fl_Gw9ucGA5.png
 
 
Imej MITSUKOSHI Beauty:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102762/202210258672/_prw_PI2fl_7BL01PHi.jpg
 
 
Berdasarkan kepada konsep "A Feast of Your Senses," MITSUKOSHI FRESH ialah sebuah pasar raya premium yang menawarkan makanan segar dan makanan import dari Jepun, yang berhasrat untuk menjadi sebuah pasar raya yang boleh dinikmati oleh kelima-lima pancaindera. MITSUKOSHI Beauty akan terutamanya menyediakan kosmetik semula jadi dan organik di bawah konsep "Be Essential, Be You," dengan menawarkan sebuah gaya hidup kesejahteraan.
 
Nama kedai: MITSUKOSHI FRESH
Lokasi kedai: tingkat bawah tanah 1, MITSUKOSHI BGC
Waktu perniagaan: 10:00 pagi - 10:00 malam
Keluasan kedai: Kira-kira 1,500 m2
 
Nama kedai: MITSUKOSHI Beauty
Lokasi kedai: Tingkat bawah, MITSUKOSHI BGC
Waktu perniagaan: 10:00 pagi - 10:00 malam
Keluasan kedai: Kira-kira 500 m2
 
1. MITSUKOSHI FRESH
Di bawah konsep "A Feast of Your Senses," kedai itu berhasrat untuk menjadi sebuah pasar raya yang bukan sahaja menjual barangan tetapi juga boleh dinikmati oleh kelima-lima pancaindera. Kedai itu akan bertindak balas terhadap keperluan harian pelanggan dengan cadangan yang berkualiti tinggi, terutamanya di dalam bahagian membuat roti, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan ikan, dengan mengambil inisiatif baharu yang unik kepada konsep Kumpulan Isetan Mitsukoshi.
 
Ciri-ciri unik bagi MITSUKOSHI FRESH:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O4-04aI8w7Y.pdf
 
2. MITSUKOSHI Beauty
Dengan konsep "Be Essential, Be You," MITSUKOSHI Beauty menyasarkan untuk menawarkan sebuah gaya hidup kesejahteraan dengan memberi tumpuan kepada kosmetik semula jadi dan organik yang menonjolkan kecantikan yang penting bagi kulit dan rambut. Kedai itu akan menawarkan satu barisan produk yang "hanya tersedia di Isetan Mitsukoshi" dengan menggunakan pilihan kosmetik dan menawarkan keupayaan yang dihasilkan di lantai kosmetik semula jadi dan organik di Kedai Utama Isetan Shinjuku di Jepun.
 
Ciri-ciri unik bagi MITSUKOSHI Beauty:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O3-v713CKrF.pdf
 
3. Hospitaliti ISETAN MITSUKOSHI:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O2-xA5aU4s9.pdf
 
4. Strategi Perniagaan Luar Negara Kumpulan Isetan Mitsukoshi:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202210258672-O1-0M9tmky1.pdf
 
 
Sumber: Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.